Saturday, 3 December 2016

Siapa punya angkara?

       Assalamualaikum, saya bosan dan terfikir nak buat akaun blog saja-saja. 


     Anita terserempak dengan Mak Su yang baru saja keluar dari tandas. Mungkin mencuci kaki sebelum tidur. Mak Su terkejut apa yang dilihatnya.
“Kamu nak pergi mana malam-malam ni Anita?”.
“Keluar dengan Luthfiyah”.
“Hati-hati dalam perjalanan. Jangan lewat balik. Jaga kelakuan”.
     Hampir dua hari Mak Su tak sedap badan,pening kepala, tekak rasa loya sehingga memuntahkan isi perutnya. Bau masam menusuk ke hidung. Tidak tertahan Mak Su menghidunya menyebabkan sekali lagi Mak Su memuntahkan isi perutnya. Sinki dapur dicemari dengan lendir-lendir makanan menyebabkan sinki dapur hampir tersumbat. Pak Su memimpin Mak Su duduk dan menghulurkan segelas air putih. Pak Su terus mendesak dan membawa Mak Su pergi ke klinik untuk melakukan pemeriksaan walaupun Mak Su enggan.
     Zaiton iaitu ibu kepada Anita datang ke rumah Mak Su kerana Zaiton mendapat tahu adiknya Zainab tidak sihat melalui anaknya Anita. Zaiton terkenang kisah lalu, Anita marah dengannya lalu keluar dari rumah dan bertekad tinggal dengan Mak Su. Namun tujuan kedatangan Zaiton itu bukan itu sebenarnya, seperti dalam peribahasa ada udang disebalik batu. Sejak dari permeriksaan itu, Mak Su pun sembuh. Doktor mengesahkan Mak Su mengalami keracunan makanan dan menyarankan agar banyakkan minum air putih tujuh gelas sehari dan jaga cara pemakanan. Anita berasa gembira Mak Su sudah sihat sedia kala. Namun seminggu selepas itu, keadaan Mak Su lebih teruk dari sebelum ni. Bukan muntah biasa tapi muntah darah, sakit kepala dan lemah anggota badan. Mak Su dibawa oleh Pak Su membuat pemeriksaan tradisional dengan berjumpa ustaz Darulsyifa. Mak Su memuntahkan segala isi perutnya. Pak Su yang memerhati dari jauh merasa simpati akan nasib Mak Su. Pak Su nampak dengan jelas benda yang keluar dari mulut Mak Su. Ustaz menerangkan bahawa Mak Su terkena jenis santau tanah. Santau bertapak di dalam badan Mak Su selama lebih kurang seminggu berdasarkan benda yang dimuntahi itu masih nampak baru. Mak Su boleh dirawat namun selagi benda yang ditanam itu tidak dijumpai selagi itu santau itu akan datang balik. Apabila ustaz sampai ke rumah Mak Su, ustaz mendapati sebuah patung berbalut kain putih dan ada bekas kesan-kesan darah tertanam di kawasan penyidaian pakaian.
    “Apa jenis adik kau ni sampai sanggup tak pinjamkan aku duit!. Tak berguna lansung!. Lebih baik kau mati dengan duit yang kau simpan tu! Kau pergi mampus!”. Jerkahan Zaiton sewaktu melawat Mak Su berlegar-legar di fikiran Mak Su. Tak mustahil Zaiton yang santau aku, sebab memang dari dulu lagi dia tak suka aku, bisik Mak Su dalam hati. Anita balik semula ke rumahnya sebab takut terpalit santau yang ditanam di rumah Mak Su. Zaiton tercengang akan kepulangan Anita. Zaiton mencadangkan anaknya Anita menjaga Mak Su buat sementara waktu kerana simpatinya terhadap adiknya itu. Namun Anita enggan dan berasa hairan bukankah ibunya benci sangat dengan Mak Su, buat apa rasa kasihan, bukankah itu yang ditunggu-tunggu oleh ibunya untuk melihat adiknya sengsara. Tanpa soal selidik Anita menuduh ibunya secara melulu bahawa ibunya yang menyantau Mak Su. Zaiton berasa berang dan menampar Anita. Sejahat-jahat Zaiton , dia tak sampai hati berbuat begitu terhadap adiknya sendiri.
         Kedatangan Zaiton ke rumah Mak Su menimbulkan rasa curiga Mak Su. Zaiton datang meminta maaf akan jerkahannya tempoh hari dan menasihati Mak Su banyakkan berehat. Zaiton menghirup segelas kopi yang dihidangkan sebelum pulang. Zaiton tumbang di beranda rumah Mak Su. Di hospital doktor mengesahkan Zaiton sudah meninggal kerana keracunan. Polis membuat siasatan terhadap Mak Su. Mak Su menceritakan segala-galanya. Mak Su juga merasa bersalah dan berdosa kerana sewaktu membuat kopi Mak Su mencarut dan berdoa supaya Zaiton mati cepat. Tak disangka Allah makbulkan permintaannya itu dengan cepat. Tetapi yang memberi musykil siapa bubuhkan racun dan sanggup bunuh Zaiton. Sejak kematian Zaiton, perangai Anita semakin menjadi-jadi. Keluar rumah dan pulang larut malam. Puas Mak Su nasihat agar jangan balik lewat. Tapi nasihat itu seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Namun, Anita lansung tidak menghiraukannya. Malam itu Anita sampai ke rumah pukul dua pagi. Alasan Anita, Anita terlelap di rumah kawannya, bila sedar saja sudah pukul dua, Anita terus balik ke rumah. Mak Su sudah lama nak tegur perangai Anita tapi Mak Su nak tengok manalah tahu Anita berubah, tapi tak. Malam sewaktu Anita balik lewat itu Mak Su berasa marah sebab Anita itu dibawah tanggungannya. Mak Su sayang Anita seperti anak sendiri. Tapi lain pula jadinya, Anita mengamuk dan mencekik leher Mak Su. Mak Su kalah dan tiada kudrat melawan Anita. Anita waktu itu bukan macam dirinya. Macam orang kerasukan. Anita mencarut sehingga rahsia yang disimpan olehnya bocor kerana keterlanjurannya.                       
     “ Anita benci semua orang yang tak faham perasaan Anita. Anita sanggup bunuh ibu Anita sendiri. Inikan pula Mak Su”, teriak Anita sambil tangannya cuba menggarap pasu bunga yang berdekatan. Darah mengalir dari dahi Mak Su. Pak Su yang lena diulit mimpi tersedar apabila terdengar teriakan dari ruang tengah. Pak Su menampar Anita yang seperti orang tidak waras, Anita ketawa berdekah-dekah.
    “Anita benci dan tak suka apabila setiap kali Anita keluar malam, Mak Su akan pesan jangan lewat balik dan jaga kelakuan. Fikiran Mak Su sempit. Keluar malam dan lewat balik bukan bermaksud Anita buat benda tak elok. Anita nak kebebasan dan ketenangan. Anita sanggup santau Mak Su dan bubuh racun dalam kopi ibu sendiri. Ibu tak bagi Anita wang. Anita minta wang untuk beli barang yang Anita nak. Ibu kata Anita akan gunakan wang beli benda yang tak elok. Bukan itu saja, Anita rasa tercabar apabila ibu tampar Anita sedangkan Anita ni anak kandungnya sendiri sebab Anita sengaja tuduh ibu santau Mak Su. Saat itulah Anita susun strategi nak hapuskan ibu dan orang yang tak faham kehendak Anita”. Anita meracau-racau dan mencapai serpihan pasu untuk menyelar urat di pergelangan tanganya namun sempat dihalang oleh Pak Su. Sudah masuk seminggu Anita di masukkan ke dalam wad psikiatri untuk rawatan tekanan jiwa. Mak Su dan Pak Su berharap Anita pulih sedia kala.

No comments:

Post a Comment