BAB 27 (HANG TUAH BERSARA,RAJA MELAKA TURUN TAKHTA)
Raja Melaka menitahkan Bendahara dan Hang Tuah untuk mulakan malam
berjaga-jaga dan anakanda baginda Puteri Gunung Ledang ditabalkan menjadi raja.
Raja Melaka memberi nama akan anak Bendahara iaitu Tun Mat menjadi Bendahara
Paduka Raja, anak Temenggung iaitu Tun Karim menjadi Temenggung Seri Seroja,
anak Hang Tuah iaitu Tun Nadim menjadi Laksamana.
Raja Melaka (Puteri Gunung Ledang) merobohkan Kota Melaka lalu
digantikan dengan meriam berlapis-lapis. Raja Melaka menitahkan Temenggung
membawa emas dua butir dalam talam berkelilingan negeri Melaka bertanyakan
kepada rakyat yang sanggup ditanam hidup-hidup kerana baginda ingin mengetahui
kejadian dalam kubur, dan emas butir itu sebagai ganjaran orang sanggup. Hang
Tuah menawarkan dirinya saja yang ditanam. Setelah 3 hari, Hang Tuah menyuruh
isterinya membuat apam tiga buah, 2 buah dimakannya, satu lagi direpih sikit
dan lebihnya dimasukan dalam tangan bajunya.
Maka datang biduanada kecil yang dititahkan oleh Raja Melaka untuk
menjemput Hang Tuah menuju ke tempat penanaman kerana Raja Melaka ,
pegawai-pegawai dan segala rakyat sudah berkumpul menunggu Hang Tuah. Ketika
Hang Tuah hendak keluar dari pintu rumahnya, seorang orang tua(darwis) datang
meminta apa saja barang yang ada pada
Hang Tuah pada waktu itu kerana orang tua itu kelaparan, maka Hang Tuah
memberi apam yang dibawanya itu.
Setelah itu , Hang Tuah ditanam dan di tangan Hang Tuah suatu tali
sebagai isyarat jika tali itu ditarik oleh Hang Tuah dan hujungnya dipegang
oleh Raja Melaka, maka hendaklah orang mengali kuburnya dengan cepat. Selepas
imam membacakan talkin, semua rakyat beredar cuma tinggal Raja Melaka memegang
tali isyarat. Kerana tiada tanda tali ditarik, Raja Melaka pulang namun baru
tujuh langkah baginda menoleh ke belakang dan mendapati tali ditarik lalu
baginda mengarahkan orang mengali kubur dengan cepat.
Hang Tuah terbaring di liang lahad tanpa kain kafan dan hanya
memegang belanga besi yang sedikit sumbing. Hang Tuah beriwayat di depan Raja
Melaka bahawa ketika di dalam kubur, datang 2 buah gunung berapi menyerangnya
dan kain kafan hangus terbakar namun Hang Tuah terselamat sebab wujudnya
belanga besi sumbing di tangannya tidak semena-mena itu. Maka Raja Melaka takut
akan cerita Hang Tuah itu lalu menyedekahkan gedung emas sebuah kepada semua
rakyat yang miskin selama 40 hari lamanya.
Tidak beberapa lama kemudian, Hang Tuah, Bendahara, Temenggung
menyembahkan berundur diri dari kerajaan Melaka. Bendahara berkhalwat di
Tanjung Keling. Temenggung di Tanjung Tuan. Hang Tuah berkhalwat di Tanjung
Jugara. Di Tanjung Jugara, Hang Tuah membuat satu dukuh dan bergurukan orang
peranakan Gujerat.
Akhirnya, Raja Melaka turun takhta, menjadi darwis berjalan ke
segenap kampung dan melintas padang yang luas. Hari yang panas menyebabkan Raja
Melaka merasa lapar dan dahaga dan meminta timun kepada empunya. Dalam berjalan
itu, Raja Melaka bertemu dengan Jibrail yang menyamar sebagai pemuda dan
mengatakan yang dikendong Raja Melaka itu tengkorak orang.
Raja Melaka marah kerana baginda
sudah mengatakannya bahawa timun dikendongnya lalu menunjukkan kepada pemuda
itu. Dengan takdir Allah, timun bertukar menjadi tengkorak dan Raja Melaka
terkejut lalu membuangnya. Pemuda itu ghaib. Raja Melaka pengsan dan bermimpi .
Maka Raja Melaka ghaiblah.
WATAK
Raja Melaka, Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah, Bendahara, Temenggung,
Tun Mat, Tun Nadim, Tun Karim, Jibrail, Empunya timun, Biduanda kecil, Segala
rakyat, Pegawai-pegawai.
LATAR TEMPAT
Melaka,Rumah Hang Tuah, Liang lahad, Padang
Luas,Tanjung keling, Tanjung Tuan, Tanjung Jugara.
No comments:
Post a Comment