Monday, 3 December 2018

Hang Tuah Bab 20


                                    BAB 20 (RADEN BAHAR DAN ADIPATI SOLOK)

       Setelah Seri Betara Majapahit mangkat, Patih Gajaha mada mengarang surat lalu menitahkan Barit ketika menghantar surat itu ke Melaka. Di Melaka, surat itu dibaca di depan Raja Melaka. Maka Raja Melaka menjadikan Raden Bahar sebagai raja di Majapahit seperti dipinta oleh Patih Gajah Mada melalui surat. Raja Melaka menitahkan Hang Tuah mengiringi Raden Bahar ke Majapahit dan sampai disana Raden Bahar ditabalkan menjadi raja. Setelah selesai Hang Tuah pulang ke Melaka dan berfirasat dia akan berperang namun tidak dapat ditentang oleh lawan.

      Alkisah,anak raja Brunei iaitu Adipati Solok meminta izin dari ayahandanya bermain di segenap pulau tetapi sebenarnya Adipati Solok ingin menghadang Hang Tuah. Maka Adipati Solok dan 15 buah perahu berhenti berlabuh di Tanjung Krawang. Di Tanjung Krawang, Adipati Solok membedil perahu  Maharaja Setia. Hang Tuah marah lalu membaca pustakanya agar bedil-bedil Adipati Solok tidak berfungsi. Tatkala Adipati Solok menghumban bedilnya dia hairan kerana bedil itu tidak berbunyi. Maka perahu yang banyak itu belayar meninggalkan perahu Adipati Solok dan Sang Aria. Maharaja Setia dan Maharaja Dewa tidak berjaya mengejar perahu yang banyak itu. Hang Tuah membawa Adipati Solok ke Melaka.

     Di Melaka, Adipati Solok dipermulia oleh Raja Melaka. Adipati Solok menyembahkan kepada Raja Melaka bahawa tujuan dia menghadang Hang Tuah kerana menguji kehebatan Hang Tuah. Setelah itu, Raja Melaka menitahkan Hang Tuah menghantar Adipati Solok ke Brunei. Di Brunei, Raja Brunei merasa sukacita setelah mendapat tahu dari Hang Tuah bahawa Adipati Solok dipermulia oleh Raja Melaka . dalam beberapa hari, Raja Brunei mendapat tahu perahu yang banyak itu telah pun pulang lalu menitahkan perdana menteri menangkap pegawai-pegawai yang meninggalkan Adipati Solok di tengah laut.

     Hang Tuah mendengar hal ini membela pegawai-pegawai itu bahawa mereka terlambat pulang kerana mencari Adipati Solok. Maka Raja Brunei melepaskan pegawai-pegawai itu. Pegawai-pegawai itu meminta maaf kepada Hang Tuah. Hang Tuah menasihati agar mereka menjaga nama baik hulubalang melayu walauapapun berlaku ketika berperang. Setelah 3 bulan, Hang Tuah pulang ke Melaka, Raja brunei menganugerahkan 500 gendaga, 3 pikul kapur barus, sumpitan sepuluh laras bertatahkan emas. Setelah sampai di Melaka, Hang Tuah menyembahkan gendaga kepada Raja Melaka namun Raja Melaka menyuruh Hang Tuah menguruskannya kerana Raja Melaka tidak tahu kegunaannya.

WATAK
Betara majapahit, Hang Tuah, Maharaja Setia, Raja Melaka, Adipati Solok, Raja Brunei(Adipati Agung), Bendahara, Barit Ketika, Raden Bahar, Patih Gajah mada, Raden Emas Ayu, Patih kerma Wijaya, Sang Jaya, Maharaja Dewa, Sang Aria, Pegawai-pegawai, Tun Ratna Diraja, Petuanan, Jurumudi, Syahbandar.

LATAR TEMPAT
Majapahit, Melaka, Brunei, Tanjung Krawang, Tuban.

No comments:

Post a Comment