BAB 26 (HANG TUAH DIUTUS KE TURKI 2)
Mengisahkan sambungan perjalanan Hang Tuah dan Maharaja Setia menuju
Turki (Benua Rom). Sebaik tiba di Rom, rombongan Hang Tuah berlabuh di
Setambul. Khabar ketibaan mereka sampai ke pengetahuaan Syahbandar. Syahbandar
menyambut mereka dengan baik. Hang Tuah menjelaskan tujuan mereka datang ke
Rom. Hang Tuah(rajaduta), Maharaja Setia(upaduta), jejenang pula Orang Kaya Tun
Pekerma dan Orang Kaya Seri Lela Indera dan mata-matanya ialah Orang Kaya
Maharaja Lela, Orang Kaya Paduka Seri Rama dan 12 orang bergelar.
Rombongan mereka dijamu makan minum. Syahbandar membawa Hang Tuah
menemui Ibrahim Kakan. Mereka diberi gedung untuk tinggal. Ibrahim Kakan
memberitahu kedatangan mereka akan disampaikan kepada mangkabumi keempat dan
mangkabumi ini akan menyampaikan kepada raja. Ibrahim Kakan meriwayatkan
kebesaran raja dan Negara Rom dari pagi hingga ke petang baru selesai. Ibrahim
Kakan pergi berjumpa mangkabumi keempat untuk menyampaikan tujuan kedatangan
rombongan Hang Tuah. Mangkabumi menyampaikan kepada raja setelah raja keluar
dari istana sekali dalam 40 hari (adat raja Rom).
Bingkis dan surat dari rombongan Melaka disambut oleh Kadi Malikul
Adil lalu dibaca depan raja. Tanpa memanggil rombongan Melaka masuk mengadap,
baginda terus mengurniakan titah perkenan agar Bendahara Mangkabumi
menghadiahkan bedil 100 kali ganda daripada yang dikehendaki Raja Melaka. Raja
Rom juga menitahkan Bendahara mangkabumi menjaga dan menjamu rombongan Melaka
dengan sebaik-baiknya.
Hang Tuah kesal kerana selama
6 bulan di Rom, belum sekalipun dapat menghadap dan bersua muka dengan Raja
Rom. Hang Tuah terus bertekad lalu berkata kepada Bendahara Mankabumi bahawa
telah menjadi adat melayu setiap utusan hendaklah beroleh menghadap raja Negara
yang dikunjungi. Hang Tuah menceritakan pengalamannya menghadap Raja Keling,
Maharaja Cina, Betara Majapahit, Raja Brunei. Hang Tuah juga membuat helah
bahawa dia juga dikurniakan untuk menghadap Raja Mekah, Raja Madinah, Raja
Hassyah, Raja Wolanda dan Raja Feringgi. Mangka bumi mempertimbangkan keinginan
Hang Tuah lalu menghadapkannya ke hadapan Raja Rom.
Akhirnya, Raja Rom
memperkenan hasrat Hang Tuah untuk menghadap baginda. Hang Tuah dan Maharaja
Setia gembira dan menghadap Raja Rom dengan tertib dan penuh adat istiadat.
Raja Rom suka melihat gerak geri Hang Tuah menghadap itu, jelas sekali
tertibnya, layak menjadi hulubalang dan nampak kebijaksanaannya. Hang Tuah
menyembahkan maksud utusan Melaka hanya untuk membeli bedil kerana Melaka
kekurangan senjata.
Raja Rom menitahkan Bendahara Mankabumi mengarang surat untuk Raja
Melaka dan menghadiahkan bedil semuat-muat semua kapal utusan Melaka. Raja Rom
menghadiahkan kopiah emas dan serban ke hadapan Raja Melaka sebagai tanda
tubuh. Keesokannya, Hang Tuah dan Bendahra Mangkabumi memuat bedil 800 pucuk ke
kapal . Utusan Melaka bermohon kembali ke Melaka. Beberapa bulan belayar,
akhirnya utusan Melaka tiba di Melaka dengan selamat. Hang Tuah meriwayatkan
pengalaman mereka di negeri Rom di hadapan Raja Melaka . Raja Melaka gembira
mendengar riwayat Hang Tuah itu.
WATAK
Hang Tuah, Maharaja Setia, Ibrahim Kakan, Syahbandar setambul, Mankabumi
keempat, Raja Rom, Raja Melaka.
LATAR TEMPAT
Setambul, Benua Rom, Istana.
No comments:
Post a Comment