Saturday, 3 December 2016

MOTIF AKAN TERBONGKAR


CEPAAT!!!!JOM BACA MOTIF AKAN TERBONGKAR😠

Bab 1
     Lisha dan suaminya serta anaknya lelaki berumur enam belas tahun baru sahaja pulang ke Brunei setelah melawat neneknya di Miri yang terlantar sakit di hospital. Lisha yang berasal dari Miri dan berkahwin dengan lelaki warganegara Brunei terus menetap di Brunei. Oleh itu, sejak berkahwin Lisha jarang pulang ke Miri. Lisha hanya pulang ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri.
     Apabila sahaja Lisha sampai ke rumahnya, Lisha terus ke belakang rumah menuju ke sepohon pokok Mangga yang ditanamnya. Lisha mengambil kunci rumah yang tergantung di dahan pokok Mangga. Lisha memerhatikan sekeliling rumahnya lalu tersenyum.
“Kenapa kau telefon aku suruh datang rumah kau ni Lis ? ”.
     Lisha menatang sepinggan cucur udang dan seteko teh tarik lalu duduk berhadapan dengan kawan baiknya, Aisyah. Mereka menikmati sarapan pagi di luar beranda rumah yang dihiasi dengan meja bulat yang diperbuat daripada kaca. Tidak ketinggalan pasu bunga juga diletakkan ditengah-tengah meja itu untuk nampak cantik. Angin pagi bertiup perlahan mengenai muka mereka berdua. Sejuknya mencengkam ke seluruh badan sampai ke tulang sumsum.
     “Seronok juga sarapan pagi waktu sejuk macam ni, macam kat London. Hah! Berbalik kepada soalan aku. Apa sebab kau suruh aku datang sini?. Nasib baik aku punya suami tak tanya aku macam-macam.”
     “Aku dua tiga hari lagi nak pergi melawat aku punya nenek kat Miri. Nenek aku sakit. Jadi aku nak kau tolong tengok-tengokkan rumah aku selama aku tak ada di Brunei. Kunci rumah aku bagi kau supaya senang kau buka lampu. Lepas tu kau simpan kunci rumah kat pokok Mangga belakang rumah aku tu. Kau boleh tolong aku tak? “.
“Boleh. Tak jadi masalah.”
     Keesokkan paginya, Razak memetik beberapa buah Mangga yang mentah untuk dicicah dengan sambal kicap. Sewaktu Razak hendak masuk pintu dapur disebelah belakang, Razak merasa musykil kerana pagi-pagi banyak lalat mengerumuni pembetung najis. Razak menghampirinya lalu tercium bau busuk yang datangnya dari pembetung najis. Tidak jauh dari pembetung najis itu, terdapat juga beberapa ekor lalat mengerumuni debu-debu sampah yang masih tersisa. Razak merasa musykil lalu bertanyakan perkara ini kepada isterinya, Lisha. Lisha sendiri tak tahu apa yang terjadi selama mereka sekeluarga tak ada di Brunei.
     Semakin tebal perasaan ingin tahu yang mula menjalar ke tangkai hati Razak. Razak memutuskan untuk membuka penutup pembetung najis itu. Setelah membuka penutup pembetung najis yang sedalam lima meter itu, bau busuk mula naik ke atas dan Razak sekeluarga terbatuk-batuk kerana tidak sanggup menghidu bau yang busuk itu. Di dalam pembetungan najis itu, terdapat sebuah guni putih diikat ketat dengan tali. Seperti ada sesuatu yang tersembunyi di dalamnya. Razak percaya bau busuk itu datangnya dari guni itu.
“Apa kawan Lisha buang ke dalam pembetung najis rumah kita ni?”.
“Lisha pun tak tahu bang”.
“Bau busuk ni bukan sebarang bau”.
     Anggota-anggota Unit Siasatan Jenayah dan pihak Forensik sampai ke tempat kejadian. Mayat yang telah reput ditemui oleh anggota-anggota Unit Siasatan Jenayah. Setakat itu, identiti mayat tidak dikenal pasti. Keadaan mayat itu sangat menggerikan. Sesiapa yang menyaksikannya sudah pasti pengsan setelah melihatnya. Badan mayat seperti dikerat-dikerat. Unit Siasatan Jenayah meminta kerjasama pihak Forensik untuk terus menggutip bahan-bahan bukti untuk dibedah siasat. Bahan-bahan bukti terus dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha untuk siasatan selanjutnya. Rumah Razak dibentang tali dilarang masuk untuk tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan. Oleh itu, Unit Siasatan Jenayah meminta kerjasama Razak sekeluarga untuk tidak tinggal di rumah mereka buat sementara waktu. Jiran-jiran yang berhampiran rumah Razak menjenguk-jenguk di luar pagar kerana perasaan ingin tahu apa punca ramai anggota-anggota Unit Siasatan Jenayah dan pihak Forensik datang membuat siasatan. Mereka berbisik sesama sendiri dan tak ketinggalan juga ada beberapa remaja yang tidak bertanggungjawab sesuka hati mencuri gambar di tempat kejadian itu.
     Laman sosial Facebook dipenuhi dengan pertanyaan setiap pengguna setelah melihat gambar yang dimuat naik oleh CCPB (Cerita-Cerita Panas Brunei). Di dalam gambar itu terpamer sebuah rumah dibentang dengan tali dilarang masuk. Kapsyen gambar ‘dengar cerita ada mayat kena buang ke dalam pembetungan najis’. Ruang komen CCPB dipenuhi dengan komen setiap pengguna Facebook. Banyak pengguna Facebook meluahkan rasa tidak puas terhadap CCPB yang sewenang-wenangnya memuat naik gambar tanpa bukti yang sahih. Perasaan tidak puas hati itu juga dilemparkan kepada tukang tangkap gambar itu.
     Kapsyen gambar itu menarik hati seorang mahasiswi Universiti Brunei Darussalam. Hatinya berbunga-bunga bukan kerana suka akan kematian mangsa tetapi perkara ini luar biasa dan jarang berlaku di Brunei. Siti berhasrat untuk menjadikan perkara yang terjadi itu sebagai ilham untuk memudahkan Siti menulis sebuah novel sebagai tugasan terakhir yang diarahkan oleh pensyarahnya. Siti ingin menulis novel bertemakan pembunuhan kejam. Mulai saat itu, Siti mengikuti perkembangan kes tersebut dengan mendengar dan membaca berita mengenai kes itu. Bagi Siti ini adalah satu-satunya peluang keemasan yang dia ada.
     Lisha sekeluarga menyewa rumah yang menawarkan harga yang bertepatan. Bukan kerana kedekut tetapi memadailah mereka sekeluarga ada tempat tinggal untuk berteduh sementara anggota-anggota Unit Siasatan Jenayah selesai melakukan penyiasatan dan membenarkan mereka untuk balik semula ke rumah mereka. Sejak kejadian itu, ahli keluarga Razak yang lain sibuk menelefon dan menghantar mesej tidak henti-henti bertanyakan mengenai kejadian ini. Ibu bapa Razak juga merasa bimbang dan takut Razak difitnah membunuh orang. Razak hanya memberitahu memang ada mayat mati dibuang ke dalam pembetung najis, tetapi siapa punya mayat tidak diketahui dan akan terbongkar apabila anggota-anggota Unit Siasatan Jenayah selesai membuat pengesahan.
     Bazli duduk di luar beranda seolah-olah menikmati keindahan alam. Tetapi di sudut hati Bazli perasaan sedih berkumpul di setiap ruang hatinya. Bazli terlalu mengikut perasaannya. Semenjak kejadian yang dialaminya, fikirannya tidak bertentu. Memori sebelum kejadian bermain di benak fikirannya seperti putaran CD. Bazli tersenyum keseorangan. Air mata sudi mengalir laju dan kedengaran suara tangisan yang keluar dari mulut Bazli. Suara tangisan Bazli, pasti menyentap tangkai hati sesiapa yang mendengarnya.
     “Esok Heera nak buat kejutan untuk anak kita sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-12. Hah, terus sambut hari ulang tahun kelahiran abang. Seronoknya, tidak sabar nak tunggu esok. Kek, Heera sudah beli.”
     “ Tak payah lah sambut hari ulang tahun kelahiran abang. Yang penting, abang nak Heera selalu disisi abang hingga ke akhir hayat”.
     “Heera tak peduli sebab tahun lepas Heera tak sambut hari ulang tahun kelahiran abang. Heera nak cipta kenangan yang baru dan segar tahun ni. Tangkap banyak gambar dan simpan dalam album. Kalau abang rindu Heera, abang tatap saja gambar Heera. Hah, lupa pula nak beritahu esok pagi Heera pergi beli bahan basah untuk masak tau. Abang tunggu kat rumah”.
     “Abang izinkan tetapi yang penting Heera balik rumah semula”.
     “ Terima kasih abang. Muaaahh”. Bazli tersenyum gembira apabila isteri kesayangannya mencium pipinya sebelum tidur.
     “Mengikut hasil siasatan yang kami lakukan, kami mendapati sebuah kereta berwarna putih jenama Vios hak milik isteri Encik memang sengaja dibakar. Setakat ini kami masih menjalankan siasatan mengenai keberadaan isteri Encik”, terang anggota polis bahagian Unit Siasatan Jenayah.
     Bazli terkejut dengan keterangan yang diungkapkan oleh anggota polis itu. Bazli memutuskan membuat laporan di balai polis memandangkan isterinya belum juga pulang sejak dari pagi hingga ke malam. Setahu Bazli, mereka suami isteri tak ada musuh dengan siapa-siapa melainkan ada orang yang tak suka akan mereka sehingga mendorong orang itu melakukan perbuatan yang kejam. Malah, Bazli juga tahu segala aktiviti rutin harian isterinya, isterinya seorang suri rumah yang penyayang, baik dan hanya keluar rumah jika perlu.
     Sebuah album lama tersisip kemas dalam genggaman tangan Bazli. Bazli membelek album itu, terdapat banyak keping gambar yang menyimpan banyak kenangan bahkan juga kegembiraan juga nampak terserlah disebalik keping gambar yang ada. Bazli tersenyum keseorangan melihat gambar isterinya yang sedang merajuk. Gambar itu ditangkap sewaktu Bazli dan isterinya sedang berbulan madu di London. Bazli enggan membelikan isterinya yang mengidam aiskrim vanila sebab risau makanan manis akan menjejaskan kandungan isterinya yang baru sahaja berusia sebulan. Bazli membagi kucupan pada gambar itu lalu memeluknya.Kenangan itu tetap tersemat di dalam kotak fikiran Bazli kecuali Allah menarik ingatan Bazli.
Bab 2
    “Syukur alhamdulilah, berita yang aku tunggu-tunggu selama ini masuk TV, Radio dan suratkhabar. CCPB(Cerita-Cerita Panas Brunei) pun tak ketinggalan memuat naik tentang berita ni”. Siti merasa teruja lalu mengajak kawan baiknya, Zana ikut serta membaca berita itu.
    “Ya Allah!, ngerinya cara pembunuhan ni. Tak berhati perut lansung. Siapa punya kerja ni?. Tajuk berita ‘Mayat dikerat-kerat dan dibakar’ pun aku rasa seram membacanya. Lepas tu mayat tu dibuang ke dalam pembetung najis. Hah!, kau pun satu, kenapa kau jadikan kejadian pembunuhan kejam ni sebagai tema kau punya novel?”.
   “Aku nak tema yang segar bukan tema cinta yang kau selalu buat”, sindir Siti kepada Zana dengan menekan perkataan selalu.   
   “Isshh, kauuu….geramnya aku”.
“Motif pembunuhan dan siapa pembunuhnya masih dalam siasatan. Aku rasa pembunuh ni memang seorang yang licik dalam bab-bab macam ni. Kalau tak, sudah lama pembunuh tu terperuk di dalam penjara. Tunggu leher tu mencecah tali gantung sahaja lagi. Selamat tinggal lah maksudnya”.
“Betul tu, pembunuh tu cuba hapuskan segala bukti yang akan mendorong anggota-anggota Unit Siasatan Jenayah untuk mengesan identitinya”.
“ Cuba kau baca ruang komen ni”.
     Rata-rata pengguna Facebook yang menghujani ruang komen itu memberi komen semoga roh mayat itu tenang dan berdoa supaya pembunuh yang tidak bertanggungjawab itu diberi hukuman gantung sampai mati. Sekurang-kurangnya kematian mayat perempuan itu terbela. Pengguna juga tak lupa meluahkan perasaan simpati terhadap keluarga mangsa dan berharap supaya keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian ini.
     Sejak berita itu disiarkan, hampir sebulan lebih Siti menunggu perkembangan selanjutnya mengenai kes itu. Siti tertanya-tanya adakah anggota-anggota Unit Siasatan Jenayah berhenti menyiasat kes itu dan hampir putus asa kerana tak ada bukti yang dijumpai sewaktu melakukan siasatan di lokasi kejadian untuk mengesan pembunuh di sebalik kejadian itu. Perasaan ingin tahu semakin menebal di hati Siti. Siti tak nak hasil siasatan itu berhenti macam itu sahaja tanpa mengetahui siapa pembunuhnya. Pembunuh itu mesti dicari dan jika tak, mungkin pembunuh itu sedang bersuka ria meraikan kemenangan kerana pembunuh itu sendiri berjaya menghapuskan bukti kehadirannya di lokasi kejadian.
     Disebabkan perasaan ingin tahu semakin menebal di hati Siti, Siti memutuskan untuk menyiasat kes ini dengan cara apa sekalipun. Siti percaya bahawa Allah SWT pasti menolongnya dalam mencari jalan penyelesaian mengenai kejadian itu. Siti mencapai fail kepunyaannya yang tersimpan di dalamnya beberapa keratan akhbar mengenai kejadian itu. Rancangan yang nak dilakukannya sudah tersimpan kemas di kotak fikirannya. Siti tersenyum melihat keratan akhbar itu. Tanpa berlengah, Siti terus memandu keretanya ke destinasi yang dicarinya. Siti memastikan simpang yang dicarinya itu betul sebelum masuk ke pekarangan rumah orang yang dicarinya.
Siti mencatat segala cerita yang diperolehinya daripada orang yang ditemuinya. Seterusnya, Siti menuju ke destinasi ke dua seperti yang dirancangkannya. Namun, pintu pagar rumah itu berkunci. Dengan pertolongan dari orang kampung yang tinggal di kawasan itu, Siti berjaya menjejaki tempat tinggal orang itu. Buku nota Siti penuh dengan catatan yang diperolehinya. Siti yakin dan pasti bahawa dia dapat menyelesaikan perkara itu dan berjanji akan memberitahu hasil siasatannya terhadap dua orang yang ditemuinya dan kepada Unit Siasatan Jenayah.
“Hah!, kau ni suka buat kerja gila. Kau pastikah kau dapat buat? Sudah terang lagi bersuluh, Unit Siasatan Jenayah mengambil masa yang lama dalam menyelesaikan kes ni. Ini kan pula kau yang tak pakar dalam bab-bab macam ni. Ishhh, kau hentikan saja semua ni, jangan lah bagi harapan yang tak berbaloi kepada orang kau jumpa tu”. Zana memperlekehkan kebolehan Siti dalam menangani kes itu. Rupa-rupaya Siti menelefon Zana untuk berjumpa kerana hendak memberitahu rancangan yang telah Siti lakukan.
“Kauuu…ishhh, cuba sokong aku. Aku tahu apa yang aku patut lakukan. Aku ada alternatif yang bernas dan segar. Kau tunggu dan tengok hasilnya nanti. Allah sentiasa mendengar permintaan hambanya seperti aku ni”. Siti berasa geram dan pergi meninggalkan Zana yang masih terkulat-kulat menghabiskan makanannya.
“Kau pergi mana!!!? Makanan kau belum habis lagi!!! Membazirlah!!!”, teriak Zana kerana kelibat Siti sudah tak kelihatan. Zana meratah makanan yang dipesan Siti tanpa rasa bersalah. Rasa rugi kalau tak dimakan memandangkan bil bayaran Siti yang bayar, bisik hati kecil Zana.
Seorang lelaki keluar dari keretanya dan cuba menahan seorang wanita daripada masuk ke kereta yang hendak memandu pulang ke rumah. Mereka bertengkar sesama sendiri tetapi butir percakapan mereka tidak jelas didengar. Muka mereka berdua juga samar-samar. Wanita itu cuba melepaskan tangannya daripada genggaman lelaki itu namun lelaki itu bertindak kasar dengan menumbuk kepala wanita itu dan menampar muka wanita itu. Wanita itu jatuh pengsan namun masih kedengaran hembusan nafasnya. Lelaki itu cuba menyedarkan wanita itu tetapi oleh kerana lelaki itu merasa panik, dia membuat keputusan dengan melakukan perbuatan yang drastik.
Setiap kali gambaran itu menghantui tidur Siti. Namun, gambaran itu samar dan tak jelas. Entah masuk kali ke berapa, gambaran itu mula menampakkan muka lelaki dan wanita itu. Siti nampak dengan jelas seolah-olah Siti berada di waktu itu. Butir percakapan mereka juga dapat didengar dengan jelas. Siti juga menyaksikan perbuatan drastik lelaki itu cuba membunuh wanita itu hidup-hidup tanpa belas kasihan. Fikiran lelaki itu sudah dirasuk dan dihasut oleh syaitan laknatuallah. Lelaki itu menoleh kiri kanan untuk memastikan tak ada sesiapa pun yang memerhatikan perbuatannya. Setelah selesai, kereta wanita itu dipandu dan ditinggalkan di belakang sebuah stesen elektrik Salambigar dan dibakar. Manakala beg tangan wanita itu dibuang di tepi jalan kawasan Kg Rimba berhadapan dengan pasar raya Giant. Tujuannya supaya mengelirukan pihak Unit Siasatan Jenayah untuk melakukan siasatan.
Hal ini Siti laporkan kepada Unit Siasatan Jenayah untuk menangkap lelaki itu. Siti nak kematian wanita itu terbela dengan memberi hukuman yang setimpal kepada lelaki itu. Siti terus menceritakan segalanya tanpa ada satu pun yang tinggal. Kenyataan yang diberikan oleh Siti itu tersimpan kemas di dalam komputer Unit Siasatan Jenayah. Siti berharap lelaki itu ditangkap secepat yang mungkin. Pada mulanya Unit Siasatan Jenayah enggan mempercayai kenyataan Siti kerana mimpi itu mainan tidur, tetapi dengan desakan Siti agar mereka menyiasat terlebih dahulu sebelum melakukan tangkapan, Unit Siasatan Jenayah pun setuju.
Tiga minggu selepas Siti membuat laporan itu. Setiap stesen TV dan radio menyiarkan tentang berita itu. Bahkan, tak ketinggalan juga berita itu menghiasi muka depan setiap suratkhabar iaitu Media Permata, Borneo Bulletin dan Brunei Times. Tambahan lagi, laman sesawang Facebook juga dipenuhi dengan berita itu dan rata-rata pengguna Facebook menekan perkataan kongsi dan ruang komen juga dipenuhi oleh pengguna-pengguna Facebook.
Tajuk berita SEORANG PENSYARAH DITANGKAP KERANA MEMBUNUH. Isi kandungan berita itu, Haji Bakar bin Haji Harith, 49 tahun, seorang pensyarah disebuah institusi pengajian tinggi tempatan mengaku bersalah membunuh Aisyah Baheera, 29 tahun yang dilaporkan hilang oleh suaminya. Defendan mendedahkan mangsa pernah terlanggar keretanya beberapa bulan yang lepas. Defendan mengambil peluang itu dengan memberi syarat kalau mangsa menyerahkaan tubuhnya, maka mangsa tak perlu membayar kos pembaikkan kereta defendan. Mangsa enggan memenuhi syarat defendan sehingga defendan bertindak kasar dengan merogol mangsa dan menangkap gambar bogel mangsa sebagai ugutan. Defendan menawarkan mangsa menjadi perempuan simpanannya.
Sejak dari peristiwa itu defendan tak dapat menjejaki mangsa. Secara kebetulan pada hari waktu pembunuhan itu berlaku, defendan mengekori mangsa yang dipercayai menjaga sebuah rumah kawan baik mangsa, kerana kawan baik mangsa pergi ke Miri atas urusan peribadi. Defendan mendesak mangsa menjadi perempuan simpananya, namun kerana keengganan mangsa, defendan menampar muka dan menumbuk kepala mangsa hingga tak sedarkan diri. Defendan mendukung mangsa yang masih ada hembusan nafas ke belakang rumah lalu bertindak mengerat tubuh mangsa sebelum dibakar. Mayat mangsa dimasukkan ke dalam guni lalu dibuang ke dalam pembetung najis yang sedalam lima meter.
Defendan menghapuskan bukti dengan memandu kereta mangsa lalu dibakar di belakang sebuah stesen elektrik Salambigar. Manakala beg tangan mangsa dibuang di kawasan Kg Rimba berhampiran pasar raya Giant. Akibat perbuatan defendan itu, maka mahkamah menjatuhkan hukuman keatas defendan dengan denda tidak melebihi $100,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 25 tahun atau kedua-duanya sekali.
Siti yang membaca berita itu berasa puas dan lega kerana dapat menolong walaupun bukan dengan secara fizikal, bahkan dengan keyakinan Siti melakukan sembahyang Hajat dan berdoa setiap hari agar Allah SWT memberi jalan dalam menyelesaikan kes itu. Amalan berdoa merupakan suatu tuntutan yang amat digalakkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Banyak ayat-ayat Al-Quran mahupun hadith menyebut tentang galakan berdoa. Firman Allah SWT yang bermaksud : “dan Tuhanmu berfirman : berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu.” (al-Mu’min: 60). Firman-Nya lagi yang bermaksud : “berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang apa yang diminta dan cara meminta).” (al-A’raf : 55).
Manakala di antara petikan hadith yang menggalakkan amalan berdoa ialah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa itu ialah ibadat.” (Riwayat Bukhari). Hadith lain ialah Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud : “Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat, “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku…” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
Bazli dan Lisha mengucapkan terima kasih kepada Siti atas pertolongan yang dilakukan oleh Siti. Bahkan, Zana juga tak ketinggalan memuji kepintaran Siti dalam menyelesaikan kejadian itu dan meminta maaf atas kata-katanya tempoh hari. Siti hanya memberi senyuman dan membalas berdoalah kepada Allah SWT. Jangan pernah menafikan kekuasaan Allah SWT.

Siapa punya angkara?

       Assalamualaikum, saya bosan dan terfikir nak buat akaun blog saja-saja. 


     Anita terserempak dengan Mak Su yang baru saja keluar dari tandas. Mungkin mencuci kaki sebelum tidur. Mak Su terkejut apa yang dilihatnya.
“Kamu nak pergi mana malam-malam ni Anita?”.
“Keluar dengan Luthfiyah”.
“Hati-hati dalam perjalanan. Jangan lewat balik. Jaga kelakuan”.
     Hampir dua hari Mak Su tak sedap badan,pening kepala, tekak rasa loya sehingga memuntahkan isi perutnya. Bau masam menusuk ke hidung. Tidak tertahan Mak Su menghidunya menyebabkan sekali lagi Mak Su memuntahkan isi perutnya. Sinki dapur dicemari dengan lendir-lendir makanan menyebabkan sinki dapur hampir tersumbat. Pak Su memimpin Mak Su duduk dan menghulurkan segelas air putih. Pak Su terus mendesak dan membawa Mak Su pergi ke klinik untuk melakukan pemeriksaan walaupun Mak Su enggan.
     Zaiton iaitu ibu kepada Anita datang ke rumah Mak Su kerana Zaiton mendapat tahu adiknya Zainab tidak sihat melalui anaknya Anita. Zaiton terkenang kisah lalu, Anita marah dengannya lalu keluar dari rumah dan bertekad tinggal dengan Mak Su. Namun tujuan kedatangan Zaiton itu bukan itu sebenarnya, seperti dalam peribahasa ada udang disebalik batu. Sejak dari permeriksaan itu, Mak Su pun sembuh. Doktor mengesahkan Mak Su mengalami keracunan makanan dan menyarankan agar banyakkan minum air putih tujuh gelas sehari dan jaga cara pemakanan. Anita berasa gembira Mak Su sudah sihat sedia kala. Namun seminggu selepas itu, keadaan Mak Su lebih teruk dari sebelum ni. Bukan muntah biasa tapi muntah darah, sakit kepala dan lemah anggota badan. Mak Su dibawa oleh Pak Su membuat pemeriksaan tradisional dengan berjumpa ustaz Darulsyifa. Mak Su memuntahkan segala isi perutnya. Pak Su yang memerhati dari jauh merasa simpati akan nasib Mak Su. Pak Su nampak dengan jelas benda yang keluar dari mulut Mak Su. Ustaz menerangkan bahawa Mak Su terkena jenis santau tanah. Santau bertapak di dalam badan Mak Su selama lebih kurang seminggu berdasarkan benda yang dimuntahi itu masih nampak baru. Mak Su boleh dirawat namun selagi benda yang ditanam itu tidak dijumpai selagi itu santau itu akan datang balik. Apabila ustaz sampai ke rumah Mak Su, ustaz mendapati sebuah patung berbalut kain putih dan ada bekas kesan-kesan darah tertanam di kawasan penyidaian pakaian.
    “Apa jenis adik kau ni sampai sanggup tak pinjamkan aku duit!. Tak berguna lansung!. Lebih baik kau mati dengan duit yang kau simpan tu! Kau pergi mampus!”. Jerkahan Zaiton sewaktu melawat Mak Su berlegar-legar di fikiran Mak Su. Tak mustahil Zaiton yang santau aku, sebab memang dari dulu lagi dia tak suka aku, bisik Mak Su dalam hati. Anita balik semula ke rumahnya sebab takut terpalit santau yang ditanam di rumah Mak Su. Zaiton tercengang akan kepulangan Anita. Zaiton mencadangkan anaknya Anita menjaga Mak Su buat sementara waktu kerana simpatinya terhadap adiknya itu. Namun Anita enggan dan berasa hairan bukankah ibunya benci sangat dengan Mak Su, buat apa rasa kasihan, bukankah itu yang ditunggu-tunggu oleh ibunya untuk melihat adiknya sengsara. Tanpa soal selidik Anita menuduh ibunya secara melulu bahawa ibunya yang menyantau Mak Su. Zaiton berasa berang dan menampar Anita. Sejahat-jahat Zaiton , dia tak sampai hati berbuat begitu terhadap adiknya sendiri.
         Kedatangan Zaiton ke rumah Mak Su menimbulkan rasa curiga Mak Su. Zaiton datang meminta maaf akan jerkahannya tempoh hari dan menasihati Mak Su banyakkan berehat. Zaiton menghirup segelas kopi yang dihidangkan sebelum pulang. Zaiton tumbang di beranda rumah Mak Su. Di hospital doktor mengesahkan Zaiton sudah meninggal kerana keracunan. Polis membuat siasatan terhadap Mak Su. Mak Su menceritakan segala-galanya. Mak Su juga merasa bersalah dan berdosa kerana sewaktu membuat kopi Mak Su mencarut dan berdoa supaya Zaiton mati cepat. Tak disangka Allah makbulkan permintaannya itu dengan cepat. Tetapi yang memberi musykil siapa bubuhkan racun dan sanggup bunuh Zaiton. Sejak kematian Zaiton, perangai Anita semakin menjadi-jadi. Keluar rumah dan pulang larut malam. Puas Mak Su nasihat agar jangan balik lewat. Tapi nasihat itu seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Namun, Anita lansung tidak menghiraukannya. Malam itu Anita sampai ke rumah pukul dua pagi. Alasan Anita, Anita terlelap di rumah kawannya, bila sedar saja sudah pukul dua, Anita terus balik ke rumah. Mak Su sudah lama nak tegur perangai Anita tapi Mak Su nak tengok manalah tahu Anita berubah, tapi tak. Malam sewaktu Anita balik lewat itu Mak Su berasa marah sebab Anita itu dibawah tanggungannya. Mak Su sayang Anita seperti anak sendiri. Tapi lain pula jadinya, Anita mengamuk dan mencekik leher Mak Su. Mak Su kalah dan tiada kudrat melawan Anita. Anita waktu itu bukan macam dirinya. Macam orang kerasukan. Anita mencarut sehingga rahsia yang disimpan olehnya bocor kerana keterlanjurannya.                       
     “ Anita benci semua orang yang tak faham perasaan Anita. Anita sanggup bunuh ibu Anita sendiri. Inikan pula Mak Su”, teriak Anita sambil tangannya cuba menggarap pasu bunga yang berdekatan. Darah mengalir dari dahi Mak Su. Pak Su yang lena diulit mimpi tersedar apabila terdengar teriakan dari ruang tengah. Pak Su menampar Anita yang seperti orang tidak waras, Anita ketawa berdekah-dekah.
    “Anita benci dan tak suka apabila setiap kali Anita keluar malam, Mak Su akan pesan jangan lewat balik dan jaga kelakuan. Fikiran Mak Su sempit. Keluar malam dan lewat balik bukan bermaksud Anita buat benda tak elok. Anita nak kebebasan dan ketenangan. Anita sanggup santau Mak Su dan bubuh racun dalam kopi ibu sendiri. Ibu tak bagi Anita wang. Anita minta wang untuk beli barang yang Anita nak. Ibu kata Anita akan gunakan wang beli benda yang tak elok. Bukan itu saja, Anita rasa tercabar apabila ibu tampar Anita sedangkan Anita ni anak kandungnya sendiri sebab Anita sengaja tuduh ibu santau Mak Su. Saat itulah Anita susun strategi nak hapuskan ibu dan orang yang tak faham kehendak Anita”. Anita meracau-racau dan mencapai serpihan pasu untuk menyelar urat di pergelangan tanganya namun sempat dihalang oleh Pak Su. Sudah masuk seminggu Anita di masukkan ke dalam wad psikiatri untuk rawatan tekanan jiwa. Mak Su dan Pak Su berharap Anita pulih sedia kala.