Monday, 3 December 2018

Hang Tuah Bab 14

                          BAB 14 (BETARA MAJAPAHIT DAN RAJA MELAKA 1)

      Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi sampai ke Melaka lalu menyampaikan kepada Raja Melaka bahawa Betara Majapahit ingin berjumpa dengan Raja Melaka. Namun Raja Melaka enggan apabila mendapat tahu Patih Gajah Mada mengenai Hang Tuah itu. Setelah dinasihati oleh Bendahara, barulah Raja Melaka setuju. Rombongan Raja Melaka berangkat ke Majapahit, sebelum berangkat Raja Melaka berpesan kepada Bendahara dan Temenggung jika terjadi sesuatu , Raden Bahar akan menjadi Raja dan berpesan isteri-isteri baginda dan negeri sementara baginda di Majapahit.

     Raja Melaka singgah di Palembang, Jayakarta, Tuban dan akhirnya sampai ke Majapahit. Kedatangan mereka disambut oleh Seri Betara lalu Raja Melaka berehat di istana Darussalam yang baru siap dibina. Keesokan harinya, Patih Gajah Mada mengupah 40 orang penjurti untuk mengamuk di depan Hang Tuah. Di dalam istana Darussalam, Hang Tuah memberitahu Raja Melaka bahawa dia berfirasat nanti waktu asar akan adanya pertumpahan darah tetapi ianya akan selamat.

     Dalam berkata-kata itu, Barit Ketika menjemput Raja Melaka untuk masuk mengadap seperti yang diarahkan oleh Seri Betara. Maka gempar di tengah pasar 40 penjurit mengamuk lalu Laksamana mengembarinya. Hang Tuah masuk di dalam lorong kiri kanan batu , dengan cara ini mudah Hang Tuah menikam penjurit hingga mati. Patih Gajah Mada mengupah penjurit Pertala Bumi untuk membunuh Hang Tuah.

    Maka pada waktu malam, Pertala Bumi ditemani Barit Ketika masuk ke istana Raja Melaka. Maka dilihatnya Hang Tuah sedang berbual-bual dengan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang Lekir, Tun Bija Sura. Hang Tuah berfirasat malam ini akan ada penjurit masuk ke istana, maka Hang Tuah dan seisi istana berjaga-jaga. Maka Pertala Bumi menjadikan dirinya kucing manakala Barit Ketika sebagai tikus. Kucing dan Tikus melompat-lompat di balairung di depan Hang Tuah. Hang Tuah menghunus kucing dan tikus tetapi gagal kerana kucing menjadikan dirinya tunggul, anjing, harimau, raksasa.

    Hang Tuah menjadikan dirinya harimau. Pertala Bumi menjadi manusia dan menikam Hang Tuah namun Hang Tuah berjaya menetak kepala Pertala Bumi hingga terbelah dua lalu mati. Barit Ketika menyampaikan kematian Pertala Bumi kepada Patih Gajah Mada dan Seri Betara. Sebelum Pertala Bumi mati, dia berpesan kepada Barit Ketika agar anaknya Kikir Sari mengantikan tempatnya.  

    Alkisah, Bendahara Paduka Raja menitahkan Tun Utama menghantar surat ke Majapahit memaklumkan bahawa Raden Bahar sedang gering. Maka Raja Melaka pulang ke Melaka. Patih Gajah Mada mengupah Sang Marga Paksi 7 saudara membunuh Hang Tuah. Maka Sang Marga Paksi ikut dalam perahu Patih Kerma Wijaya dan berpura-pura menjadi orang Tuban hendak berjumpa keluarga di Melaka. Sampai di Melaka, Raja Melaka berjumpa dengan anak isterinya dan menceritakan hal yang terjadi selama baginda di Majapahit.

     Alkisah, Sang Marga Paksi bersembunyi di Bukit Can, tiap-tiap malam mencuri harta saudagar kaya dan mencabuli isteri-isteri saudagar kaya. Saudagar kaya memaklumkan kepada Raja Melaka akan kecurian itu lalu malamnya Temenggung berkawal. Tetapi kecurian tetap berlaku lalu Raja Melaka memanggil Temenggung bertanyakan adakah Temenggung berkawal. Temenggung menceritakan dia tidak terlihat sesiapa pun masuk pada waktu malam. Maka Raja memanggil Bendahara dan Hang Tuah,Hang Tuah pun mencari ikhtiarnya sendiri lalu memohon pulang ke rumahnya.

     Setelah waktu malam, Hang Tuah keluar memakai pakaian serba hitam lalu menipu dengan mengatakan dirinya baru saja keluar dari penjara apabila dia secara kebetulan terserempak Sang Marga Paksi yang mencuri. Maka Sang Marga Paksi membawa Hang Tuah ikut lari dan mencuri waktu malam itu juga. Tiba saatnya Sang Marga Paksi ingin mencuri harta Raja Melaka maka Hang Tuah menawarkan dirinya membuat pekerjaan itu.  

     Keesokan harinya, Raja Melaka melihat segala harta-harta dicuri bahkan Bendahara, Temenggung, dan segala pegawai pun dicuri. Alkisah, Hang Tuah tinggal bersama dengan Sang Marga Paksi 7 saudara di Bukit Cina. Hang Tuah menuangkan Sang Marga Paksi 7 saudara arak yang didalamnya ubat bius. Tetapi Sang Marga Paksi menyuruh Hang Tuah meminumnya dulu, Hang Tuah minum seperti biasa. Sang Marga Paksi 7 saudara pun minum lalu tertidur. Hang Tuah menetak kepala mereka dan dibawa ke istana.

     Di istana Hang Tuah menceritakan segala-galanya. Hang Jebat dititahkan mengangkut harta yang tersembunyi di Bukit Cina. Hang Tuah diberi harta oleh empunya harta lalu Hang Tuah mensedekahkan kepada fakir miskin dan pegawai yang tiada penguasaan.

WATAK
Bendahara, Raja Melaka, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Betara Majapahit, Patih Gajah Mada, Patih Kerma Wijaya, Temenggung, Tun Pekerma, Hang Lekiu, Hang Lekir, Adipati Tuban & Jayakarta & Palembang, 40 penjurit, Tun Bija Sura, Tun Utama, Sang Marga Paksi 7 saudara, Kucing, Tunggul, Anjing, Harimau, Raksasa,Raden Bahar, Pertala Bumi, Barit Ketika, pegawai-pegawai, Saudagar Kaya.

LATAR TEMPAT
Melaka, Majapahit, Tuban, Jayakarta, Palembang, Bukit Cina, Lorong, Istana.

No comments:

Post a Comment