Monday, 3 December 2018

Hang Tuah Bab 10


                                   BAB 10 (HANG TUAH MELARIKAN TUN TEJA)

     Hang Tuah meminta pertolongan daripada Dang Ratna untuk menyampaikan kepada Tun Teja bahawa Hang Tuah ingin memiliki Tun Teja. Oleh kerana, kasih akan Hang Tuah maka Dang Ratna pergi ke istana Tun Teja namun tak keluar satu pun dari mulutnya apa kehendak Hang Tuah itu. Maka Dang Ratna pulang ke rumahnya . Keesokan harinya Dang Ratna pergi ke istana Tun Teja, dilihatnya Tun Teja selesai mandi. Dang Ratna menyampaikan hasrat Hang Tuah itu lalu Tun teja marah dan mengarahkan orang mengocoh mulut Dang Ratna dengan tempurung berbulu.

     Hang Tuah yang menunggu di rumah ibu angkatnya kasihan melihat ibunya lalu Hang Tuah minta izin pulang. Hang Tuah mandi langir, memakai bau-bauan dan membaca pustakanya. Hang Tuah membeli jebat( bau-bauan yang harum dibeli dari pasar) dan dibacainya. Keesokan paginya, Hang Tuah memberi Dang Ratna satu cembul berisi ubat pengasih dan menyuruh Dang Ratna menyapukan kepada tempat duduk Tun Teja. Setelah sampai ke istana , Dang Ratna pun menyapukannya. Setelah itu Tun teja tersedar dari tidurnya dan menitahkan orangnya mencari Dang Ratna.

     Setelah Dang Ratna datang, Tun Teja bertanya keberadaan Hang Tuah. Pada waktu malam, Tun Teja keluar dari istana lalu pergi ke rumah Dang Ratna untuk berkasih-kasihan dengan Hang Tuah. Tun Bija Sura dan Tun Ratna Diraja datang ke Inderapura menyembahkan kepada raja , gajah yang diperolehi dari Benua Siam. Hang Tuah melarikan Tun teja pergi ke Melaka bersama- sama dengan Tun Bija Sura, Tun Ratna Diraja  dan segala pengikutnya. Bendahara Seri Buana mengarahkan pegawai- pegawai menghalang Hang Tuah namun gagal. Raja Inderapura memaklumkan hal ini kepada tunang Tun Teja, Megat Panji Alam.

     Setelah sampai ke Melaka, Hang Tuah menyembahkan Tun Teja kepada Raja Melaka. Tun Teja kecewa kerana dia kasih akan Hang Tuah. Hang Tuah membuat ubat pembenci lalu Tun Teja benci melihat Hang Tuah. Tun Teja berkahwin dengan Raja Melaka. Hang Tuah diberi gelaran Laksamana dan Dang Ratna diberi nama Paduka Mahadewi. Hal ini menyebabkan pegawai yang lain dengki.

WATAK
Hang Tuah, Tun Bija Sura, Tun Ratna Diraja, Bendahara Seri Buana, Tun Teja, Raja Inderapura, Raja Melaka, Dang Ratna, pegawai-pegawai.

LATAR TEMPAT
Melaka, Inderapura, Istana, Rumah Dang Ratna & Hang Tuah.

No comments:

Post a Comment