BAB 25 (HANG TUAH DIUTUS KE TURKI 1)
Hang Tuah, Maharaja Setia, 16 orang pegawai muda dititahkan oleh
Raja Melaka pergi ke Benua Rom untuk membeli bedil sebagai senjata di Melaka.
Rombongan utusan Melaka berhenti di Banda Aceh Darussalam selama 12 hari dan
bertemu Sultan Salahuddin. Sultan Salahuddin melayan dengan mulia . Rombongan
kemudian singgah menuju Pulau Dewa. Hang Tuah bertanya kepada mualim nama
negeri yang banyak pulaunya. Mualim memberitahu bahawa tempat itu negeri Dewa.
Kemudiaan belayar antara Bab Mokha.
Hang Tuah bertanya nama laut yang dilihatnya begitu deras, lalu
mualim menjawab bahawa itu laut Mokha, sebelah kiri tanah Hassyah dan sebelah
kanan tanah Mokha. Mereka meneruskan pelayaran dan sampai antara laut Judah.
Mualim menjawab pertanyaan Hang Tuah bahawa negeri ini negeri Judah, pangkalan
Makkah. Tempat kubur Siti Hawa dan dimana segala orang naik Haji naik berjalan
dari Judah pergi ke Makkah. Mendengar cakap mualim itu, Hang Tuah ingin
berhenti singgah menjunjung kubur Siti Hawa itu mengambil berkat.
Syahbandar Judah memberi sebuah gedung sebagai tempat tinggal Hang
Tuah dan rombongannya. Syahbandar membawa Hang Tuah berjumpa daengan Malik
R.s.t.l. Hang bTuah dan Maharaja Setia dibawa oleh Syahbandar mengunjungi kubur
Siti Hawa. Malik R.s.t.l , Hang Tuah, Maharaja Setia dalam perjalanan ke Mekah
pada waktu pgi mereka berhenti kerana hari sangat panas. Waktu malam mereka
meneruskan perjalanan.
Malam itu, Hang Tuah mencari suatu tempat yang sunyi hendak buang
air. Hang Tuah terlihat seorang tua duduk diatas batu putih seperti kapur
dibusur. Orang tua itu meminjam perak rial barang serial kerana dia orang
miskin, hendak membeli roti tiada dapat. Hang Tuah berfirasat orang tua itu
bukan darwis malahan wali Allah. Hang Tuah memberi orang tua itu dua tiga rial.
Orang tua memberi Hang Tuah cembul.Orang tua memberitahu jika Hang Tuah tidak
tahu bahasa orang ambil air dari cembul dan sapukan pada mulut dan telinga Hang
Tuah sendiri, maka akan tahulah Hang Tuah bahasa orang itu. Rupa-rupanya orang
tua itu nabi Khidir. Nabi Khidir pun ghaib.
Hang Tuah dan Maharaja Setia pergi menziarah segala kubur syeikh,
wali Allah dan nabi. Setelah itu, menunaikan rukun haji, melontar batu di
Mina(Jamratul Akabah, Jamratul Wusta, Jamratul Ula). Mereka mencium batu
Hajaral Aswad dan meminum air zamzam. Setelah itu, Hang Tuah dan Maharaja Setia
meminta izin dari Malik R.s.t.l untuk meneruskan pelayaran mereka. Mereka
sampai di Mesir, tempat nabi Yusof dibuang ke dalam sungai Nil oleh saudaranya.
Syahbandar Mesir membawa Hang Tuah menghadap perdana menteri. Mereka
diberi gedung sebagai tempat tinggal sambil melihat kekayaan negeri mesir.
Perdana menteri menjamu mereka makan minum . 3 bulan lamanya di Mesir, Hang
Tuah dan Maharaja Setia meminta izin dari perdama menteri untuk meneruskan
pelayaran ke Benua Rom.
WATAK
Raja Melaka, Hang Tuah, Maharaja Setia, 16 orang pegawai, Bendahara,
Mualim, Jurumudi, Syahbandar Mesir & Judah, Malik R.s.t.l , Sultan
Salahuddin, Perdana menteri, Nabi khidir.
LATAR TEMPAT
Banda Aceh Darussalam, Pulau Dewa, Judah, Mesir, Makkah, Madinah,
Sungai Nil.
No comments:
Post a Comment