BAB 9 (HANG TUAH DALAM BUANGAN DI INDERAPURA)
Sejak kembali dari Majapahit, Raja Melaka kasih akan Laksamana
sehingga Patih Kerma Wijaya dan pegawai yang lain merasa benci lalu memfitnah
Hang Tuah bermukah dengan dayang istana. Raja Melaka murka lalu menitahkan
Bendahara untuk membunuh Hang Tuah namun Bendahar tidak sanggup lalu menyuruh
Hang Tuah pergi ke Inderapura. Hang Tuah pula merancang akan melarikan Tun Teja
agar dia dapat dimaafkan oleh Raja kerana dia tahu Raja masih tergila-gilakan
Tun Teja.
Sampai ke Inderapura, Hang Tuah menyembahkan kepada Bendahara Seri
Buana bahawa dia datang ke Inderapura kerana difitnah oleh Patih Kerma Wijaya
dan pegawai-pegawai yang tua. Hang Tuah berbuat rumah di Kg Bendahara Seri Buana.
Hang Tuah menjadikan inang Tun Teja, Dang ratna menjadi ibu angkatnya dengan
niat untuk mudah melarikan Tun Teja. Keesokkan harinya, Hang Tuah datang ke
rumah ibu angkatnya , kebetulan dayang-dayang Tun teja juga datang untuk
mengenali Hang Tuah.
Dayang-dayang menceritakan kepada Dang Ratna bahawa Tun Teja berada
di taman merasa masghul kerana tidak mahu berkahwin dengan tunangnya Panji Alam
di Terengganu itu. Hang Tuah mendengar hal ini merasa gembira kerana dia ada
peluang untuk mendekatkan diri kepada Tun Teja. Hang Tuah berkenalan dan
berkawan dengan abang Tun Teja iaitu Tun Jenal. Perkenalan mereka bermula
apabila Hang Tuah ikut serta bermain bola sepak raga. Hang Tuah dijemput makan
minum oleh Tun Jenal. Hang Tuah ingin mendengar biduanda yang merdu suaranya
menyanyi dan menari.
Maka Tun Jenal menitahkan penakawan untuk pergi ke istana Tun teja
meminjam 5 orang biduanda untuk menyanyi. Tun Teja bertanyakan kenapa Tun Jenal
memerlukannya lalu penakawan memberitahu bahawa Tun Jenal bersama-sama dengan
orang Melaka, Hang Tuah namanya. Raja Inderapura ingin berjumpa dengan Hang
Tuah. Keesokan harinya, Hang Tuah menceritakan kepada Raja Inderupara kenapa
dia berada di Inderapura. Pada hari seterusnya, Tun Jenal selalu bermain di
rumah Hang Tuah. Hang Tuah makan minum di rumah ibu angkatnya dan kebetulan
dayang-dayang Tun Teja juga ada.
Hang Tuah memberi beberapa kain kepada dayang-dayang Tun Teja.
Setelah itu, dayang-dayang kembali pulang dan ditegur oleh Tun Teja dimankah
mereka memperolehi kain itu. Mereka memberitahunya Hang Tuah yang meberinya.
Sudah 2 hari Hang Tuah tidak datang ke rumah ibu angkatnya, menyebabkan Hang
Tuah memberitahu ibu angkatnya bahawa Raja Inderapura telah menjemputnya datang
ke istana. Hang Tuah meminta tolong ibu
angkatnya menyampaikan kain kepada Tun Teja.
Tambahan lagi, dayang-dayang Tun Teja memaklumkan ibu angkat Hang
Tuah bahawa Tun Teja ingin mengenali Hang Tuah.
Tun Teja menerima pemberian Hang Tuah itu dengan sukacita lalu
memaklumkan mengenai mimpinya, bahawa Raja Melaka datang ke Inderapura dan Tun
Teja dibelit oleh seekor ular di pinggangnya. Ibu
angkat Hang Tuah memberitahu itu petanda baik dan tak lama lagi Megat Panji
Alam akan datang.
WATAK
Hang Tuah, Tun Jenal, Tun Teja, Tun Karim, Dang Ratna, Bedahara Seri
Buana, Raja Inderapura, Dang Saja, Penakawan, Dang Merdu, Dang Kemala, Patih
Kerma Wijaya, Bendahara, Raja Melaka, Dang Rani, Dang Intan Baiduri,
Pegawai-pegawai tua.
LATAR TEMPAT
Melaka, Inderapura, Taman, Istana Raja Inderpura, Rumah Dang Ratna
& Hang Tuah.
No comments:
Post a Comment