BAB 12 (LAKSAMANA DAN RAJA MELAKA)
Bab 12 mengisahkan peristiwa yang mampu menunjukkan kesetiaan Hang
Tuah kepada Raja Melaka. Pertama, Raden Emas Ayu mengidam makan nyiur gading.
Pohon nyiur itu sangat tinggi dan di tengah-tengah pohonnya telah reput dimakan
anai-anai. Raja Melaka menitahkan pembesar-pembesar istana untuk memanjat pohon
nyiur gading itu namun tidak disanggupi oleh mereka kerana mereka yakin bahawa
pohon nyiur itu akan patah jika dipanjat. Tambahan lagi , kalau pohon ini
ditebang akan membawa bala kepada negeri Melaka kelak.
Laksamana Hang Tuah memanjat pohon nyiur gading itu. Seperti
diramal, pohon itu patah di tengah lalu tumbang ke tanah. Sejurus sebelum
mencecah ke tanah, Hang Tuah melompat lalu berdiri terpacak di tanah , sebelah
tangan memegang parang manakala sebelah lagi memegang tandan nyiur. Semua yang
melihat merasa hairan, kagum dan tidak percaya. Alkisah Raden Emas Ayu telah
melahirkan seorang putera, Raden Bahar. Raja Melaka menitahkan Tun Utama dan
Tun Bija Sura untuk membawa surat yang dikarang oleh Bendahara itu ke
Majapahit.
Betara Majapahit sukacita kerana dia beroleh cucu setelah mendengar
surat yang dibaca oleh Raden Aria. Betara Majapahit menghantar Rangga dan Jaksa
membawa kuda tezi sebagai permainan cucunya. Raden Bahar bermain dengan kudanya
dan Raja menitahkan pegawai-pegawai untuk menunggang kuda itu. Namun tiada
seorang yang sanggup kerana kuda itu liar dan garang. Maka Hang Tuah menunggang
kuda itu. Dalam beberapa bulan, maka Raden Emas Ayu melahirkan lagi seorang
putera diberi nama, Raden Bajau.
Apabila hampir dewasa, kedua-dua putera ini bermain dengan kuda
dalam taman hampir telaga tahi. Kuda berlari-lari ke telaga untuk minum air
telaga malangnya kuda itu terjatuh. Raja menitahkan segala pegawai dan
pertuanan untuk melepaskan kuda itu tetapi tidak berjaya. Raja menitahkan
Laksamana Hang Tuah lalu Hang Tuah memakai kain tujuh kayu lalu membalut
seluruh badannya. Hang Tuah menyelam lalu kuda tezi itu berjaya dilepaskan. Raja
menyuruh Hang Tuah mandi limau 7 kali sehari dan diberi bau-bauan. Raja Melaka
kasih akan Hang Tuah dan menyebabkan pegawai yang lain dengki.
Alkisah Raja Melaka sering
beradu di istana Tun teja. Maka Hang Tuah mencadangkan raja beradu di istana
besar bersama Raden Emas Ayu selama 10 hari manakala istana kecil bersama Tun
Teja selama 7 hari kerana Raden Emas Ayu anak raja yang besar. Lalu Raja Melaka
pun setuju.
WATAK
Hang Tuah, Raja Melaka, Raden Emas Ayu, Tun Teja, Raden Bahar, Raden
Bajau, Pegawai-pegawai, Betara Majapahit, Raden Aria, Rangga, Jaksa, Kuda tezi,
LATAR TEMPAT
Melaka, Majapahit, Taman, Istana, Perigi
No comments:
Post a Comment