Monday, 3 December 2018

Hang Tuah Bab 22

                      BAB 22 (RAJA CULAN, SULTAN MAHMUD, SULTAN AHMAD)

     Raja Melaka menitahkan Tun Ratna Diraja dan Tun Maharaja Diraja pergi ke Sailan membeli permata intan untuk membuat pakaian anakanda baginda. Manakala Bendahara mengarang surat. Mereka disambut oleh Syahbandar, Bendahara dan Raja Sailan. Di Melaka, Raja Melaka menitahkan Bendahara dan Hang Tuah untuk mencari tempat membuat negeri kerana baginda sudah tua, hendak merajakan anakanda baginda. Maka negeri pun dibuat di Gunung Lingga.

      Raja Sailan mempunyai seorang anak iaitu Raja Culan. Raja Culan pergi bermain-main ke hulu negeri dan bertemu sebiji telur ayam lalu dikendongnya. Telur ayam itu menetas di kendongannya. Maka ayam itu pun besar. Negeri sailan itu pun banyaklah menyabung ayam. Raja Culan menyabung ayam namun alah semua ayam lawannya. Raja Sailan mendengar khabar Raja Melaka mempunyai anak perempuan lalu baginda berhasrat  meminang untuk anaknya lalu disampaikan kepada utusan Melaka.

      Raja Culan menawarkan dirinya saja berjumpa Raja Melaka dan sambil itu dia nak bersabung ayam. Raja Culan bersabung ayam di Terengganu, dan kalah dengan Raja Terengganu. Raja Culan bermain kotor, berbuat tuah palsu lalu Pak Si Molong setuju untuk bertukar ayam. Raja Terengganu menaruhkan semua kemenangannya semula. Ayam Raja Terengganu kalah dan mendapati tuah ayam yang ditukar itu tuah palsu. Raja Terengganu menitahkan agar mata Pak Si Molong dicungkil kerana kecuaiannya. Bermula pada saat itu, semua ayam Terengganu kalah.

           Maka Raja Terengganu menitahkan Pak Si Molong mencari ayam bagi mengalahkan Raja Culan dengan ganjaran Pak Si Molong akan dapat 4 orang gundik. Pak Si Molong berseloroh walaupun dia dapat gundik, bagaimana nak dipandang kalau mata tiada. Pak Si Molong pulang ke rumahnya meminta bantuaan anaknya untuk menolong mencari ayam di seluruh negeri Terengganu. Namun tiada yang dapat mengalahkan ayam Raja Culan. Akhirnya, Pak Si Molong bertemu dengan ayam bertuah yang diikkat dengan tali mulung lalu membelinya.

       Esoknya di pulau Sakti tempat gelanggang, persabungan dimulakan. Raja Terengganu bertaruhkan separuh negeri Terengganu manakala Raja Culan bertaruh separuh kapal baginda. Dalam persabungan itu, ayam Raja Terengganu kalah. Ayam Raja Culan terbang ke bahtera Raja Culan. Dengan takdir Allah, bahtera Raja Culan tenggelam, apabila dilihat oleh ayam itu bahtera tenggelam lalu terbang pula ke istana Raja Terengganu, maka istana itu pun habis di makan api dan semuanya negeri itu pun habis hangus. Maka negeri Terengganu pun huru haralah. Adapu api itu tujuh hari tujuh malam lamanya maka baharulah padan api itu.

         Berita in sampai ke telinga Raja Melaka dan Puteri Gunung Ledang. . Puteri Gunung Ledang sedih kerana bahtera Raja Culan binasa. Raja Melaka marah lalu menitahkan Hang Tuah mengalahkan negri Terengganu. Maka Negeri Terengganu alahlah, raja Terengganu pun undur ke hulu negeri Terengganu dan pada segenap tahun menghantar ufti ke Melaka.

        Hang Tuah membawa Puteri Sekanda Jaya Leka(anak bendahara), Megat Maksum(anak Megat Kembar Ali) ke Melaka. Beberapa hari kemudian, Raja Melaka ingin merajakan putera puteri baginda. Sultan Mahmud raja di Lingga, Sultan Ahmad raja di Bentan dan Puteri Gunung Ledang raja di Melaka. Sultan Mahmud dikahwinkan dengan Puteri Sekanda Jaya Leka. Sultan Muhammad (Ahmad) pula dikahwinkan dengan Megat Maksum. Hang Tuah merajakan Sultan Mahmud di Lingga dan Sultan Ahmad di Bentan .Melaka semakin makmur.

WATAK
Raja Melaka, Bendahara, Hang Tuah, Tun Ratna Diraja, Tun Maharaja Diraja, Raja Sailan, Syahbandar, Patih Kerma Wijaya, Raja Culan.

LATAR TEMPAT
Melaka, Sailan, Gunung Lingga, Terengganu, Pulau Kapas, Tengah Gelanggang, Pulau Sakti, Istana Sailan.

No comments:

Post a Comment