Wednesday, 19 April 2017

Hang Tuah Bab 1

                       Bab 1 ( Asal-Usul Kerajaan Bentan)

     Bab 1 menceritakan asal usul Kerajaan Bentan. Kisah bermula ada seorang permaisuri dari keinderaan telah melahirkan seorang puteri iaitu Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam. Apabila Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam dewasa, ayahandanya telah menitahkan segala ahli nujum dan sasterawan untuk menilik akan kehidupan anaknya, dalam tilikan itu hendaklah Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam itu dihantar di Pulau Biram Dewa disana anaknya itu akan mendapat suami. Oleh itu, Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam pun tinggal bersama dayang-dayang di dalam istana yang dibina di Pulau Biram Dewa itu.

       Ada suatu kisah, Sang Perta Dewa iaitu raja keinderaan pergi berburu bersama dengan rakyat di Pulau Biram Dewa. Di Pulau Biram Dewa, Sang Perta Dewa terlihat sebuah istana yang diduduki oleh seorang puteri dan dayang-dayang. Sang Perta Dewa bertanya akan asal-usul puteri itu dari dayang-dayang istana. Maka apabila didengar oleh Sang Perta Dewa akan perkara itu, maka Sang Perta Dewa pun gembira lalu naik keinderaan dan membawa segala bunyi-bunyian untuk turun ke Pulau Biram Dewa. Mendengar bunyi-bunyian itu Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam tahulah bahawa Sang Perta Dewa itu raja keinderaan dan mereka pun berkahwin.

       Tidak lama kemudian, Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam melahirkan seorang putera yang bernama Sang Sapurba. Setelah itu, Sang Perta Dewa pun membawa Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam naik keinderaan serta dikendongnya gemala hikmat lalu istana pun ghaiblah. Di keinderaan, Sang Sapurba pun dewasa lalu Sang Perta Dewa menjadikan Sang Sapurba menjadi raja di Bukit Seguntang Mahabiru. Sang Sapurba pergi berburu di Bukit Seguntang Mahabiru, terlihat akan kolam lalu mandi . Dengan takdir Allah langit berguruh lalu turun dewa yang berupa lembu perak lalu muntah di tepi kolam. Lembu itu ghaib dan muntah itu menjadi seorang puteri yang cantik.

     Sang Sapurba membawa puteri jelmaan muntah lembu itu ke istana bersamanya. Sang Sapurba menitahkan seorang bentara untuk menyampaikan bahawa baginda memperoleh seorang puteri kepada ayahanda baginda di keinderaan. Ayahanda dan bonda baginda turun ke Bukit Seguntang Mahabiru apabila mendapat berita itu lalu mereka mengahwini Sang Sapurba dengan puteri itu. Maka beberapa lama kemudian, puteri jelmaan muntah lembu itu melahirkan 4 orang putera iaitu Sang Maniaka, Sang Jaya Nantaka, Sang Saniaka dan Sang Satiaka. Maka masyhurlah ke seluruh negeri akan Sang Sapurba beroleh 4 orang putera itu.

      Oleh itu, ramai juga orang dari negeri lain datang ke istana dengan niat hati menjadikan salah satu anak Sang Sapurba sebagai raja di negeri mereka. Lama-kelamaan 4 orang putera itu telah dewasa. Alkisah ada seorang nakhoda dari negeri Bentan ingin datang ke Bukit Seguntang Mahabiru untuk melihat rupa anak-anak Sang Sapurba itu. Dalam pelayaran itu nakhoda itu berhenti di suatu pulau kerana kehabisan kayu dan air. Pada waktu yang sama itu secara kebetulan 4 orang putera Sang Sapurba itu sedang bermain-main di pulau itu. Apabila dilihat oleh nakhoda, maka nakhoda pun berfikir budak 4 orang itu seperti anak-anak dewa lalu dihampirinya.

      4 orang putera itu berlari sembunyi di balik batu hampir telaga apabila menyedari ada seseorang datang. Nakhoda puas mencari budak 4 orang itu tetapi tidak terjumpa. Setelah itu, nakhoda itu pun sampai ke istana dan dipersilakan masuk oleh Sang Sapurba. Apabila hendak menghadap, Sang Sapurba dia terpandang akan budak 4 orang yang rupa parasnya hampir sama yang dijumpainya di pulau. Apabila dilihat oleh Sang Sapurba akan pandangan nakhoda itu, maka Sang Sapurba pun mengatakan budak 4 orang itu anak baginda. Setelah itu nakhoda pun minta izin pulang.

     Alkisah, orang-orang besar Singapore dan Bentan manghadap Sang Sapurba dengan niat untuk menjadikan salah satu anak baginda menjadi raja di negeri Bentan. Maka Sang Sapurba mnjadikan Sang Maniaka sebagai raja di Bentan. Setelah menjadi raja,Sang Maniaka memberi gelaran akan orang yang berasal. Diberinya gelaran Bendahara Paduka Raja, Perdana Menteri, Temenggung Seri Sarwa Diraja, Tun Pekerma. Digelar Tun Bija Sura, Tun Bija Diraja, Tun Dikungsa dan Tun Ratna Diraja sebagai hulubalang. Diberinya gelaran anak perawangan yang berasal, Tun Sang Aria, Sang Utama, Sang Jaya dan Sang Derma. Maka tersebar ke seluruh negeri dan pulau akan adanya raja yang baik hati di negeri bentan.

WATAK
Sang Perta Dewa,Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam,Sang Sapurba, Tuan Puteri Jelmaan Muntah Lembu, Sang Maniaka, Sang Jaya Nantaka, Sang Saniaka, Sang Satiaka, Nakhoda bentan, Pembesar-pembesar Singapore dan Bentan, Dayang-dayang dan inang pengasuh, Bendahara Paduka Raja, Temenggung Seri Sarwa Diraja

LATAR TEMPAT
Keinderaan, Pulau Biram Dewa, Istana, Bukit Seguntang Mahabiru, Bentan

' Nanti ' yang tidak ada penghujung.

               'Nanti' yang tidak ada penghujung.


  Wani terus keluar dari klass sebaik saja cikgu Ajeerah menamatkan pembelajarannya. Dia berjalan dengan pantas menuju ke tapak parking kereta. Kira-kira 10-15 minit masa diambil untuk sampai ke kereta. Tapi bukan keretanya. Wani belum ada lesen memandu, sebab itu setiap kali dia balik kakaknya yang mengambil. Ana iaitu kakak Wani menghulurkan Wani makanan dan minuman yang dibelinya. Wani terus menghirup minuman dan memasukkan makanan ke dalam mulutnya dengan gelojoh sebab dari pagi hingga ke petang perutnya belum berisi apa-apa. Hanya sarapan pagi saja Wani makan mee goreng yang dimasak oleh ibunya.

      Ana mengerutkan dahinya kerana hairan kenapa Wani lambat keluar dari klass. Wani menjelaskan kerana kumpulannya dan kumpulan-kumpulan yang lain terpaksa akhir keluar kerana hendak menentukan tajuk video yang hendak dipilih. Kumpulannya diberikan assignment iaitu membuat video yang berdurasi selama 11 minit dan video itu akan dibentangkan di hadapan klass, soal jawab selepas pembentangan akan diadakan. Cikgu Ajeerah juga mengingatkan yang video report mesti dihantar seminggu selepas video pembentangan. Wani stress memikirkan sebab assignment subjek lain belum siap, kena bagi lagi assignment baru.

      Wani bercerita dengan penuh emosi dan dengan suaranya memenuhi ruang kereta itu merungut kasar. Kakaknya mencadangkan Wani supaya sembahyang Hajat berdoa supaya Allah mempermudahkan segala urusan. Wani bercerita tidak berhenti setakat itu saja, malah Wani bercerita lagi kepada kakaknya tentang assigmentnya subjek lain. Wani meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya mengenai seorang ahli kumpulannya. Kakaknya mendengar dengan tekun sambil memandu dengan berhati-hati. Kakaknya juga mempamerkan muka tidak puas hati setelah mendengar karenah ahli kumpulan Wani yang bernama Hanis.

       " Aku ada assigment berkumpulan sama kawan-kawanku yang lain. Sebenarnya cikgu mahu lima orang dalam satu kumpulan.Tapi kami empat orang saja dalam satu kumpulan. Dijadikan cerita semasa  minggu ini hari selasa kawanku si Hanis boleh tuduh aku lupa kerja sendiri. Selepas dia tuduh aku macam itu, tiba-tiba dapat aku rasakan mukaku panas membahang menahan marahku. Siapa yang tidak marah sebab tuduhannya itu tidak berasas. Yang aku sakit hati boleh lagi dia tuduh aku lupa kerja sendiri depan senior perempuan yang mengambil Master. Sudah dia tuduh aku itu, terus aku sound kawanku dengan nada lembut tapi pedas."

       Hari selasa dalam klass subjek lain.
"Eh, kejap. Apa yang kau taip itu. aik? siap dah kah?", tanya Wani dengan musykil setelah dia masuk klass lalu duduk bersebelahan dengan Hanis.

"Siap dah. Itulah kau, kerja sendiri pun lupa. Dia lupa kerjanya sendiri", Hanis menjawab pertanyaan Wani sambil itu dia memberitahu kepada senior perempuan yang mengambil Master akan perangai Wani yang lupa dengan kerja sendiri.

Jawapan itu membuatkan muka Wani panas membahang menahan marah sebab tuduhan Hanis itu tidak berasas. Wani tidak puas hati dengan Hanis lalu membalas tuduhan yang dilemparkan oleh Hanis itu.

"Apa??? Kejap? Siapa yang lupa kerja sendiri? Aku? Aku yang lupa? Kau yang lupa. Aku masih ingat lagi  aku pernah cakap arah kau selepas saja  cikgu bagi tajuk assigment yang aku akan pinjam buku dari library untuk assigment ini. Tapi kau cakap arah aku yang kau sudah ada dua buah buku di rumahmu, jadi tidak payah pinjam arah library. Lepas itu, aku tanya kau lagi balik untuk memastikan kau benar-benar ada dua buah buku itu dirumah. Kau mengiyakan. Lepas itu, untuk bagi senang kerja, aku  cadangkan suruh kau gambar isi buku itu dan hantar arah Whatsapp. Sebab kumpulan kita ini ada 4 orang jadi takut berebut-rebut untuk membaca buku. Kau cakap tidak payah. Kau akan bagi aku baca dulu. Jadi, aku cakap okey saja. Aku tunggu kau pinjamkan aku buku, tapi lansung tidak ada. Aku ingatkan kau balik bila kau hendak pinjamkan aku buku, kau cakap arah aku nanti. Aku cakap lagi. okey, jangan lupa. Kau mengiyakan dan cakap arah aku yang kau tidak akan lupa. Disebabka aku tunggu terlampau lama bila buku kau bagi arah ku, aku tunggu kau punya text, harap-harap kau send gambar isi buku itu. tapi lansung kau tidak hantar arah aku. Dan aku masih ingat lagi bila aku tanya bila hendak start buat assigmment, kau cakap arah aku, nanti membuat sebab kau suruh fokus dulu arah assignment subjek lain iaitu mengadakan interview orang since payah mencari orang yang akan di interview. Okey aku cakap. Habis itu, sekarang ini siapa lupa kerja sendiri? Aku atau kau? Kau cakap nanti, nanti dan nanti. Tapi lansung tidak ada nantimu itu. Cuba fikir?", Wani menceritakan panjang lebar dan mengingatkan kepada Hanis siapa yang patut lupa kerjanya sendiri.

     Setelah mendengar apa yang diceritakan oleh Wani, Hanis hanya tersengih dan ketawa lalu membagi alasan, "Eh, Iakah? Sorry, sibuk ku sebab itu aku lupa balas text kau. Sorry eh."

"Nah, baru kau ingat. Kalau aku tidak bercerita sampai bila-bila kau tidak akan ingat", Wani membalas dengan tidak puas hati. Siapa yang tidak marah sebab semudah itu saja Hanis meminta maaf kepadanya setelah melemparkan tuduhan yang tidak berasas.

      "Lepas klass ni, kamu ada klass lagi. Kalau tidak ada klass, aku tolong sambung siapkan assigment ini, Klass petang aku ambil kedatangan saja, lepas tu baru aku keluar buat assignment sama-sama, "tanya Wani dengan harapan dia dapat menolong sedikit membuat assigment meskipun terpaksa mengorbankan klass petangnya. Wani rasa bersalah kerana dia tidak ada contribute apa-apa meskipun assignment itu sudah hampir siap, hanya tinggal kesimpulan lagi hendak dibuat.

     "Tidak ada klass. Librarylah buat assignment. Kau buat kesimpulan. Tapi tidak mengapakah kau tidak masuk klass petang?, Hanis bertanya kepada Wani.
     
      "Hmmm, cubalah saja, "Wani menjawab dengan teragak-agak kerana tidak pasti akan tindakan yang akan dilakukannya itu sambil tersengih dan menggaru kepalanya.

      Di library , Wani sibuk meneruskan assignment dengan menaip kesimpulan assignment itu, Hanis dan Adrina masing-masing sibuk membuat assignment masing-masing. Wani yang tekun menaip di singgung sikunya oleh Hanis yang duduk bersebelahan dengannya. Wani menoleh dan melihat telefon bimbit yang dihulurkan Hanis kepadanya. Dalam telefon bimbit itu, Hanis ada mengambil gambar Adrina yang sedang tidur ketika itu. Wani hanya menggumam dan meneruskan kerjanya. Kali kedua, siku Wani disinggung lagi. Wani menoleh dan membaca ayat ditaip atas gambar Adrina yang sedaang tidur itu, "Menyesal aku bawa dia ke library membuat kerja sama-sama. Tidur pulang diasuhnya. Lain kali , malas ku membawa dia ke library". Ayat yang ditaip oleh Hanis di atas gambar Adrina. Wani hanya pamerkan sengihan. Dalam hati Wani berbisik, kenapa Hanis sendiri buat macam itu kepada kawan baiknya Adrina, mengata belakang-belakang, so tidak mustahil Wani yang bukan kawan baik Hanis turut kena buat macam itu.

    "Aiii~, sedap tidur. aku mahu tidur juga. letih ku",  respon Hanis setelah melihat Adrina baru bangun dari tidur. Hanis sangat hiprokit, Ayat yang keluar dari mulutnya itu tidak seiring dengan ayat yang dia taip dalam gambar Adrina.

    "Hahaha, Letih ku. Kelmarin akhir tidur, buat assignment. Lemah mataku, "jawab Adrina sambil mempamerkan ketawanya tanpa mengetahui dirinya dikutuk belakaang-belakang oleh kawan baiknya sendiri.

        Setelah selesai bercerita, Ana membagi pendapatnya yang tindakan Hanis itu tidak patut dan mengiyakan tanggapan Wani mengenai tidak mustahil juga Hanis mengata Wani belakang-belakang.

      "Sama, kalau Hanis ini baik dan alert, dia mesti bagitahu aku bila start buat assignment ni, Tapi last minute. Siapa yang tidak sakit hati. Cara dia bercakap dan reaksi mukanya waktu itu macam tidak puas hati sama aku".

      Tempoh lalu, "Kau ada klass?', tanya Hanis tiba-tiba.

      "Tidak ada, aku balik awal hari ini. kenapa?", jawab Wani.

      "Ah? Balik kau? Kami hari ini buat assigment berkumpulan sampai pukul enam. Kami akhir balik buat assignment".

     "Ah? Apa? Assignment. Aku tidak dapat sebab aku punya bapa dalam perjalanan hendak sampai mengambil aku balik".

    "Oooh". Hanis membalas mendatar dengan muka tidak puas hati.

    "Ka, cuba kita fikir tu, siapa yang dapat join buat assignment kalau membagitahu last minute, kalaulah aku jadi join, bapa kesian terpaksa patah balik ke tempat kerjanya. Kalau kawanku si Hanis tu bagitahu awal, dapat aku join. Cara dia bercakap lagi dia expect aku join. Mukanya tidak puas hati. Lagipun, aku mana pernah sekali pun escape membuat assignment berkumpulan, aku kena ambil kesempatan ada pulang sebab terlampau rajin, kena suruh buat itu buat ini ikut saja, yang membagi arahan tahu lihat saja tidak membuat lansung. Tahu komplin sebab tidak puas hati cara aku buat assignment  "

    "Hmmm, benar tu. Cuba bagitahu awal-awal. Sudah last minute tu kesian bapa terpaksa ulang alik dari tempat kerjanya ke tempat mu". Ana mengiyakan pendapat Wani.

  "Sabar saja ada kawan jenis macam ni".