BAB 23 (INDERAPURA TUNDUK KE MELAKA)
Negeri Inderapura diserang todak lalu Raja Inderapura menitahkan
Bendahara Seri Buana mengarahkan rakyat
menjadi kubu. Ini menyebabkan banyak rakyat mati. Tun Kadim(anak Hang Jebat)
memberi cadangan dengan berkubukan batang pisang. Maka banyak todak mati maka
Raja Inderapura memberi Tun Kadim gelaran Orang Kaya Sang Setu. Ramai menteri
yang dengki bermesyuarat dengan Temenggung lalu memfitnah Orang Kaya Sang Setu.
Dengan takdir Allah, Bendahara Seri Buana meninggal. Menteri-menteri
lain dan Temenggung mengambil kesempatan ini memfitnah Hang Kadim. Temenggung
menyampaikan kepada Raja Inderapura bahawa Sang Setu bercumbuaan dengan dayang
istana, Dang Setia. Raja Inderapura marah lalu menyurh membunuh Sang Setu. Sang
Setu diikat di pintu gerbang dan ditendas kepalanya lalu mati. Raja Inderapura
rasa menyesal menyuruh membunuh Sang Setu.
Hang Kamar(orang Melaka-orang Temenggung) yang datang pergi berniaga
ke Inderapura mendengar kisah kematiaan Bendahara Seri Buana dan Hang Kadim.
Hang Kamar pulang ke Melaka menyampaikan kepada Temenggung. Temenggung
menyampaikan kepada Raja Melaka. Tun Teja menangis setelah mendengar kematian
Bendahara Seri Buana dan Hang Kadim. Raja Melaka marah lalu menitahkan Hang
Tuah mengalahkan negeri Inderapura dan Raja Inderapura.
Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang Lekir berhenti di Pulau
Tinggi. Khabar Hang Tuah yang sedang dalam pelayaran hendak menyerang
Inderapura menakutkan Raja Inderapura. Dengan segera Raja Inderapura menitahkan
Tun Pekerma dan Seri Maharaja Lela menyusul Hang Tuah di Pulau Tinggi dan
menyampaikan Inderapura takluk pada Melaka. Hang Tuah berkeras untuk masuk ke
Inderapura dan menghadap Raja Inderapura. Raja Inderapura ketakutan dan
memperkenan Hang Tuah masuk menghadap.
Hang Tuah menyampaikan titah
Raja Melaka agar pembunuh Orang Kaya Sang Setu dibawa ke Melaka. Raja
Inderapura memperkenan Hang Tuah bertindak dan menangkap pembunuh Orang Kaya
Sang Setu . Raja Inderapura menganugerahkan harta kepada Hang Tuah dan berjanji
bahawa Inderapura takluk kepada Melaka dan akan menghantar ufti setiap tahun.
Hang Tuah berjaya menangkap 1608 tawanan yang terlibat dalam pembunuhan Orang
Kaya Sang Setu untuk dijadikan rakyat Melaka.
WATAK
Raja Inderapura, Bendahara
Seri Buana, Tun Kadim, Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Raja
Melaka, Todak,Menteri dan pegawai, Temenggung .
LATAR TEMPAT
Inderapura, Pulau Tinggi,Melaka.
No comments:
Post a Comment