BAB 16 (HANG JEBAT MENDUDUKI ISTANA)
Hang Jebat berseronok dengan dayang-dayang istana, gundik raja,
makan minum sesuka hati di dalam istana. Perbuatannya ini ditegur oleh Hang
Kasturi namun Hang Jebat mengendahkannya. Raja Melaka kecewa akan perbuatan
Hang Jebat lalu keluar dari istana bersama-sama anak isterinya dan menetap di
rumah Bendahara. Raja Melaka menitahkan Tun Utama dan Tun Bija Sura membunuh
Hang Jebat lalu mereka meminta keris pandak kepunyaan Hang Tuah dari Raja untuk
membunuh Hang Jebat. Malangnya, mereka tidak dapat membunuh Hang Jebat.
Raja menitahkan Patih Kerma Wijaya pergi membunuh Hang Jebat namun
ramai pegawai-pegawai mati. Seterusnya Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang Lekir,
Temenggung, Tun Bija Sura, Tun Utama pergi ke istana namun Hang Jebat enggan
bertikaman dengan mereka kerana mereka bukan lawan Hang Jebat. Hang Jebat ingin
bertikam dengan orang yang memfitnah Hang Tuah demi menuntut kematian Hang
Tuah.
Orang yang memfitnah Hang
Tuah itu ketakutan enggan bertikam dengan Hang Jebat. Raja Melaka menyesal
menyuruh membunuh Hang Tuah lalu baginda mengambil Hang Nadim anak Hang Tuah
sebagai anak angkatnya. Bendahara menyembahkan bahawa Hang Tuah masih hidup dan
menetap di Hulu Melaka. Raja Melaka menitahkan Tun Pekerma dan Hang Kasturi
menjemput Hang Tuah.
WATAK
Hang Jebat, Raja Melaka, Hang Tuah, Syeikh Mansur,Hang Kasturi, Hang
Lekiu, Hang Lekir, Bendahara, Temenggung, Patih Kerma Wijaya, Pegawai-pegawai,
Hang Nadim, Tun Utama, Tun Bija Sura, Tun Pekerma.
LATAR TEMPAT
Melaka, Istana, Rumah Bendahara, Hulu Melaka.
No comments:
Post a Comment