Monday, 3 December 2018

Hang Tuah Bab 28

                                              BAB 28 (KERAJAAN MELAKA JATUH)

       Kapal Feringgi datang ke Melaka hendak berniaga di depan pintu gerbang negeri Melaka. Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja Melaka(P.G.L) tidak membenarkannya bahkan menyuruh mereka berniaga di atas kapal. Setelah itu, kapitan Feringgi pulang semula ke Benua Portugal. Namun , setahun kemudian kapitan Feringgi baru datang ke Melaka dan memujuk Raja Melaka untuk membeli sebidang belulang tanah dengan emas.

      Raja Melaka bersetuju menjual sebidang belulang tanah jika Kapitan Feringgi sanggup menyerahkan emas sama tinggi timbunan sebidang belulang tanah yang diinginkan itu dan tanah itu hanya digunakan unuk berbuat gudang. Ternyata kapitan Feringgi itu sanggup memenuhi permintaan Raja Melaka , maka tanah itu pun berjaya dibelinya. Tanpa pengetahuaan Raja Melaka, Kapitan Feringgi berbuat gudang yang dilengkapi dengan meriam di atas tanah yang luas. Larangan Bendahara dan Temenggung tiada diendahkannya dengan muslihat bahawa tanah yang dibangunkan itu cukup syarat kerana timbunan sebidang belulang tanah itu kini dijadikan tali untuk mengukur tanah sehingga mampu meliputi tanah yang lebih luas.

           Tiba saat yang sesuai, tengah malam, Feringgi menyerang Melaka. Tidak lama kemudian, seperti yang mereka rancangkan , empat puluh buah kapal Feringgi datang membantu dari Manila dan Portugal . Akhirnya , Raja Melaka berundur ke hulu Melaka dan mejadi raja di Batak. Bendahara(Tun Mat), Temenggung Seri Seroja(Tun Karim) dan Laksamana(Tun Nadim) menyembahkan bantuan ke hadapan Sultan Ahmad di Bentan. Sultan Ahmad tiada ikhtiar, namun menitahkan mereka berbuat negeri baharu yang bernama Johor Darul-Alam.

          Tiba-tiba, Wolanda menyerang Feringgi di Melaka. Namun, kemaraan Wolanda terhenti apabila menerima serangan balas dari Feringgi. Wolanda berundur ke Johor. Johor bersetuju membantu Wolanda menyerang Feringgi di Melaka dengan perjanjian jika menang, Wolanda boleh memerintah Melaka, namun sentiasa bersahabat dengan Johor. Tiba masanya, Wolanda dan Johor berjaya mengalahkan Feringgi di Melaka. Sesuai dengan perjanjian , akhirnya Wolanda memerintah Melaka.

WATAK
Kapitan Feringgi 1, Raja Melaka(P.G.L), Kapitan Feringgi 2, Bendahara(Tun Mat), Temenggung (Tun Karim), Laksamana(Tun Nadim), Sultan Ahmad, Armada Wolanda.

LATAR TEMPAT
Melaka, Manila, Portugal, Johor, Batak, Johor-Darul-Alam. 

No comments:

Post a Comment