Monday, 3 December 2018

Hang Tuah Bab 19

                             BAB 19 (HANG TUAH KE BENUA KELING DAN CINA)

     Raja Melaka mengutus Hang Tuah ke Benua Keling kerana dia fasih bahasa keling, Hang kasturi juga ikut serta. Hang Kasturi diberi gelaran Maharaja Setia. Hang Tuah bertanya kepada mualim pulau yang dilihatnya, lalu Hang Tuah berhenti di pulau itu iaitu Pulau Biram Dewa. Pulau ini tiada siapa yang berani datang kerana sesiapa saja datang, ribut taufan akan datang tiba-tiba. Hang Tuah singgah ke Pulau Biram Dewa dan serta-merta ribut taufan pun datang. Namun berkat doa Hang Tuah  kepada Allah maka pulau itu tenang semula.

     Hang Tuah terlihat orang tua duduk sembahyang di atas batu dan dia berfkiri mungkin Nabi Khidir. Nabi Khidir menitahkan Hang Tuah mengambil buah kayu dan bila di depan Raja Benua Keling kelak, tanam biji buah kayu itu dan ketika itu juga ianya berbunga,berdaun dan berbuah. Setelah itu, Nabi Khidir ghaib. Akhirnya, Hang Tuah sampai ke Benua Keling lalu disambut oleh Syahbandar Benua Keling.

     Syahbandar memberitahu kedatangan Hang Tuah dan membawa surat untuk ke Bawah Duli Kisna Rayan tanda berkasih-kasihan dan muafakat  kepada Nala Sang Guna. Mereka diberi gedung untuk tinggal dan melabuhkan perahu mereka di pangkalan perahu utusan Feringgi hingga menyebabkan Feringgi marah dan berniat menghadang kepulangan mereka kelak. Utusan Melaka dijamu makan oleh Nala Sang Guna. Isteri Nala Sang Guna menganggap Hang Tuah sebagai anaknya kerana dia belum memperolehi anak. Maka Nala Sang Guna menitahkan Hang Tuah membuat ubat supaya isterinya dapat beranak. Hang Tuah pulang ke gedungnya dan membuat ubat, setelah siap diberikannya kepada Nala Sang Guna.

       Nala Sang Guna dan Hang Tuah menghadap Duli Kisna Rayan dan Duli Kisna Rayan menitahkan Hang Tuah menunggang kuda tezi, maka setelah kuda tezi merasa ada orang menunggangnya , kuda itu melompat dan berlari menyebabkan baju Hang Tuah habis carik. Namun Hang Tuah mempratikkan akan guru gembala kuda jar dengan menundukkan kepalanya disebalik telinga kuda itu lalu ditariknya tali kuda sehingga kuda itu berdiri. Hang Tuah pun segera turun dari kuda itu.

      Duli Kisna Rayan memberitahu akan Nala Sang Guna bahawa baginda ingin bermain-main di rumah Nala Sang Guna. Maka Nala Sang Guna pulang ke rumahnya memasak nasi. Duli Kisna Rayan menitahkan temenggung untuk melarang orang tidak menjual kayu api kepada Nala Sang Guna. Jika tidak orang itu akan dibunuh. Maka tiba Nala Sang Guna menyuruh hambanya membeli kayu api untuk memasak namun kayu api tiada berjual. Hang Tuah mmencadangkan Nala Sang Guna menggunakan kain-kainan dan dicelup minyak untuk dijadikan kayu api.

      Setelah itu, maka makanan pun siap dimasak. Kisna Rayan dijamu makan minum oleh Nala Sang Guna. Di depan Kisna Rayan , Hang Tuah mengeluarkan biji benih buah kayu lalu ditanamnya, maka buah kayu itu tumbuh berdaun, berbunga, berbuah masak. Maka dirasa oleh Kisna Rayan betapa lazat buah kayu itu dan serta merta pohon buah kayu itu ghaib. Alkisah Hang Tuah dititahkan oleh Kisna Rayan untuk bermain padang perisai dengan pendekar. Maka pendekar menghadang pintu keluar lalu Hang Tuah berjaya membunuhnya .

      Hang Tuah diutus oleh Kisna Rayan ke Benua Cina(Bakang Hainam), dan sampai ke sana kira-kira 2 bulan dengan membawa surat dari Kisna Rayan. Syahbandar menyembahkan perkara ini kepada 4 orang menteri dan Raja Benua Cina. Surat disambut oleh Raja Benua Cina dan Hang Tuah bersiar-siar melihat temasya yang ada di Benua Cina. Setelah lama di Benua Cina, Hang Tuah pulang ke Benua keling namun dihadang oleh kapitan Feringgi kerana Hang Tuah berani melabuhkan perahu di kawasan pelabuhan kapitan Feringgi.

     Mereka membuang bedil sesame sendiri sehingga Feringgi habis mati. Hang Tuah sampai ke Benua keling membawa surat utusan dari Benua Cina lau disambut oleh Kisna Rayan. Nala Sang Guna memberitahu kepada Hang Tuah bahawa isterinya telah melahirkan anak lelaki. Maka isteri Nala Sang Guna memberikan Hang Tuah emas-emasan. Hang Tuah pulang ke Melaka dan beriwayat mengenai pelayarannya ke Benua Keling dan Cina di depan Raja Melaka.

WATAK
Hang Tuah, Maharaja Setia, Bendahara, Raja Melaka, Duli Kisna Rayan, Nala Sang Guna dan isterinya, Raja Benua Cina, 4 menteri, Syahbandar Keling dan Cina, Orang Feringgi, Nabi Khidir.

LATAR TEMPAT
Melaka, Benua keling, Benua, Cina , Pulau Biram Dewa, Istana.

No comments:

Post a Comment