Monday, 3 December 2018

Hang Tuah Bab 24

                                             BAB 24 (HANG TUAH JATUH SAKIT)

     Raja Melaka bersama dengan isteri-isterinya, menteri-menteri dan pegawai-pegawai pergi bersiaran di Selat Singapura. Maka dengan takdir Allah, datang seekor ikan bersisikkan emas dan bermatakan manikam terlalu indah-indah rupanya duduk di bawah perahu kenaikan baginda. Baginda memandang ke bawah perahu dan mahkota dipakai baginda terjatuh ke dalam air. Tiada seorang pun yang berani menyelamatkan mahkota baginda kerana Selat Singapura banyak buaya. Maka Hang Tuah menolong menyelamatkan mahkota baginda.
  
      Hang Tuah berjaya mendapatkan mahkota baginda, apabila hampir ke perahu, datang seekor buaya putih matanya bernyala-nyala menyambar keris pada tangan Hang Tuah. Ini menyebabkan mahkota terjatuh semula. Hang Tuah menangkap ekor buaya, Hang Tuah hampir tenggelam. Raja Melaka menitahkan semua rombongan berangkat kembali ke Melaka kerana takut mungkin ia suatu petanda yang tidak baik.

      Setelah sampai ke negeri, baginda duduk di istana 7 hari tidak keluar dan Hang Tuah juga tidak keluar-keluar. Setelah hari ketujuh, Hang Tuah menyampaikan kepada Raja Melaka bahawa dia tidak sihat. Raja Melaka juga tidak sihat, sakit kepala dan demam sejak kehilangan mahkota baginda. Raja Melaka menganugerahkan Hang Tuah keris daripada Bukit Seguntang sebagai ganti keris yang hilang.

       Diceritakan pula tentang Dong Manila dan Dong Cuala, nakhoda Feringgi yang dikalahkan Hang Tuah ketika pelayaran ke Cina ingin membalas dendam dan meminta bantuaan Raja Portugal. Raja Portugal menitahkan wazirnya berlengkap ghali 40 dengan segala senjatanya. Adapun sebuah ghali itu 500 orang dan lima puluh meriamnya. Dong Cuala dan Gabernador menjadi panglima. Maka 10 ghali Feringgi sampai ke Melaka dan terlihat 2 buah perahu sakai sedang mencari kerang-kerangan lalu diusirnya.

       Perahu sakai sampai ke Bentan menyampaikan kepada penghulu sakai mengenai hal ini. Pada waktu petang, penghulu sakai berlengkap dan berdayung keluar perlahan-lahan dan terlihat 40 kapal armada. Mereka bertemu sebuah ghali lalu ditikamnya dengan seligi. Ramai yang mati dan ditangkap oleh sakai seramai 10 orang. Penghulu batin 2 orang menyampaikan kepada Bendahara dan Raja Melaka akan Feringgi hendak menyerang Melaka. Raja Melaka menganugerahkan nama kepada penghulu batin 2 orang itu, seorang Raja Mambang Negara dan seorang lagi Raja Indera Negara.

        Raja Melaka menitahkan biduanda memanggil Hang Tuah namun Hang Tuah sedang sakit. Maka Raja Melaka menitahkan Maharaja Setia dan Maharaja Dewa untuk mengintip. Dilihat oleh Maharaja Setia dan Maharaja Dewa akan datang jalia 4 buah. Maka Maharaja Setia dan Maharaja Dewa menghumban bedil dan seligi, segala Feringgi dibunuh dan ditawan namun 2 buah jalia sempat lari. 2 buah jalia menyampaikan hal ini kepada Gebarnador lalu Gebarnador marah dan berdayung mendapatkan Maharaja Setia dan Maharaja Dewa.

       Maharaja Setia dan Maharaja Dewa berundur mengenangkan mereka hanya disuruh mengintip bukan berperang. Maharaja Setia dan Maharaja Dewa pulang dan menyampaikan akan hal Feringgi makin hampir datang ke Melaka. Raja Melaka menitahkan Hang Tuah yang sembuh dari sakit mengembari Feringgi. Hang Tuah berfirasat dia akan terkena senjata namun tidak membawa mati. Maka Hang Tuah dengan segala ketumbukannya mengalahkan 4 buah ghali , 6 buah ghali sempat lari menyampaikan hal ini kepada Gabernador.

       Maka Gabernador dan Dong Cuala datang berbedil-bedilan . Gabernador luka terkena bedil oleh Hang Tuah. Dong cuala juga terkena bedil oleh Maharaja Setia. Hang Tuah terjatuh ke air setelah membedil seridadu Feringgi. Ghali feringgi berundur. Ketumbukan Hang Tuah juga berundur. Kapitan Gabernador mati manakal Dong Cuala sakit lalu menyuruh orang-orangnya menghantar tubuhnya ke Portugal. Tidak lama kemudian, Hang Tuah sakit dan tidak mapu bercakap selama 3 hari .
       Hari ke empat, Hang Tuah sihat semula. Negeri Melaka pun sentosa.
Tetapi datang-datang sakit Hang Tuah dan Raja Melaka setelah kehilangan keris Taming Sari dan mahkota. Adapun di Selat Singapura, ramai sakai berhimpun menikam ikan, ikan itu menimbulkan dirinya apabila terlihat cahaya gilang-gemilang dari mahkota.

WATAK
Bendahara, Hang Tuah, Raja Melaka, Maharaja Setia, Maharaja dewa, Dong Manila, Dong Cuala, Kapitan Gabernador, Raja Portugal, Raden Emas Ayu, Tun Teja, Tuan Puteri Gunung Ledang, Tun Bija Sura, Tun Mat.

LATAR TEMPAT
Melaka, Selat Singapura, Potugal.

No comments:

Post a Comment