*************************************************
Jam di dinding di pandang lama. Bukan kerana tidak tahu membaca pukul berapa. Bukan juga kerana ada cicak yang kebetulan bergayut di atas jam. Tapi mengira berapa lama lagi dia perlu tunggu dua kaum hawa bersiap. Janji sekejap tapi 30 minit berlalu belum juga siap. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sambil-sambil menunggu, dia menonton televisyen. Beberapa minit kemudian, kelibat dua kaum hawa muncul. Dia terus mematikan suis televisyen. Pergi pasar malam, tapi bersiap mengambil masa lama, bisik hati Amir.
Dalam perjalanan hendak ke pasar malam itu, Fai memecahkan kesunyian yang menyelubungi kereta Avanza. Deruan enjin dan sepoi-sepoi penghawa dingin hilang ditenggelami dengan suara Fai.
"Si Ila, aku bawa dia pergi ikut sekali tapi tidak dia mahu. Serius benar dia membaca novel".
"Exam kali si Ila tu. Sebab tu serius. Lagipun dia pantang mendengar pasar malam mesti ikut tu", Zainab mencelah.
"Ma, baru pertama kali aku dengar ada soalan exam keluar mengenai novel 7 hari mencintaiku genre cinta".
"Biarkan saja si Ila tu baca novel. Boring kali. Stress kali. Si Ila dan stress tu lansung tidak dapat dipisahkan. Belikan saja dia makanan. Setahu aku perempuan kalau stress makan banyak. Nah, belikan dia banyak makanan di pasar malam tu", Amir memgusulkan cadangannya.
*************************************************
Suasana bilik kuliah masih lenggang. Ada juga beberapa students datang awal. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Ada yang sedang melayan tidur. Ada yang mendengar lagu menggunakan ear phone. Ada yang belek-belek mobile sambil sengeh. Apa yang lucu tidak diketahui. Dib juga tidak ketinggalan menyibukkan dirinya dengan menonton drama korea melalui mobile. Drama korea dari laptop di pindah ke dalam mobile agar senang ditonton dimana-mana. Dalam asyik, dia tersentak lalu menoleh ke kiri kerana bahunya ditepuk oleh seseorang.
"Awal kau datang hari ni."
"Awal?. Aku dari tadi sudah datang. Sekarang ni kenapa kau akhir datang?"
"Aku tolak dari rumah akhir."
"Mentang-mentang sekarang ni kanak-kanak musim cuti sekolah, tolak dari rumah akhir. Jangan diamalkan tu."
"Tapi mana prof tidak datang-datang ni. Students yang lain mana?".
" Prof tu tidak payah hairan. Dia memang selalu lambat datang. Pukul 8 baru prof datang. Macam tidak tahu saja kau ni. Alah, students lain tu melencong di luar klass since prof belum datang. Pandai-pandailah mereka tu. Sekarang ni ada wA. Kalau prof datang, annouce saja dalam wA."
"Hmmm. Eh, kejap. Okey kau pasal masa tu?".
"Jangan ditanya aku okey atau tidak sebab aku takut saat aku okey ni akan berubah jadi tidak okey. So untuk selamat jangan tanya aku apa-apa pasal hal tu. Aku tidak mahu fikir bukan bermaksud aku lupa hal itu. Aku simpan perasaan ku dalam hati ku dulu. Kalau aku rasa hati ku tidak dapat menangani perasaan ku tu. Aku luahkan.
Qis diam mendengar penjelasan Dib. Dia faham. Dan dia juga takut tengok Dib marah.
**************************************************
Dib makan dengan gelojoh. Semua makanan yang terhidang di depan matanya diambil tanpa menghiraukan beberapa pasang mata sedang memerhatikan tingkah lakunya. Makan tidak ingat dunia. Makan tidak tengok kiri kanan. Tidak payah tengok kiri kanan. Bukannya makanan itu tengah-tengah jalan raya.
"Hari ni kau dapat sampul merahkah?, tanya Amir dengan tiba-tiba.
Dib hanya menjeling Amir yang duduk bertentangan denganya. Dib diam meneruskan suapannya. Suapannya terbantut apabila tiba-tiba Dib menerima tendangan kuat di betisnya. Dib faham akan signal tendangan itu. Amir mendesak Dib menjawab pertanyaanya yang dibiarkan sepi.
"Apa abang ingat orang dapat sampul merah sajakah yang banyak makan? Cuba fikir di luar kotak. Orang stress pun banyak makan".
"Abang tanya saja. Soalan abang pendek tapi kau punya jawapan boleh buat karangan Subjek Bahasa Melayu".
"Amir. Ila. Waktu makan jangan bercakap. Tidak elok. Kalau kamu hendak bercakapkah atau apa lepas makan. Mama tidak kisah". Zainab pantang kalau waktu makan orang bercakap.
Dib bagi thumb down kepada Amir sambil senyum perli. Amir menunjukkan buku limanya kepada Dib. Dib hanya buat-buat muka hendak ketawa. Amir merasa jengkel.

Selepas Prof Zef selesai mengajar dalam masa dua jam, dia membagi tugasan individual. Students yang lain sibuk mencatat dalam buku nota. Ada juga yang menggunakan telefon bimbit mengambar tugasan yang terbentang di depan. Prof Zef memberi amaran markah akan ditolak jika ada persamaan isi dari setiap orang.
"Nasib due datenya 3 bulan. Ada masa lagi. Aku banyak tugasan subjek lain". Qis merasa syukur sebab dia tidak perlu hendak berebut-rebut buat tugasan.
"Syukur alhamdulilah. Aku sibuk buat slide presentation. Lepas tu buat video. Dan report video lagi. Pengsan aku dibuatnya."
"Dah nasib. Eh, kau lepas ni ada klass kah? Kalau tidak ada, makan arah cafe."
"Actually aku tidak ada klass, tapi aku punya plan lepas ni hendak pergi fakulti sains. Aku hendak ambil kertas test aku arah staff room Prof."
"Aku makan seorang saja. Tapi macam rasa janggal juga kalau makan seorang-seorang. Kau lamakah di fakulti sains?".
"Lama tu tidaklah lama sangat. Tapi kalau pergi ke sana ambil masa 10-15 minit. Kenapa? Kau hendak ikutkah?".
"Boleh juga. Lepas tu kita ni makan arah cafe".

Dib masuk ke dalam lif dan menekan button no 3. Saat pintu lif hampir tertutup, Dib ternampak bayangan orang berkejar hendak masuk ke lif. Dib cepat-cepat tekan button open. Gerangan manusia itu mendongak kepalanya lalu berterima kasih. Nada suaranya tergagap sedikit. Apabila saja dia melihat muka Dib, air mukanya nampak berubah. Demikian juga, sama dengan air muka Dib saat dia melihat gerangan manusia yang mendongak kepalanya. Dib menelan air liur. Suasana di dalam lif merasa janggal. Setelah pintu lif berhenti tingkat dua, gerangan manusia itu keluar. Dib menghembuskan nafasnya lega. Mukanya panas sebab apabila saja dia melihat muka manusia itu, secara automatik dia teringat insiden lalu. Hatinya sakit.
Sejam berlalu, satu notification masuk. Telefon bimbit bergegar di atas meja. Dib yang dari tadi menaip tugasannya sedikit terganggu. Dia tidak berniat hendak memeriksa telefon bimbitnya. 15 minit kemudian dia membalas mesej dari Haziq. Jawapan Haziq dari pertanyaan mesejnya yang dihantarnya. Dib melihat jam di pergelangan tangannya.
"Dib, jadikah kau minta tolong arah aku ni? Kau di mana? Aku free ni. Kau freekah waktu ni? Kalau jadi awal ni. Aku arah library baru tingkat 3."
"Jadi. Apa pula tidak jadi. Kau tunggu saja dulu. Aku arah library lama ni." Dib cepat-cepat mengemaskan alat tulisnya dan memasukkan laptopnya ke dalam beg. Dib mempercepatkan langkahnya menuju ke lif. Di dalam lif tiba-tiba lif berhenti di tingkat 2. Dib mengeluh sebab manusia yang sama juga dilihatnya.
Haziq melambai-lambai Dib dari jauh. Dib menghampiri Haziq dan mempamerkan senyuman. Dib terus duduk. Semput rasanya berkejar dari library lama ke tempat library baru. Kawan-kawan Haziq bertolehan melihat Dib. Dib hanya senyum.
Satu notification masuk ke dalam telefon bimbit Haziq. Haziq mengerutkan dahinya sambil tersengih. Haziq menoleh kepada Dib. Dib memandang kepada Haziq dengan muka serius.
Haziq membaca mesej dari Dib. Haziq berbisik dalam hatinya, buat tabiatkah mesej orang sedangkan duduk bersebelahan. Haziq geli hati membaca mesej dari Dib.
"Aisshh!ππ Kau tidak bagi tahu aku pun yang kau sama kawan mu. Ramai lagi kawan mu ni. Aku awkward . Cuba bagi tahu awal-awal. Terkejut aku melihat kawan mu bertolehan arah aku."
"Lebih kau ni. Macamlah kau tu Dato Ct, kawan ku hendak toleh-toleh arah kau. Jangan risau. Semua kawan ku ni baik-baik. Ada juga gila-gila sedikit macam aku.π Jangan aku halau kawan aku kali. Tidak masuk akal."
"Grrr. π Kurang asam. Maksud aku, aku tidak biasa sama lelaki yang aku tidak kenal. Kau fahamkah? Macam kau tidak kenal aku. Kata kawan. Kita ni pindah duduk. Biar kawan mu duduk sini".
"Tidak boleh. Duduk sini kalau tidak aku tidak akan ajar kau cara guna Filmora. Biar kau menangis seorang-seorang.π"
"K. Fine. Nanti aku balas dendam arah mu. Hahaha."π
"Silakan."

Dib menggunakan lif naik ke tingkat satu. Pemalas. Ada tangga tidak guna tangga. Dib memeriksa akaun library miliknya untuk mencari buku yang hendak dicarinya. Dia mengingati kod buku lalu mencari letak buku itu. Dib tanpa segan silu duduk bersila di atas lantai berhampiran rak buku sambil membelek-belek isi buku itu. Dib merungut seorang-seorang kerana isi buku itu tidak ada apa yang dia mahu. Dia melepaskan keluhan kuat. Dia melunjurkan kakinya sambil mencari buku melalui akaun library miliknya. Dia terjumpa kod buku. Dia terus tergesa-gesa berdiri mencari rak buku seterusnya. Jumpa. Tapi buku itu rak paling atas. Dib pendek. Dia terkial-kial mencapai buku itu. Bukan dia tidak ambil kerusi tapi masalahnya kerusi dipakai oleh students yang lain. Tiba-tiba ada badan di belakangnya membuatkan bahunya berlaga dengan badan itu. Dib menoleh ke belakang.
Buku kena capai lalu dihulurkan kepada Dib.
"Nah, aku tengok kau tidak dapat capai ambil buku ni. Kasihan pula aku tengok kau." Rahadatul senyum. Tapi tidak tahu itu senyum ikhlas atau plastik.
"Terima kasih", dengan nada yang mendatar Dib menjawab. Orang yang sama juga yang Dib jumpa. Hati yang sakit tidak payah hendak cerita. Dib terus berlalu pergi.
"Err, kejap."
Langkah Dib terhenti dan dia menoleh ke belakang.
"Err, tidak apalah. " Rahadatul teragak-agak hendak mengatakan sesuatu sambil menggaru kepalanya.
"Hmmm". Dib menjawab dengan acuh tidak acuh.

Waktu lunch cafe penuh dengan students menikmati makanan dan minuman. Pelbagai makanan dan minuman dijual. Harga pun mahallah juga tapi ikut jenis makanan. Pensyarah-pensyarah pun ada juga makan di cafe. Kerusi meja penuh. Ada kosong tapi tidak banyak. Dib hanya makan nasi ayam merah bersama sayur kangkung tumis. Harga dua ringgit saja. Minuman dia bawa dari rumah. Dib hanya berseorangan. Bukan dia tidak ajak Qis makan sama. Tapi dia tidak mahu ganggu Qis. Lagipun, Dib mahu seorang-seorang tidak mahu kena ganggu. Sambil makan itu Dib termenung dan menguis-guis makanannya. Kata lapar tapi kenapa dikuis nasi itu. Mood Dib dilanda taufan.
Sepasang mata dari jauh terlihat Dib seorang-seorang lalu menghampiri Dib dari belakang. Konon hendak mengejutkan tapi tidak berjaya apabila Dib macam tahu-tahu saja ada orang hendak mengejutkannya. Dib mempamerkan muka marah.
"Whats up bro? Long time no see." Haziq bertanya kepada Dib.
"Apa bro-bro. Ni aku tumbuk kau nanti. Kalau kau mahu aku mati cepat tidak payah kejutkan orang dari belakang. Ambil pisau disana bunuh terus aku. Suka-suka mendajalkan orang. " Dib menunjukkan penumbuknya dan menghalakan telunjuknya ke satu arah untuk mengambil pisau.
"Pemarah juga kau ni. Uzurkah? Seorang-seorang lagi makan arah cafe. Mana kawan mu? Tidak ada orang temankan kah? Kesian. Mari aku temankan." Haziq menarik kerusinya lalu duduk. Dia melambai kepada kawan-kawannya yang dari jauh hendak menghampirinya. Dib menoleh ke belakang. Dib menjeling Haziq yang duduk di depannya.
"Kau!!!!. Aissh. Benci kau ni. Di mana ada kau. Mesti ada kawan mu juga. Kau gay kah?. Tidak dapatkah kau berpisah sekejap sama kawan mu. Ni yang buat aku rasa awkward ni. "
"Bising kau ni. Kedengaran orang suara mu."
"Duduk-duduk. Hari ni si Dib belanja kita ni".
"Oii, siapa belanja. Sesuka hati kau guna nama aku".
"Aku gurau saja".
Haziq membiarkan kawan-kawannya membeli makanan dulu. Dia kemudian membeli sebab dia hendak berborak sedikit dengan Dib. Dib mempamerkan muka serius. Bila Haziq tanya apa masalah si Dib. Si Dib hanya membiarkan soalan Haziq tergantung. Haziq tidak mahu terus mendesak hanya diam merenung Dib yang sedang makan. Kawan-kawan Haziq sampai. Haziq berdiri lalu membeli makanan untuknya.
"Oii, muka itu tidak payahlah serius. Cuba happy-happy sedikit. Depan makanan mesti ceria. Takut makanan lari".
Sepi. Tidak ada balasan dari Dib. Kawan-kawan Haziq yang lain bertolehan melihat Dib. Dib pura-pura menikmati makanannya.
"Oiii". Haziq sambil itu menendang kaki si Dib. Dan automatik si Dib berteriak.
"Oii. Kau kenapa cari pasal sama aku ni. Kalau aku tidak menyahuti bererti aku tidak mood. Kau ni faham atau buat-buat tidak faham."
Students yang duduk berhampiran menoleh melihat mereka. Kalau orang salah faham, mesti orang fikir sepasang kekasih sedang bergaduh. Haziq dan kawan-kawannya terus diam menikus. Dib terus bangun dari kerusinya dan keluar dari cafe. Haziq terpinga-pinga. Rasa bersalah terus muncul dalam dirinya. Nanti aku minta maaf, desis Haziq dalam hati.

Selepas keluar dari dewan, Dib menuruni bukit menuju ke tapak letak kereta. Entah dari mana datangnya kereta dengan speed yang laju turun dari bukit. Kereta itu hampir terlanggar Dib tanpa Dib ketahui. Mujur ada sepasang tangan menarik tangan Dib dengan pantas. Dib berteriak kerana saat dia menoleh itu, kereta itu hampir melanggar dirinya. Dib berang dan menggigil ketakutan. Dib tidak semena-mena memeluk student yang menolongnya dan berterima kasih. Dib bersyukur sangat sebab kalau tidak ada student itu, alamatnya dia sudah bye-bye. Student itu memeriksa badan Dib takut-takut ada cedera. Dia menenangkan Dib yang tengah ketakutan.

"Ila pun satu kalau sudah tahu turun bukit itu tengok-tengoklah juga di belakang. Kereta kalau turun bukit memang laju, jadi pemandu itu mungkin tidak sengaja hendak langgar Ila. Bapa bukan tidak mahu back up Ila tapi lain kali Ila hatilah-hatilah". Abdul Ghani menasihati anaknya meskipun dia tahu Ila nampak muram setelah mendengar responnya.
Ila merasa kecil hati mendengar respon bapanya itu lalu terus masuk ke dalam bilik tidurnya. Tidak adil baginya kerana dia mangsa keadaan dan sepatutnya dia di back up. Zainab mencuit lengan Abdul Ghani kerana tidak setuju dengan suaminya itu. Zainab hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

Students berpusu-pusu masuk ke bilik kuliah. Masing-masing menunggu kedatangan Prof Hilni. Ada masa 15 minit sebelum kuliah bermula. Qis mengambil kesempatan itu bertanya kepada Dib tentang tugasan yang diberikan oleh Prof Zef.
"Kau sudah start buat tugasan Prof Zef kah?". Qis bertanya ingin tahu.
"Syukur Alhamdulilah. Sudah siap. Minggu lepas sudah aku hantar. Kau sudah siapkah?".
"Hahaha. Satu huruf pun aku belum buat apatah lagi menaip. Aku banyak sangat tugasan kena bagi. Stress aku dibuatnya. Tapi sejak bila kau buat? Aku tidak nampak pun kau buat."
"Aku buat di library. Daripada aku duduk-duduk buang masa, lebih baik aku buat. Lagipun kalau aku terlalu fokus hendak buat satu tugasan, memang tidak akan siap. So aku bagi-bagi buat. Sekejap buat tugasan itu dan selepas itu buat tugasan yang lain. "
"Macam mana kau buat? Banyak idea kau? Aku kalau bab mencari idea memang gagal. Aku malas belek-belek buka lepas tu baca."
"Agak-agaklah kau ni. Kalau kau tidak cari buku macam mana kau akan dapat idea. Aku ni pun sama macam kau pemalas baca buku. Tapi aku tidak turuti sangat sikap malas tu. Kau janganlah tangguh-tangguh membuat tugasan, takut nanti sudah hampir due date baru kau hendak membuat. Parah tu. Tidak dapat tidur semalaman."
"Hmmm. Tengoklah kalau aku rajin."
"Nah. Tengok tu. Baru saja aku cakap. Ikut suka kau lah Qis. Aku nasihat ni jangan kau tidak dengar".

Setelah selesai membentangkan slide minggu lepas dan minggu ini sudah selesai membentangkan video, Dib merasa lega sangat-sangat. Dia bersyukur sangat. Tiba-tiba dia teringat seseorang lalu menghantar mesej melalui wA. Peluang di depan mata sebab seseorang itu sedang online. Dib berharap mesej dia kena balas.
"Assalamualaikum. ππWhats up bro? Lama aku tidak dengar pasal kau. Yang tempoh hari tu aku minta maaf.π Kau masih marahkah? .π Anyway aku terima kasih sangat-sangat sebab kau tolong aku cara edit video guna Filmora. Baru tadi aku habis bentangkan aku punya video. Prof pun puji aku. Tapi kenapa kau tidak masuk kuliah? Rugi lah kau tidak tengok aku punya video. Hehehe". Dib tekan send.
30 minit berlalu tapi mesej itu tidak dibalas. Tapi memang nampak kena blue tick. Dib tertanya-tanya sama ada Haziq masih marah atau tidak. Dib rasa bersalah sebab dia buat tidak peduli kepada Haziq yang telah pun menolong dirinya.

"Tadi aku nampak kau duduk semeja berborak dengan si Dettol di library. Sejak bila kau baik dengan si Dettol tu?. Setahu aku kau berdendam dengannya. Apa cerita?"
"Dettol? Siapa aik? Ramai pulang dengan aku berborak. Siapa?". Dib menongkat dagunya dengan tangan sambil mengerutkan dahinya siapa yang dimaksudkan oleh si Qis.
"Rahadatul lah siapa lagi yang dengan kau berdendam tu."
"Sesuka hati kau bagi orang gelaran. Dia tu namanya R-a-h-a-d-a-t-u-l. Bukan Dettol. Ada faham. Cerita? Hmmm panjang ceritanya tapi biar aku pendekkan. Dia banyak kali tolong aku, tolong ambilkan buku dari rak atas sekali, selamatkan aku dari dilanggar oleh kereta, sebab sikapnya itu aku rasa senang dan dendam dalam hatiku tu perlahan-lahan hilang macam tu saja. Dia pun baik juga. Layan aku macam biasa. Walaupun kadang-kadang dia tu ada sedikit berlagak pandai".
"Tapi aku nasihatkan kau tidak payah mesra dengan dia. Kau baru saja kawan dengan dia. Kita ni tidak tahu perangai sebenarnya. Depan orang ramai dia sudah berani jatuhkan air muka kau so tidak mustahil dia punya sikap rajin menolong kau itu ada muslihat di sebaliknya. Aku bukan berniat untuk memburukkan orang tapi kau hati-hatilah sedikit."
"Aku tahulah. Aku tidak kisah berkawan dengan siapa asalkan orang tu mahu berkawan dengan aku. Kalau orang baik arah aku, buat baiklah tapi berpada-pada. Kalau orang tu jahat, aku pun jadi jahat".
"Tapi kau jangan pula lupa aku ni kalau dah ada kawan baru".
"Inshaa Allah. Tapi kalau kau mahu join sama-sama boleh juga. Dapat kau kenal-kenal dengan si Atul tu. Ni cadangan saja bukan paksaan."
"Malaslah aku. Nanti dengan aku sekali masuk perangkapnya. "
"Ok lah kalau kau sudah cakap macam tu".
************************************************
Dib yang hendak memasuki pintu utama library tersentak melihat Haziq yang baru keluar dari library. Muka Haziq serius apabila melihat si Dib. Tidak ada teguran lansung. Seolah-olah si Dib itu stranger. Dib kecewa dengan Haziq sebab mesej yang dihantar di biarkan sepi tidak ada balasan selama seminggu. Dib membantutkan niatnya masuk ke library dengan mengejar Haziq yang sudah jauh ke depan. Teriakan memanggil nama Haziq tidak ada sahutan dan tolehan. Dib berlari sekuat hati dan menark beg Haziq dari belakang. Tindakan Dib itu membuatkan Haziq berang.
"Aku kenal kau kah? ", Haziq melepaskan marahnya dengan nada yang tinggi sehingga students yang lalu lalang bertolehan. Muka Haziq merah padam menahan marah. Dib terkejut dengan respon si Haziq. Dengan teragak-agak Dib membalas kata-kata si Haziq.
"Yes. Memang aku tidak kenal kau sebab Haziq yang depan aku sekarang ni sudah berubah sikap. Tidak seperti Haziq yang aku kenal dulu. Lelaki yang aku rapat. Walau apa-apa pun aku minta maaf. Aku tahu aku salah marahkan kau tempoh lalu dan aku biarkan mesej kau tidak berbalas sampai berminggu-minggu. "
"Sekarang ni kau datang arah ku hendak minta maaf . Senang macam tu saja. Habis tu mesej aku yang aku hantar kepada kau sampai berminggu-minggu kau tidak balas tu, kenapa kau tidak balas?. Aku mesej kau minta maaf tapi satu pun kau tidak balas. Sekarang kau mahu aku maafkan kau semudah tu. Malaslah aku layan perangai kau ni. Lebih baik aku balik."
"Haziq!!! Kejaplah. Tunggu. Aku belum habis cakap lagi. Aku tahu aku terlalu ikut emosi. Tapi itu tidak bermakna kau pun tidak balas lansung mesej aku. Aku nampak kau online. Kau blue tick aku."
"Siapa yang panas sekarang ni? Akukah atau kau? Aku baru satu hari tidak balas mesej kau, kau macam tidak puas hati. Ok. Kau mahu aku maafkan kau. Aku maafkan tapi itu tidak bermaksud aku mahu kawan sama kau lagi. Terus terang aku katakan, aku memang tidak suka perempuan yang tidak mengenang budi selepas kena tolong."
Dib terdiam dengan kata-kata Haziq itu. Dia tidak sangka sampai macam itu sekali Haziq marah kepadanya. Hatinya merintih kerana dia kehilangan kawan lelaki yang paling dia rapat. Siapa lagi yang mahu berkawan dengan dirinya. Dia sudah hilang kawan. Air mata membasahi pipi Dib. Dia menyeka air matanya lalu mencari tandas untuk melepaskan tangisannya.

Dib dan Rahadatul serta beberapa kawan mereka meluangkan masa bersama-sama mengulangkaji memandangkan exam hampir tiba. Dib mengajak Qis tapi ditolak dengan alasan tidak mahu berkawan dengan Rahadatul. Meskipun dipujuk oleh Dib, Qis tetap dengan keputusannya. Selesai saja mengulangkaji, mereka terus lunch di cafe. Qis yang nampak Dib masuk pintu utama cafe menundukkan mukanya menggelakkan daripada pandangan Dib. Air muka Qis nampak berubah dengan kemesraan Dib dan Rahadatul. Qis kecil hati dengan Dib yang banyak bersama-sama dengan Rahadatul daripada dirinya sejak hubungan Dib pulih dengan Rahadatul. Sakit matanya memandang lalu dia terus meninggalkan cafe itu.

Dib masuk bilik kuliah dan menerpa menuju Qis yang sedang duduk. Dib mengendurkan senyumannya apabila melihat reaksi Qis yang menjeling tajam kepadanya dan membelakangi dirinya. Dib memeluk dan menggoyangkan bahu Qis seperti yang biasa dibuatnya namun semua itu tidak ada respon dari Qis. Dib mengambil kerusi dan duduk berhadapan dengan Qis bertanya apa yang terjadi.
"Qis, kenapa ni? Kau ada masalahkah? , tanya Dib sambil menggapai dan menggenggam tangan Qis.
"Kenapa kau tidak duduk dengan Rahadatul depan sana tu? Kau kan rapat sangat dengan dia. Pergilah sana. Buat apa kau duduk sama aku."
"Qis, kau marah aku sebab rapat dengan Rahadatul? Qis kalau kau hendak tahu Rahadatul bukan seperti yang kau fikirkan. Dia baik. "
"Sebab dia baik kau biarkan aku seorang-seorang. Kau tidak ingatkah dia tu pernah jatuhkan air muka kau depan semua orang. Waktu tu siapa tolong back up kau kalau bukan aku. Aku tidak sangka kau jenis kawan yang lupa kawan baik sendiri. "
"Aku lupa kawan baik sendiri? Kau tidak ingatkah aku selalu ajak kau belajar sama-sama dan makan sama-sama tapi kau tolak dengan alasan sebab ada Rahadatul bersama dengan aku. Kau tidak ingatkah? Aku kecewa sebab kerana Rahadatul kau tidak mahu luangkan masa bersama aku. "
"Ok, aku mengaku bersalah sebab tolak segala ajakan kau tapi please bolehkah kau luangkan masa bersama aku saja. Jangan ada orang lain. Aku minta maaf sebab terlalu ikut emosi. "
"Aku akan pertimbangkan. Aku tidak akan banyak luangkan masa dengan Rahadatul. Lagipun Rahadatul tu pun ada geng sendiri. Aku punya geng hanya kau seorang saja. Lah~ kau menangis aik? Sayangnya dia. Mari aku peluk. Muahh muahh."
Qis tersenyum kerana dipeluk oleh Dib sebegitu. Malu juga dia sebab students lain bertolehan kepada mereka dengan muka yang hairan. Qis bersyukur sangat Dib kembali semula kepadanya.

Exam sudah bermula. Dib sibuk membaca notanya sambil duduk bersila di lobby dewan. Lobby dewan itu dipenuhi oleh beberapa students menanti untuk masuk ke dewan. Exam di adakan di dalam dewan. Dib dan Qis keluar dari dewan setelah mengerah otak menjawab soalan exam selama dua jam. Dib memeriksa telefon bimbitnya. Ada mesej kena hantar oleh Prof Zef dua jam yang lalu. Salah timing Prof Zef hantar mesej waktu Dib sedang exam. Apabila saja Dib membaca mesej yang dihantar, dia terkejut dan hairan. Mustahil bisiknya dalam hati. Dib menekup mulutnya. Reaksinya itu dipandang hairan oleh Qis.
"Kau kenapa? Kau ok kah? Merah padam muka mu. "
Dib menghulurkan telefon bimbitnya.
"What? Kau biar betul? Cuba kau ingat balik sama ada kau sudah hantar atau belum. Entah-entah kau salah hantar tugasan."
"Betul. Aku sudah hantar. Aku tidak tipu."
"Kalau kau sudah hantar kenapa Prof mesej kau yang dia tidak terima kau punya tugasan. Dia cakap kalau kau tidak hantar as soon as possible dia akan bagi markah mu kosong."
"Tapi tidak mungkin dia buat jahat lagi kepada aku. Aku tidak puas hati kalau dia buat aku macam tu."
"Siapa yang kau maksudkan?"
"Rahadatul. Dia saja yang aku syak mensabotaj aku punya tugasan."
"Kejap-kejap. Aku tidak faham. Cuba kau cerita apa yang terjadi semasa kau hendak hantar tugasan mu."
"Waktu tu memang aku hendak hantar tugasan tu tapi aku tiba-tiba saja sakit perut. Aku tidak tahan hendak buang air besar. Dijadikan cerita, waktu tu aku ternampak Rahadatul hendak pergi ke staff room. Aku tidak tahulah dia hendak jumpa siapa. So aku minta tolong dia hantarkan aku punya tugasan tu."
"Yang kau percaya dengannya kenapa?. Tengok sekarang apa sudah jadi."
"Waktu tu aku baru saja berbaik dengannya. Aku bodoh. Tapi betulkah dia yang buat?. "
"Itu kau tidak payah fikir. Sekarang ni kau balik rumah. Tenangkan fikiranmu. Kau print tugasanmu dan esok aku temankan kau hantar kepada Prof Zef".
"Ok. Terima kasih. Aku balik dulu lah".

Setelah selesai mandi dan sembahyang maghrib, Haziq teringat barang yang kena bagi oleh seseorang. Mula-mula dia tidak mahu terima tapi oleh kerana hendak jaga air muka orang itu, dia pun terima. Dia mengoyakkan bungkusan barang itu. Kad dan sekeping CD. Dia membaca kad itu yang ditulis didalamnya 'Happy Belated Birthday Bro. Jangan lupa play CD ni'. Dia tersenyum. Dia terus mengambil laptopnya dan menekan button play. Dia tersentuh melihat beberapa keping gambar dan mendengar ucapan dari seseorang itu. Yang part last sekali itu, dia akui yang diucapkan itu betul dan seperti perit nak menerimanya. Kata-kata itulah yang kali terakhir dia lafazkan kepada orang itu. Seperti dalam peribahasa terlajak perahu dapat diundur terlajak kata buruk padahnya. Dia menyesal sebab barang pemberian itu adalah barang terakhir yang dia akan terima. Dia tidak tahu apa yang dia perlu buat seterusnya. Ucapan seseorang itu juga mahu Haziq menyimpan CD itu sebagai kenangan dan kata putus pun sudah dibuat yang mana seseorang itu tidak akan menganggu Haziq mulai sekarang. Haziq merasa sebak dan mengambil telefon bimbitnya cuba menghantar mesej. Dia nampak teragak-agak. Button send di tekan.

Dib menonton televisyen bersama dengan kakaknya dan abangnya. Exam belum habis tapi boleh pula Dib ada masa menonton televisyen. Apabila ditanya oleh kakaknya, rupanya satu subjek lagi tinggal. Ada masa 2 hari membaca sebab schedule exam Dib ada yang berturut-berturut dan jarak dua hari. Subjek yang jarak dua hari itulah last day Dib exam.

Dib dan Qis baru saja keluar dari dewan setelah selesai exam. Qis dan Dib bersalaman dan berpelukkan sebab lepas ini mereka tidak berjumpa. Cuti semester. Mereka tinggal satu semester lagi hendak graduate. Mereka tidak sabar rasanya menantikan hari yang dinanti-nantikan. Dib melambai Qis yang sudah jauh di depan. Dib memeriksa jam dan meliar-liarkan matanya seperti mencari seseorang. Dib menghampir seseorang setelah orang yang dicarinya sedang menanti kedatangannya. Mereka berdua memang berjanji untuk berjumpa. Tapi bukan Dib yang ajak berjumpa tapi orang itu yang beria-ia memujuk Dib hendak cakap sesuatu. Dib teragak-agak hendak menegur orang itu yang membelakangi dirinya. Dib memperkemaskan langkah kakinya dan menarik nafas dalam-dalam.
"Assalamualaikum. Sorry. Lambat. Kenapa kau hendak jumpa aku?". Dib tidak memandang muka orang itu malah kepalanya dari tadi menunduk memandang lantai. Dib menggelak dari memandang mata orang itu. Namun setelah ditegur baru dia mendongak kepalanya dan senyum nipis.
"Kalau pun kau tidak mahu jumpa aku, janganlah tunduk kepala tu. Aku depan kau. Pandang aku".
"Hmmmm".
"Err, by the way terima kasih yang hadiah kau bagi tu. Aku appreciate sangat-sangat."
"Sama-sama. Kau sudah habis cakapkan, kalau macam tu aku hendak balik dululah." Dib tergesa-gesa hendak balik sebab dia memang tidak ada apa-apa hendak dicakapkan. Lagipun dia hendak rest.
"Kejap. Jom aku belanja kau makan sebagai ganti hadiah kau bagi tu. "
"Makan?. Maaflah. Aku hendak rest. Cukuplah sampai sini saja. Apa-apa pun apa yang aku pernah buat kepada kau, aku minta maaf."
"Tapi...tapi aku hendak cakap sesuatu dengan kau sambil kita makan."
"I can't. Aku mahu rehat. Kau kena ingat apa yang kau pernah cakap kepada aku dulu."
"Aku terus terang kepada kau sekarang ni lah. Aku tarik balik kata-kata yang aku cakap kepada kau dulu."
"Saat ni aku tidak mahu fikir apa-apa lagi. Cukup sampai sini saja. Aku balik. Assalamualaikum". Bukan semudah itu Dib melupakan apa sudah berlaku setelah Haziq tidak mahu berkawan dengannya. Kalau orang sudah buang lepas itu tarik balik kata-kata itu, Dib tawar hati hendak mempertimbangkan segalanya. Biarlah masa yang menentukan segalanya.
Haziq terpinga-pinga apabila di tinggalkan sebegitu oleh Dib. Suaranya bagai tersekat di keronkong. Dia melepaskan keluhan kuat dan meraup mukanya. Dia mengatur langkahnya dengan pantas menyaingi langkah Dib. Dia terus berjalan pantas tanpa menoleh ke belakang melihat Dib. Dib mengatur langkahnya perlahan-lahan dan doanya makbul apabila kelibat Haziq di depannya sudah lesap. Mungkin sudah balik. Dib lega. Jam menunjukan pukul 5:30 petang. Dib mempercepatkan langkahnya. Dia parking keretanya jauh sebab masa hendak sampai kawasan dewan, parking sudah penuh. So dia terpaksa park keretanya di tapak letak kereta yang jaraknya boleh juga jauhnya dari dewan. Untuk menuju ke keretanya perlu menuruni curam bukit. Boleh jugalah curam. Alamak! , Dib tergesa-gesa menggagau mencari kunci kereta dalam begnya sebab dia sudah lambat hendak balik ke rumah. Pukul 5:45, so 15 minit ambil masa hendak ke tapak letak kereta. Dib melilau-lilaukan matanya melihat sekeliling. Satu kereta pun tidak ada. Semua sudah balik. Ini semua sebab Haziq yang ambil masanya, tuduh Dib dalam hati.

Setelah selesai makan malam dan mengemaskan dapur Dib meminta izin daripada ibu bapanya hendak masuk ke bilik tidur lebih awal. Alasan dia mahu rehat. Dia mencapai telefon bimbitnya dan laptop lalu ditekan button on. Tiba masanya marathon drama korea. Drama korea dipindah dari laptop ke telefon bimbit. Drama korea Innocent Dependent. Sedih betul drama korea itu. Apabila jam menunjukkan tengah malam, Dib terus tidur. Puaslah dia tidur sebab 3 bulan cuti semester.

Sebulan setengah telah pun berlalu, Dib menerima mesej yang tidak diduga. Secara automatik fikirannya kembali kepada dua bulan lepas.
"Itu kau tidak payah fikir. Sekarang ni kau balik rumah. Tenangkan fikiranmu. Kau print tugasanmu dan esok aku temankan kau hantar kepada Prof Zef."
"Ok. Terima kasih. Aku balik dululah". Dib menapak menuju ke tempat letak kereta. Tiba-tiba Dib ternampak kelibat Rahadatul dari jauh dan dia mengatur langkahnya dengan pantas menuju kepada Rahadatul. Rahadatul seolah-olah tahu yang Dib sedang mencari dia, Rahadatul dari jauh melambai-lambaikan tanganya lalu berteriak ' seriusnya muka'. Tanpa membuang masa Dib terus menyelesaikan tujuannya.
"Aku mahu tanya sama kau. Kau sudah hantar aku punya tugasan atau tidak kepada Prof Zef?". Muka Dib nampak tegang.
"Ooo. Tugasan tu. Sudah. Kenapa?". Rahadatul membalas tanpa mengetahui apa yang terjadi.
"Betul? Sudah? Habis tu ni apa?", Dib menghulurkan telefon bimbitnya kepada Rahadatul. Rahadatul mengerutkan dahinya lalu mendongakkan kepalanya memandang Dib. Tidak mungkin. Mustahil dia salah hantar sebab sebelum dia ke staff room Prof Zef, Rahadatul menghantar tugasan subjek lain kepada Prof Alifah. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Muka Dib keruh seperti hendak menangis.
"Kau...kau jangan salah faham. Aku dapat baca fikiranmu terhadap aku. Kau jangan percaya apa yang kau sudah andaikan."
"First aku memang tidak mahu percaya segala andaian yang aku buat tapi hati aku kuat mengatakan yang kau sabotaj tugasan aku. "
"Betul. Aku tidak tipu. Aku letak kau punya tugasan dalam satu kotak. Prof Zef yang suruh sementara Prof Zef pergi keluar sekejap hendak ke tandas. Itu cerita sebenar".
Dib melepaskan keluhan kuat.
"Aku tidak tahu mahu percaya atau tidak. Tapi kalau betul kau buat semua tu, jangan harap aku akan lupakan apa yang kau sudah buat kepada aku."
"Aku bersumpah dengan nama Allah yang aku tidak pernah dan sekali pun sabotaj kau punya tugasan."
Tiada balasan dari Dib malah dia hanya merenung tajam memandang Rahadatul. Rahadatul meraih tangan Dib lalu berkata sesuatu.
"Katakan benci pada andaian". Setelah Rahadatul melafazkan kata-kata itu, Dib berlalu pergi meninggalkan dirinya.

Tanpa membuang masa, Dib menelefon Qis dan menceritakan segalanya. Mula-mula Qis susah hendak percaya tapi setelah Dib hantar gambar kepadanya baru dia percaya. Qis mencadangkan Dib menghantar mesej tanda meminta maaf kepada Rahadatul. Dib setuju dengan cadangan Qis lalu menghantar mesej kepada Rahadatul.
"Assalamualaikum. From Dib, Atul aku minta maaf sebab tuduh kau sabotaj aku punya tugasan. Aku baru tahu kebenarannya setelah Prof Zef hantar mesej minta maaf sebab salah dia tugasan aku tercicir di rumahnya . Rupa-rupanya aku punya tugasan itu terperesok di bawah katil Prof sampai berhabuk. Ni buktinya aku hantar gambar tugasan aku kena makan habuk. "
"Syukur alhamduliah kau sudah tahu kebenarannya. Tapi tidak semudah itu aku akan memaafkan kau selagi kau tidak belanja aku makan sebagai ganti apa yang kau sudah buat. Boleh? Aku hendak tengok kesungguhan kau meminta maaf kepada aku."
"Terima kasih Atul. ππππππ. Ok aku belanja kau makanan yang paling mahal. "
"Janji tahu. Minggu depan hujung minggu. Kau set tempat."
"Ok. Nanti aku update tempatnya. Terima kasih".π
"Ok".

Semester baru sudah pun bermula. Dan semester ini merupakan semester terakhir. Tidak lama lagi, Dib, Qis, Rahadatul,Haziq dan beberapa students yang lain akan graduate. Hari yang dinanti-natikan oleh setiap students. Hari berganti hari, bulan hari bulan dan sudah tiba masanya hari yang dinantikan. Dib bergambar bersama keluarganya. Dib memeluk kedua ibu bapanya. Leka dengan sesi bergambar itu, ada sepasang mata memandang Dib dari jauh. Dia tersenyum memerhatikan keletah Dob itu. Tiba-tiba dia sedar dan senyumannya terus mati, dia tertanya-tanya kenapa dia senyum sendiri. Untuk apa senyuman itu. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya.
Dib seterusnya bergambar dengan kawan-kawannya yang lain. Saat dia leka itu tiba-tiba mata dia bertembumg dengan mata Haziq. Dib memghampiri Haziq dan mengucapkan tahniah. Haziq berterima kasih dan tersenyum. Haziq meminta kawannya mengambil gambar dirinya dengan Dib sebagai kenangan. Tanpa ada bantahan, Dib setuju kerana ini terakhir mereka akan berjumpa dan masing-masing akan memikirkan masa depan mencari kerja.

Tiga tahun berlalu, Dib sudah pun memperolehi pekerjaan yang sebanding dengan keputusannya. Hujung minggu Dib isikan dengan meluangkan masa dengan anak buahnya, Firdaus, anak abangnya. Dia membawa Firdaus jalan-jalan di The Mall, shopping complex yang sering dikunjungi oleh orang muda-muda macam dirinya. Tujuan Dib satu iaitu menuju ke Best Eastern tempat jualan pelbagai jenis buku. Dib mencapai beberapa buah novel yang menarik minatnya lalu membuat pembayaran. Dib tidak lupa juga membelikan Firdaus buku warna dan buku cerita kanak-kanak. Firdaus melompat teruja apabila dibelikan buku kesukaanya.
Selepas itu, Dib singgah ke sebuah restauran menjamu selera. Di tingkat bawah bahagian makanan basah dan kering, Dib membeli buah anggur dan orange. Dia juga membelek-belek mee untuk membuat spaghetti. Semasa dia hendak menuju ke kaunter pembayaran, dia digamit oleh perempuan tua meminta tolong untuk mencarikan tepung. Sempat perempuan tua itu bercerita yang dia hendak membuat cucur udang. Dib hanya mengangguk-angguk kepalanya sebelum meminta izin untuk beredar.

Supaya badan sihat bukan saja pengambilan makanan yang dijaga tetapi juga amalkan buat aktiviti luar. Dib jogging bersama dengan abangnya, kakak ipar dan anak buahnya di Taman Rekreasi Sapok. Mereka berjogging hari Jumaat sebelah petang. Kira-kira dua jam lamanya mereja berjogging. Mereka membeli minuman sejuk untuk menghilangkan dahaga mereka. Setelah itu mereka pun balik. Sesampai saja di rumah, Dib terus membersihkan dirinya dan sembahyang maghrib. Dia melepak di ruang tamu dengan menonton drama korea melalui telefon bimbit. Ahli keluarganya yang lain menonton televisyen di ruang sebelah. Dib berbaring di atas sofa dan menggunakan kuisyen untuk menaikkan sedikit kepalanya supaya selesa. Asyik dengan ketawa tiba-tiba bapanya masuk ke ruang tamu menegur tidak elok orang perempuan ketawa lantang-lantang.
"Ketawa, ketawa, ketawa. Cuba sopan sedikit. Patutlah sampai sekarang ni tidak ada seorang pun lelaki berani dekat sama kau. Sebab apa? Baru ketawa macam pontianak , semua lelaki lari ketakutan."
"Alah, bapa ni. Biarkan sajalah. Bapa doakan saja aku dapat lelaki yang mahu terima perempuan macam aku ni".
"Sebab bapa sudah doalah, doa bapa makbul. Ada lelaki mahu sama kamu. Dia mahu jadikan kamu isterinya."
"Apa bapa merepek ni. Bapa baru saja berdoa, cepatnya Allah makbulkan doa bapa tu".
"Kamu terima atau tidak. Lelaki itu sudah lama menunggu kamu balik dari jogging tadi. Dia mahu jumpa kamu selepas dia jumpa bapa minta izin memperisterikan kamu."
"Agak-agaklah kalau hendak bergurau bapa."
"Bapa tidak bergurau. Bapa cadangkan kamu terima saja lelaki itu. Lagipun bapa tengok hormat orang tua , baik dan peramah. Rugi kau balik lambat tadi".
"Tidak mahulah. Bukan aku kenal pun".
"Kalau macam tu kau kenal dulu baru kau buat keputusan".
"Kejap. Bapa seriuskah? Bapa tidak tipu. Betulkah ada lelaki datang rumah tadi? Macam mana dia tahu alamat rumah ni?."
"Kalau kau mahu tahu. Kau tanya lelaki tu. Bapa malas bagitahu. Nah, ni nombor telefon lelaki tu".

Dib memperkemaskan baju yang dipakai sebelum menghidangkan minuman kepada tetamu yang datang. Mula-mula dia enggan namun dipaksa oleh ibunya. Dia menarik nafas dalam-dalam mengumpul kekuatan. Yang datang bakal ibu bapa mertuanya untuk merisik setelah Dib memberi kata setuju untuk menerima lelaki yang sudi memperisterikan dirinya. Minggu itu Dib memberi kata setuju, minggu itu juga hujung minggu mereka datang. Tergesa-gesa. Selepas saja bapanya memberi no telefon bimbit lelaki itu tempoh lalu, Dib menghantar mesej kepada lelaki itu tanda setuju setelah dia berfikir masak-masak dan meminta petunjuk dari Allah.
Dib malu dan menundukkan sedikit kepalanya apabila menghidangkan minuman. Dia tidak dapat melihat dengan jelas siapa bakal ibu bapa mertuanya. Dib hanya mampu tersenyum sebelum beredar. Tidak lama kemudian, Zainab keluar dari ruang tamu dan membawa Dib masuk untuk bersalaman dengan bakal ibu bapa mertuanya. Dib mengikuti langkah ibunya. Apabila ibunya memperkenalkan dirinya kepada bakal ibu bapa mertuanya, terus bakal ibu mertuanya menerpa memeluk dirinya. Setelah bersalaman dan berborak, mereka minta izin untuk beredar.
Dib terus mencuci cawan-cawanan tadi di dapur. Setelah selesai dia duduk sambil minum air teh tadi. Ibunya masuk ke dapur dan memberitahu ada seseorang hendak berjumpa dengan Dib. Dib bertanya hairan. Ibunya memberitahu yang bakal suami Dib ada datang juga tapi dia tunggu dalam kereta sementara bakal ibu bapa mertuanya merisik Dib untuk anak mereka.
Dib menatang teh yang baru dibuatnya lalu menuju ke ruang tamu. Dib berdehem untuk memberitahu kehadirannya apabila bakal suaminya itu sedang berdiri menghadap jendela membelakanginya.
"Jemput minum." Dib meletakkan hidangan di atas meja. Ketika itu Dib belum melihat lagi muka bakal suaminya. Dib nervous. Dari belakang pandangan bentuk badan lelaki itu macam yang suka pergi gym. Nampak bentuk muscle di kedua-dua lengan lelaki itu. Itu cita rasa Dib.
Dib duduk dan lelaki itu pun menoleh. Dib terkejut dan dengan tiba-tiba degupan jantungnya berdegup pantas. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Lelaki itu hanya tersenyum. Ya, senyuman itu. Sudah lama Dib tidak melihat senyuman itu.
"Assalamualaikum", lelaki itu memberi salam lalu duduk bertentangan dengan Dib. Dia tersenyum lagi dan merenung tajam memandang Dib. Senyuman dan renungannya itu membuatkan Dib rasa malu dan tidak selesa.
"Haz?". Din bertanya memastikan sama ada lelaki di depannya itu adalah bakal suaminya.
Lelaki itu tersenyum lagi dan mengangguk. Ada riak gembira dan ceria di mukanya.
"Tapi...err...aku...aku ada banyak persoalan yang sedang bermain di kotak fikiran ku masa ni. Aku benar-benar terkejut dan musykil macam...macam mana this all happened? What is the story behind this?".
"Well, kau boleh tanya apa yang kau hendak tahu?"
"Everything. Aku mahu kau explain to me from the begining to the end.".
"Which one you want me to explain?".
"Err...err... masa aku hantar mesej kepada kau bagi tanda setuju, kenapa kau tidak terus terang saja kau tu Haziq yang aku kenal? Kenapa kau beria-ia memperkenalkan diri kau as a Haz? Apa motif kau buat semua ni? Kau memang sudah rancang semua ni kan?"
Haziq tersenyum sebelum menjawab persoalan itu.
"Of course aku ada motif di sebalik ni. Dan everything aku memang sudah rancang dari dulu lagi tapi baru sekarang ni aku berjaya laksanakan rancangan aku ni. Berkat doa aku dari dulu tidak putus-putus supaya Allah permudahkan segalanya".
"Wait..wait.... dari dulu lagi? Bila? And then apa motif kau?".
"Aku masih ingat masa kita belajar di U, aku ada tanya kenapa kau tidak berapa rapat dengan lelaki and then kau bagi tahu aku yang memang dari dulu lagi kau tidak berapa suka bergaul dengan lelaki dengan alasan yang bukan-bukan. Kau fikir semua lelaki jahat. At the same time kau buka rahsia yang kau simpan selama ini dan kau cerita kepada aku. Kau bagi tahu aku waktu kau tingkatan satu lagi ada lelaki dari klass lain suka kau, start kau tahu ada orang suka kau and kau dapat tahu muka lelaki tu, kau takut sebab kau sudah set dalam kepala kau yang semua lelaki jahat. Mulai dari saat itu lah kau kurang-kurangkan bergaul dengan lelaki dan kau lansung tidak layan lelaki yang suka kau tu. Sebab kau mahu perasaan lelaki tu lama-kelamaan akan berhenti dari menyukai kau.".
"Yes. Aku ada cerita tapi itu cerita lama. So apa related nya?".
"Ada related-nya. Aku kenal kau masa aku terlewat masuk 30 minit kuliah Islamic. Aku duduk sebelah kau sebab memang satu kerusi itu saja yang tinggal. Aku tegur kau sebab mahu tahu apa yang aku miss kuliah Islamic. Mula-mula tu memang kau jawab sepatah dua kata saja bila aku tanya.
Kau tidak banyak cakap. Dalam diam aku perhatikan perangai kau apabila bergaul dengan lelaki. Lama-kelamaan timbul satu perasaan tu dan aku rasa senang berkawan sama kau. Dalam hati aku, aku nafikan yang aku ada hati terhadap kau. Tapi tidak dapat. Aku benar-benar sayang kau masa tu. Tapi aku tidak tunjuk sebab aku tahu perangai kau sebenar apabila kau tahu ada orang suka kau, aku pasti kau akan jauhkan diri kau dari orang itu. Dan saat kau tawar hati tidak mahu berkawan dengan aku sebab aku terlanjur marah kau, aku rasa kehilangan. Aku mahu tarik balik kata-kata aku tu tapi sia-sia sebab kau betul-betul sudah tawar hati. Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan".
"Lepas tu?".
"Sebab itulah saat kau mesej aku yang kau setuju, aku bagi tahu nama aku Haz. Aku tidak bagi tahu full name aku. Aku syukur sangat sebab kau tidak banyak tanya masa tu. Aku buat semua tu sebab aku tidak mahu lepaskan kau buat kali kedua. Cukup sekali aku menahan rasa. Aku berterima kasih kepada Allah kerana telah makbulkan doaku. Hari terakhir kita berjumpa tu, aku tidak putus-putus berdoa semoga kau jodoh aku. Aku janji pada diri aku selepas aku dapat kerja aku akan cari kau dan pinang kau. "
"Sounds interesting. Ada kesungguhan di sebalik cerita kau ni. Tapi macam mana kau tahu alamat rumah aku? Dan macam mana kau over confident yang aku belum ada boyfriend?"
"Aku dapat tahu alamat rumah kau dari group wA. Kau pernah post dalam group invite kawan-kawan dalam group tu datang open house waktu Hari Raya ke rumah kau. Kau bagi alamat rumah kau. So dari sana aku dapat sampai ke rumah kau ni. Lagipun aku lansung tidak dapat datang masa kau invite tu. "
"Masha Allah. Sungguh- sungguhnya kau buat semua ni sampai sekarang ni."
"Dan aku dapat tahu kau memang lansung tidak ada boyfriend dari ummi aku. Masa tu aku nampak kelibat kau dari belakang sedang shopping sama seoranf kanak-kanak. Mula-mula tu aku kecewa sebab aku fikir lau sudah kahwin. Aku tanya ummi aku sebab aku ternampak kau tolong ummi aku cari tepung. Aku tanya ummi apa ummi borakkan dengan kau. Ummi cerita yang kau masih single dan kanak-kanak tu anak buah kau. Aku lega sangat. Terus aku suruh ummi merisik kau."
"Yes. Aku ingat. No wonder aku pernah tengok ummi tu. Patutlah dia tanya aku macam-macam soalan masa dia minta tolong tu sebab dia tahu aku ni perempuan yang kau suka. Dia ingat kanak-kanak tu anak ku, so aku bagi tahu yang aku belum kahwin. Bila dia tanya kenapa belum kahwin, perempuan jangan akhir kahwin dia kata. Lepas tu aku senyum saja dan cakap arah ummi belum ada jodoh datang meminang. Dan aku minta tolong ummi tu doakan aku dapat jodoh cepat supaya aku cepat kahwin. Dia mengaminkan. Dan tidak sangka pula doa ummi itu makbul".
"Kau jangan salah faham. Masa ummi tanya kau macam-macam soalan tu, dia memang belum tahu yang kau perempuan yang aku suka. Ummi perangai dia memang macam tu terlebih mesra dengan sesiapa saja yang dia baru kenal. Lepas tu aku cerita arah ummi yang kau tu siapa dan suruh ummi merisik kau. Ummi apa lagi gembira tidak terkira sebab akhirnya anak lelaki bujangnya akhirnya jumpa jodohnya. Kau jangan salah faham pula."
"Ooo. So itu ending ceritanya lah. Hmmm. Terharunya aku mendengar kesungguhan kau tu. Apa-apa pun terima kasih buat semua ni".
"Sama-sama. So kau still mahu terima aku after aku sudah explain everything kepada kau?".
"Macam mana aku explain kepada kau ye, first aku hargai sangat apa yang kau sudah buat. Tapi aku benar-benar anggap kau sebagai kawan lelaki yang paling aku rapat, aku....aku minta maaf sebab aku tidak dapat terima kau sebagai suami kau." Dib teragak-agak melafazkan kata-katanya yang dari tadi tersemat dalam kotak fikirannya.
Mendengar jawapan yang tidak disangka keluar dari mulut Dib itu membuat air muka Haziq berubah keruh. Saat itu otak dia bercelaru apa lagi yang dia patut buat. Dia runsing. Hatinya merintih. Apa lagi dia patut buat supaya Dib menerimanya. Dia diam berfikir sehingga Dib menyedarkan dirinya yang dari tadi sepi.
"Aku harap kau kuat menerima apa yang aku kata tadi. Aku minta maaf."
"Err....err....kalau itu sudah keputusan muktamad kau. Aku terima meskipun aku tidak sanggup untuk mendengarnya. Tidak mengapalah kalau kau tidak sudi mahu terima aku sebagai suami kau. Selepas ini, aku doakan yang kau dapat jumpa jodoh yang kau cintai dan berbahagia di sampingnya. Aku minta izin balik dulu. Assalamualaikum". Haziq bergesa-gesa keluar dari ruang tamu untuk balik. Lagipun buat apa dia lama-lama dalam rumah tu, bisik hati Haziq.
Dib membuntuti Haziq dari belakang. Tanpa Dib sedar ada titisan air mata mengalir laju di pipi Haziq. Haziq cepat menyekanya untuk mengelak dari diketahui oleh Dib. Namun tidak sempat apabila dengan tiba-tiba Dib yang dari belakang dengan pantas memotong langkah Haziq dan berhadapan dengan Haziq. Haziq tersentak dan tidak dapat menyembunyikan tangisannya dari diketahui oleh Dib. Dib mendongak dan merenung tajam muka Haziq. Maklumlah, Dib pendek separas lengan Haziq. Haziq hanya diam menyepi dan juga membalas renungan mata Dib. Air mata berterusan mengalir keluar tanpa diseka. Haziq tidak kisah apa Dib akan cakap kalau dia hendak kata yang Haziq itu tidak kuat dan hati lembut. Tapi itulah hakikatnya menunjukkan perasaan sebenar Haziq terhadap Dib.
"Ya Allah!. Aku minta maaf kerana kata-kata aku lafazkan tadi tu sebenarnya untuk menguji sejauh mana kau benar-benar ikhlas jadikan aku sebagai isteri kau. Aku minta maaf kerana membuatkan kau menangis. Aku minta maaf kerana memandang rendah perasaan cinta kau kepada aku. Aku terima kau jadi suami aku kerana air mata kau itu betul-betul menunjukkan betapa ikhlasnya kau kepada aku. Aku minta maaf sangat-sangat", luah Dib dengan sebak.
Setelah mendengar luahan Dib itu, air mata semakin deras mengalir di pipi Haziq dan tidak semena-mena Haziq melutut dan menangis di hadapan Dib. Dia berterima kasih sangat dan merasa syukur kerana Dib akhirnya sudi menerimanya.

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan tiba juga. Haziq dan Dib bersanding di atas pelamin dan memakai baju pengantin bertemakan warna pink. Mula-mula Haziq tidak setuju dengan warna tema itu tapi setelah melihat Dib muncung sedepa dan enggan melayannya, Haziq bersetuju dan mengalah demi isteri yang dia sayang.
Selesai majlis bersanding tengah hari itu, Haziq dan Dib berehat di rumah ibu bapa Dib sekejap sebelum membawa Dib pergi ke rumah Ummi. Apabila sampai ke rumah ummi, Haziq memberitahu umminya yang dia hendak tinggal di rumah yang baru di belinya. Dib belum mengetahui tentang ini.
Pukul enam Haziq menyuruh Dib bersiap-siap dengan alasan membawa Dib ke suatu tempat. Bila di tanya Haziq hanya beritahu rahsia. Apabila sampai ke destinasi, Haziq memberhentikan keretanya. Dib musykil dan terus dia tanya Haziq.
"Abang, ni rumah siapa? ".
"Rumah kitalah sayang. Jom mari masuk", Haziq memimpin tangan Dib. Dib terpegun melihat kecantikan rumah apabila dia melangkah masuk.
"Sejak bila abang beli rumah ni?".
"Masa abang sudah dapat kerja. Abang pakai duit abang kumpul sejak lahir lagi. Sayang suka?".
"Cantik sangat. Terima kasih abang", ucap Dib sambil memeluk lengan Haziq.
Haziq membawa Dib naik ke tingkat satu menuju ke bilik tidur mereka. Dib teruja dan terus menghempaskan badannya di atas katil. Dib melepaskan penatnya. Haziq turut berbaring di sebelah Dib. Tangan Dib dicapainya dan digenggam erat. Haziq mengucup tangan Dib. Dib hanya tersenyum.
"Sayang, kita tidur sini malam ni ye. Lagi pun sekarang sudah malam".
"Tidur sini? Sayang tidak ada bawa baju tidur. Ini saja baju yang sayang pakai. Kita patah balik ambil baju ye bang?".
"Dalam almari tu ada banyak baju. Sayang pakai sajalah", Haziq menunjukkan jari telunjuknya pada almari yang tidak jauh itu lalu bangkit dari pembaringannya. Dia mencapai tuala mandi lalu masuk ke bilik mandi.
Setelah selesai Haziq mandi, barulah Dib mandi sebab tuala mandi ada satu saja. Terpaksa kongsi. Habis saja mandi, Dib keluar dan teriak memanggil Haziq.
"Abang!!!, cuba abang tengok ni. Kan sayang sudah cakap baju abang ni besar, seluar ni pun longgar. Baru pakai suduh terlucut".
Haziq yang bermain game terus menoleh ke belakang memandang isterinya. Dia terpegun sekejap. Baju yang dipakai isterinya itu mendedahkan bahu dan dada isterinya yang putih gebu. Haziq menelan liur beberapa kali. Isterinya memegang seluar yang dipakainya daripada terlucut. Geli hati Haziq menengoknya. Seksi pada pandangan matanya. Dib berteriak lagi apabila tidak ada sahutan dari Haziq. Haziq tersedar lalu menutup televisyen lalu beredar menuju kepada isterinya.
"Ok lah sayang pakai macam ni. Seksi sangat. Abang suka", Haziq memegang bahu Dib sambil mengelusnya lembut. Dib tersipu malu.
"Seksi apa pula. Seksa tahu pakai seluar longgar ni. " Tidak semena-mena seluar di pakainya itu terlucut dari genggamannya. Nasib baju tidur tu besar hingga menutupi sampai ke paras lutut. Kalau tidak, malu Dib di buatnya.
"Kalau longgar tidak payah pakai. Lagipun saiz baju tidur abang ni besar. Cuba tengok, baju ni sudah cukup tutup sampai paras lutut. Ok lah tu."
"Tapi sayang tidak selesalah tidak pakai seluar", muncung sedepa bibir Dib. Haziq memikir sebab semua seluarnya memamg besar. Dia cuba menyelongkar dalam almari mencari sesuatu lalu dihulurkan kepada Dib.
"Hmmm oklah. Kain pelikat pun jadilah. ".Waktu itu juga Dib pakai depan Haziq. Haziq menggosok-gosok kepala Dib.
"Comellah sayang ni." Dib pamer senyum malu.
Haziq terus membaringkan badannya hendak tidur. Mata pun sudag mengantuk. Dib mengeringkan rambutnya depan cermin menggunakan tuala. Apabila dia hendak naik ke atas katil,mata Haziq sudah terpejam.
"Abang, bangunlah. Sayang belum mengantuk lagi. "
Haziq tersedar dan mengumam, " kalau sayang tidak dapat tidur. Mari sini dekat sama abang. Abang tidurkan sayang". Dib menghampiri Haziq. Haziq merapatkan badannya dengan isterinya yang berbaring di atas lengan Haziq. Mereka berpelukkan sesama sendiri. Haziq mengucup kedua belah mata isterinya supaya tidur sebelum mengucup bibir isterinya. Dia mengucup bibir isterinya lama. Bibirnya terus mendarat di bahu isterinya yang terdedah itu. Dan malam itu telah menyaksikan betapa dalamnya cinta dan ikhlasnya Haziq memperisterikan Dib.
Byeπ Dah tamat. πππππ