BAB 21 (HANG TUAH DIUTUS KE SIAM)
Raja Melaka hendak mengutus ke Benua Siam, membeli 4 ekor gajah
jantan dan 2 ekor gajah betina. Bendahara mencadangkan Hang Tuah yang pergi ke
Benua Siam itu. Maka Hang Tuah dan Maharaja Setia pergi ke Benua Siam dengan
membawa surat dari Raja Melaka. Dalam perlayaran, Hang Tuah singgah di negeri
Patani, negeri yang sukar dialahkan oleh musuh. Setelah itu, utusan Melaka
sampai ke Benua Siam. Syahbandar menyembahkan kedatangan mereka kepada Oya
Bagelang, Phra Cau. Syahbandar pergi kepada Hang Tuah mengajar adat mengadap
Raja Siam.Apabila mengadap raja hendaklah seorang dengan merangkak.
Namun Hang Tuah menyuruh Syahbandar memaklumkan kepada Oya Bagelang
dan Phra Cau bahawa dia tidak dapat merangkak kerana ada penyakit di tubuhnya.
Phra Cau pu menyurh dengan cara seperti adat Melaka(berjalan & berkeris).
Maka tibanya Hang Tuah mengadap Phra Cau. Phra Cau merasa kagum akan kefasihan
Hang Tuah dalam berkata-kata menggunakan bahasa Siam. Phra Cau menitahkan Hang
Tuah berlawan pedang dengan pendekar Jepun, Cin Cu. Cin Cu mati apabila
kepalanya terbelah dua setelah diperang oleh Hang Tuah. Orang Cin Cu 7 orang
mengamuk dan hanya tinggal 2 orang setelah berlawan dengan Hang Tuah. 2 orang
itu melarikan diri ke Kemboja.
Hang Tuah memberikan gendaga kepada Phra Cau sebagai belanja negeri
itu. Phra Cau memberikan 10 ekor gajah, 6 ejor untuk Raja Melaka, 4 ekor untuk
Hang Tuah . Hang Tuah pulang ke Melaka namun dihadang oleh 2 orang Jepun yang
meminta pertolongan ke Kemboja. Hang Tuah membaca pustakanya agar bedil mereka
tidak berfungsi. Akhirnya Jepun kalah dan Hang Tuah mengambikl emas dan perak
dalam perahu Jepun itu. Hang Tuah sampai ke Melaka, Raja Melaka merajakan
anaknya Raden Bajau di Bukit Seguntang. Dalam beberapa bulan Raden Emas Ayu
melahirkan seorang puteri iaitu Puteri Gunung Ledang manakala Tun Teja
melahirkan 2 orang putera, Sultan Mahmud dan Sultan Muhammad.
WATAK
Raja Melaka, Bendahara, Hang Tuah, maharaja Setia, Mualim,
Syahbandar, Oya Bagelang, Phra Cau, Cin Cu, Orang Jepun.
LATAR TEMPAT
Melaka, Benua Siam, Kemboja, Patani.
No comments:
Post a Comment