Monday, 3 December 2018

Hang Tuah Bab 13

                                       BAB 13 (HANG TUAH DI MAJAPAHIT)

     Bab 13 mengisahkan beberapa muslihat Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada hendak membunuh Hang Tuah. Kisah bermula dengan tibanya surat yang dibawa oleh Rangga dan Barit Ketika ke Melaka yang mengandungi kemurkaan Raja Majapahit kerana Raja Melaka telah lama tidak menghantar berita ke Majapahit. Surat itu dibaca oleh Patih Kerma Wijaya. Raja Melaka terdiam tidak terjawab lalu Hang Tuah menjelaskan bahawa Melaka sibuk kerana baru selesai berperang dengan Terengganu. Untuk menjernihkan keadaan, Raja Melaka lalu mengutus Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi ke Majapahit membawa berita.

     Apabila mereka tiba di Majapahit, mereka diserang oleh 200 penjurit  iaitu upahan Patih Gajah Mada namun tidak diendahkan oleh mereka sehingga mereka sampai ke istana. Surat itu dibaca oleh Raden Aria. Setelah Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi pulang berehat berhampiran kg Patih Gajah Mada, Raden Aria memberitahu bahawa Patih Gajah Mada ingin mengenai Hang Tuah. Patih Gajah Mada mengupah penjurit mencuri keris pendua Hang Tuah yang leka beriwayat. Keris berjaya dicuri. Hang Tuah tersedar lalu membaca pustakanya dan meraba keris Patih Gajah Mada.

     Apabila Seri Betara Majapahit mengarahkan Patih Gajah Mada menyembahkan kerisnya, Patih Gajah Mada malu kerana kerisnya tiada. Maka Seri Betara Majapahit mengembalikan keris pendua Hang Tuah dengan alasan dia ingin bergurau dengan Hang Tuah. Seri Betara Majapahit menganugerahkan Hang Tuah Sungai Siantan kerana Hang Tuah beriwayat. Patih Gajah Mada tidak putus asa lalu mengupah Perwala mencuri kain baju Hang Tuah. Nanti kain baju itu akan dihantar ke Melaka atas alasan Hang Tuah bermukah agar Raja Melaka membunuh Hang Tuah. Namun tidak berjaya kerana budak suruhan Hang Tuah yang memegang baju Hang Tuah berteriak tatkala Perwala mencuri baju itu. Maka Hang Tuah naik ke sungai setelah selesai mandi lalu berlari menghunus leher Perwala itu lalu Perwala itu mati.

     Patih Gajah Mada juga mengupah Semirang untuk menikam ketika Hang Tuah menari namun tidak berjaya kerana tikaman itu tidak lut. Seri Betara malu lalu menganugerahkan Hang Tuah Pulau Hitam. Seterusnya Patih Gajah Mada mengupah 40 penjurit untuk menghadang Hang Tuah tatkala Hang Tuah pergi ke sungai.  Keesokannya , tatkala Hang Tuah ingin ke sungai dia tiba-tiba berfirasat bahawa aka nada pertumpahan darah berlaku. Apabila sampai ke tebing sungai , 40 penjurit datang lalu Hang Tuah mengembarinya dan banyak yang mati.

     Seterusnya Patih Gajah Mada mengupah Sang Kertaksa untuk mencuri keris pandak Hang Tuah ketika Hang Tuah nyenyak tidur. Keris itu beraya dicuri. Seri Betara Majapahit menyembunyikan keris itu di dalam peti tujuh lapis. Hang Tuah terkejut kerana kerisnya hilang lalu pergi ke istana sambil membaca pustakanya sehingga semua seisi istana habis tidur, maka mudah Hang Tuah mengambil kerisnya.

     Keesokannya, Seri Betara Majapahit mengingatkan Patih Gajah mada agar bersiap kerana kemungkinan besar Hang Tuah datang mengamuk kerana kehilangan kerisnya. Tidak lama kemudian, Hang Tuah masuk mengadap dengan kerisnya tersisip di pinggang . Betara Majapahit hairan dan terkejut peti tujuh lapis itu kosong. Patih Gajah Mada mengupah penggawa untuk membunuh Hang Tuah namun berjaya digembari oleh Hang Tuah. 

     Hang Tuah pulang ke Melaka dengan membawa surat dari Raja Majapahit yang tertulis menitahkan Raja Melaka datang melawat ke Majapahit. Patih Gajah mada juga merancang hendak membunuh Hang Tuah apabila Hang Tuah datang ke Majapahit kelak.

WATAK
Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Betara Majapahit, Patih Gajah Mada, Raja Melaka, Patih Kerma Wijaya, Rangga, Barit Ketika, 200 penjurit, 40 penjurit, Perwala, Semirang, Sang Kertaksa, Penggawa.

LATAR TEMPAT
Melaka, Majapahit, Sungai, Istana.

No comments:

Post a Comment