BAB 8 (PATIH GAJAH MADA DENGAN HANG TUAH)
Raja Melaka masuk ke istana Seri Betara Majapahit diiringi oleh Hang
Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang Lekir dan segala pegawai dan
pertuanan. Seri Betara Majapahit menitahkan Hang Tuah beriwayat. Apabila
disedari oleh penjurit Sang Bima Sina Pati, Hang Tuah alpa maka disendalnya
keris Taming Sari dari belakang. Maka Hnag Tuah teringat akan kerisnya lau
dilihatnya tiada. Hang Tuah mula membaca pustakanya lalu meraba keris Patig
Gajah Mada.
Apabila Seri Betara menitahkan Patih Gajah Mada untuk menyembahkan kerisnya, Patih Gajah Mada malu kerana kerisnya tiada. Betara Majapahit memulangkan keris Taming Sari kepada Hang Tuah. Manakala Hang Tuah memulangkan keris Patih Gajah Mada. Seri Betara Majapahit menjelaskan bahawa baginda hanya ingin bergurau dengan Hang Tuah. Melihat keadaan yang tegang itu, Raja Melaka memohon untuk kembali ke istananya tetapi tidak pula dibenarkan oleh Seri Betara Majapahit kerana baginda ingin semua pembesar minum sehingga mabuk. Semua itu bertujuan untuk menguji kemampuan Hang Tuah yang tenyata tetap segar sehingga ke akhir majlis, sedangkan pembesar yang lain semuanya mabuk belaka.
Keesokkan harinya Raja Melaka masuk menghadap Betara Majapahit diiringi oleh Hang Tuah dan segala pegawai dan pertuanan. Maka terdengar Seri Betara bunyi huru hara di pasar. Pengamuk yang diupah oleh Patih Gajah Mada mengamuk . Seri Betara meminta bantuan Raja Melaka. Maka Raja Melaka menitahkan Laksamana untuk mengembari pengamuk 70 orang itu. Hang Tuah berundur dan masuk dalam suatu lorong yang muat untuk seorang saja, dengan cara ini mudah Hang Tuah memnbunuh pengamuk 70 orang itu. Hang Tuah dibawa kembali ke istana oleh sahabatnya.
Melihat Hang Tuah masih hidup Betara Majapahit dan patih gajah Mada tersipu-sipu. Betara Majapahit menjelaskan bahawa baginda menduga yang mengamuk itu hanya seorang dua. Baginda menegaskan bahawa jika diketahui bahawa orang mengamuk itu seramai 70 orang sudah tentu baginda tiada membiarkan Hang Tuah menghadapinya seorang diri. Hang Tuah menegaskan bahawa jangankan 70 orang, 2000 orang pun akan dihadapinya, yang lebih menakutkan adalah musuh dalam selimut. Patih Gajah Mada malu mendengar sindiran Hang Tuah.
Patih Gajah Mada terus merancang untuk membunuh Hang Tuah dengan mengupah Sang Winara Semantera. Patih gajah Mada menitahkan hambanya menjemput Sang Winara Semantera, menyebabkan pertapaanya yang tinggal 7 hari lagi terbantut. Sang Winara Semantera bertanya kepada Patih Gajah Mada apa dosanya Hang Tuah itu sehingga mesti dibunuh. Patih Gajah Mada memberitahu Hang Tuah telah banyak penjurit tetapi Hang Tuah tidak lut walaupun ditikam. Maka Sang Winara Semantera bersetuju untuk membunuh Hang Tuah dengan menyamar berbagai rupa.
Sang Winara Semantera bersama 4 orang muridnya pergi ke Kg Raja Melaka lalu masuk ke pagar. Dilihatnya di istana itu Hang Tuah 5 sahabat sedang berkawal. Hang Tuah berfirasat pada waktu malam ini ada berlaku pertikaman kerana ada orang masuk ke Kg raja Melaka. Dalam Hang Tuah berkata-kata dengan sahabatnya, dia terlihat ada orang masuk ke pagar istana. Hang Tuah menghampirinya. Sang Winara Semantera tidak sempat lari telah menjadikan dirinya sebagai tunggul kayu. Hang Tuah telah memarang tunggul Kayu itu sehingga patah.
Maka sang Winara Semantera melarikan diri lalu menjadikan dirinya anjing. Manakala Hang Tuah menjadi harimau lalu diusirnya anjing itu. Anjimg itu lari keluar dari Kg. Hang Tuah pula menjadikan dirinya menjadi manusia. Sang Winara Semantera keluar dari kg lalu memberitahu empat orang anak muridnya betapa susahnya hendak mengenai Hang Tuah itu, dirinya pula hampir nak dibunuh. Sang Winara Semantera tidak berputus asa lalu masuk semula ke Kg Raja Melaka dan menyamar sebagai kunang-kunang dan kucing lalu masuk ke dalam istana.
Hang Tuah bersembunyi dibelakang pintu lalu memarang kucing itu tiada juga kena. Kucing itu berlari keluar. Maka kucing menjadikan dirinya harimau lalu diusirnya akan Hang Tuah. Hang Tuah menghampiri harimau yang cuba melarikan diri keluar dari Kg Raja Melaka. Sang Winara Semantera dan 4 orang muridnya berlari mendapatkan Patih Gajah Mada. Selepas itu Sang Winara Semantera meraba pintu pagar Kg Raja Melaka itu lalu terbuka. Hang Tuah menyedari Sang Winara Semantera masuk kg itu bersembunyi disebalik pintu dan memarang leher Sang Winara Semantera sehingga putus lalu mati.
4 orang muridnya mengambil kepala Sang Winara Semantera lalu ditanam di kaki Gunung Lima dan 7 tahun akan datang Sang Winara akan hidup seula seperti yang diwasiatkan oleh Sang Winara. 4 orang murid itu memberitahu hanya Sang Persata Nala saja dapat membunuh Hang Tuah. Keesokkan harinya, Patih Gajah Mada menyembahkan kematian Sang Winara ke hadapan Betara Majapahit lalu mencadangkan Sang Persata Nala untuk membunuh Hang Tuah. Patih Gajah Mada menitahkan Sang Wira dan 10 orang suruhan menjemput Sang Persta Nala di Gunung Wirana Pura.
Setelah berusaha mencari, Sang Wira menemui jalan buntu dan gagal mencari Sang Persata Nala tambahan pula sudah 7 orang pengikutnya mati dimakan binatang buas. Sampai ketikanya Raja Melaka bermohon untuk kembali ke Melaka dan kali ini terpaksalah Betara Majapahit membenarkannya. Hang Tuah 5 sahabat bercadang untuk membalas dendam kepada Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada.
Keesokan harinya, Raja Melaka masuk ke istana Betara manakala Hang Tuah 5 sahabat menyelit masuk tempat taman larangan kawasan Betara Majapahit mandi bersama isteri baginda . Penunggu taman marah lalu menyembahkan hal ini kepada Betara Majapahit. Betara Majapahit menitahkan Barit Ketika mencari siapakah yang berani buat begitu. Betara Majapahit mendapat tahu Hang Tuah 5 sahabat itu punya perbuatan. Betara Majapahit menitahkan seribu orang pengawitan mengepung Hang Tuah 5 sahabat namun dapat dialahkan oleh Hang Tuah 5 sahabat .
Hang Tuah 5 sahabat menyembahkan ampun Betara Majapahit dengan alasan tidak mengetahui taman itu taman larangan. Demi mendengar alasan itu, Betara Majapahit segera mengampuni Hang Tuah 5 sahabat. Keesokannya, Raja Melaka bermohon kembali ke Melaka. Dua hari kemudian Raja Melaka dan permaisuri Raden Emas Ayu serta rombongan berangkat belayar kembali ke Melaka dan akhirnya mereka sampai ke Melaka dengan selamat.
WATAK
Raja Melaka, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang
Lekir, Patih Gajah Mada, Seri Betara, Sang Bima Sina, 70 orang pengamuk, Sang
Winara, 4 orang anak murid, Ajar-ajar, Sang Persata Nala, Penunggu Taman, Barit
Ketika, Temenggung, Bendahara, Adipati Tuban & Jayakarta & Palembang.
LATAR TEMPAT
No comments:
Post a Comment