Monday, 3 December 2018

Hang Tuah Bab 18


                       BAB 18 (BETARA MAJAPAHIT DENGAN RAJA MELAKA 2)

     Patih Gajah Mada mendapat tahu anak Pertala Bumi, Kertala Sari pulang dari Daha. Betara Majapahit memberi gelaran kepada Kertala Sari sebagai Penggawa Agung. Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit mengambil kesempatan ini menitahkan Kertala Sari pergi ke Melaka untuk membunuh Hang Tuah demi menuntut kematian ayah Kertala Sari. Di Melaka, Kertala Sari menyamar sebagai orang Jawa dan menjadi pengikut Patih Kerma Wijaya.

    Pada waktu malam, Kertala Sari mencuri harta-harta saudagar kaya dan mencabuli isteri-isteri saudagar kaya. Harta itu disimpannya di Bukit Cina. Saudagar Kaya meyembahkan hal kecurian kepada Raja lalu Raja menitahkan Temenggung untuk berkawal. Esok malamnya, Kertala Sari mendapat tahu pengawal-pengawal sedang berkawal lalu membaca pustakanya dan masuk mencuri. Raja Melaka hairan kerana kecurian masih berlaku walaupun sudah dikawal. Harta Bendahara juga dicuri.

    Hang Tuah menyembahkan kepada Raja bahawa penjurit itu datang dari luar lalu Hang Tuah bertindak dengan berkawal di istana dengan menggunakan ilmu jawa sehingga Kertala Sari tidak dapat masuk ke istana dan tambahan lagi dia takut akan ilmu Hang Tuah itu. Kertala Sari membatalkan rancangannya mencuri di istana lalu mencuri di segenap pelusuk Melaka.

    Strategi kedua Hang Tauh berpura-pura mati di tengah pasar. Kertala Sari tidak ternampak mayat Hang Tuah lalu tersepak. Ketika itulah, Hang Tuah segera bangun lalu menikam Kertala Sari. Hang Tuah mengerat kemaluaan Kertala Sari dan mengambil keris Kertala Sari dan mayatnya dibiar. Orang ramai gempar akan kematiaan Kertala Sari lalu memotong bahagian anggota Kertala Sari dan disembahkan kepada Raja sebagai bukti kejayaan mereka membunuhnya.

     Raja Melaka hairan kerana terlalu ramai orang yang mengaku membunuh Kertala Sari. Tidak lama kemudian, muncullah Hang Tuah dan menyembahkan kemaluaan dan keris Kertala Sari . Bendahara menyembahkan bahawa hanya petanda yang dibawa oleh Hang Tuah itulah yang sebenarnya dan boleh dipercayai. Orang ramai yang mengaku membunuh Kertala Sari merasa malu. Hang Kasturi dititahkan mengangkut harta curian yang disembunyikan di Bukit Cina.

    Raja Melaka menitahkan empunya harta membahagikan harta mereka kepada 3 bahagian, sebahagian untuk mereka, 2 bahagian diberikan kepada Hang Tuah. Hang Tuah hanya mengambil sebahagiaan saja diberikan kepada fakir miskin, pegawai-pegawai rendah dan pengikut-pengikutnya.

WATAK
Patih Gajah Mada, Betara Majapahit, Raja Melaka, Hang Tuah, Hang Kasturi, Patih Kerma Wijaya, Saudagar Kaya, Bendahara, Orang Ramai.

LATAR TEMPAT
Melaka, Majapahit, Bukit Cina, Pasar.

No comments:

Post a Comment