Bab 7 mengisahkan perkahwinan raja Melaka dan Raden Emas Ayu di
Majapahit. Namu tumpuan penceritaan lebih kepada percubaan-percubaan Patih
Gajah Mada dan Betara Majapahit ingin membunuh Hang Tuah. Raja Melaka
menyembahkan emas belanja kepada Betara Majapahit yang dibawa oleh Tun Utama,
Patih Kerma Wijaya, Tun Bija Sura, Tun Ratna Diraja. Kedatangan mereka ke
istana disambut oleh Betara Majapahit. Patih Gajah Mada menyembahkan titah
Betara Majapahit kepada Raja Melaka agar Raja Melaka memulakan malam
berjaga-jaga. Patih Gajah Mada menitahkan penjurit yang pandai bermain tombak
dan pertikaman untuk membunuh Hang Tuah. Maka penjurit itu pun mencabar Hang
Tuah bertikaman.
Dalam mereka bertikam itu, Patih Gajah Mada berpura-pura menghalang dan memegang penjurit. Melihat hal
ini Hang Jebat menyuruh Patih Gajah Mada melepaskan penjurit itu. Betara
Majapahit berasa malu lalu menyuruh Patih Gajah Mada melepaskan saja penjurit
itu. Hang Tuah berjaya menikam dada penjurit itu sehingga mati. Untuk menutup
tembelang, Betara Majapahit berpura-pura berterima kasih dan memberi anugerah
kepada Hang Tuah kerana jika tidak dibunuh, mungkin penjurit itu mengamuk naik
ke peseban dan membunuh baginda.
Gelisah dengan kejadian, raja Melaka kembali ke istananya. Raden
aria lalu menyusul dan menghadap raja Melaka serta memberi penjelasan bahawa
semua yang berlaku adalah permainan Patih Gajah Mada. Kemudian Patih Gajah Mada
pula menyusul dan mengadap raja Melaka serta beterima kasih kepada Hang Tuah.
Dengan sinis Hang Tuah menegaskan bahawa penjurit itu lawan yang mudah sahaja,
jika penggawa Majapahit sekalipun akan dihadapi Hang Tuah dengan mudah. Patih
Gajah Mada tersipu-sipu malu mendengar kata-kata Hang Tuah lalu memohon pulang.
Raja Melaka datang mengadap ke istana Betara Majapahit, maka
terdengarlah penjurit Taming Sari mengamuk dan membunuh raja-raja dan
pembesar-pembesar istana. Betara Majapahit membawa raja Melaka masuk ke istana.
Menyedari raja Melaka telah selamat masuk ke istana, Hang Tuah lalu berdepan
dengan Taming Sari. Hang Tuah menikam Taming Sari tetapi tidak lut. Hang Tuah
berfirasat keris itulah punca tikaman tidak mengenai tubuh Taming Sari lalu
Hang Tuah cuba berikhtiar mengambil keris itu.
Hang Tuah mengajak Taming Sari bergabung untuk mengamuk dan merebut
kuasa kerajaan Majapahit. Tanpa sedikit kesangsian Taming Sari bersetuju dengan
rancangan Hang Tuah. Hang Tuah memberikan keris baharu yang lebih kukuh kepada
Taming Sari dan mengatakan keris Taming Sari kurang kukuh. Taming Sari percaya
kepada Hang Tuah lalu menyerahkan kerisnya. Sebaik sahaja mendapat keris itu,
Hang Tuah terus menyerang Taming Sari sehingga tewas. Mayat Taming sari
digantung di tengah pasar. Hang Tuah menyembahkan keris Taming sari ke hadapan
Betara Majapahit. Betara Majapahit menganugerahkan keris Taming sari kepada
Hang Tuah.
Dengan perkenan raja Melaka, Betara Majapahit menganugerahkan Hang
Tuah gelaran Laksamana dan menganugerahkan sungai Jemaja. Sekembali di istana
raja Melaka menjamu pembesar-pembesarnya dan memerintahkan agar Laksamana Hang
Tuah makan sehidangan bersama Tun Bija Sura, Tun Utama dan Patih Kerma Wijaya
kerana sudah setaraf selaku Laksamana. Kemudian muncul pula Patih Gajah Mada
menjunjung Raja Melaka agar berangkat ke majlis persandingan esok hari. Dalam
pada itu, Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit terus merancang membunuh Hang
Tuah. Sebaik sahaja majlis pernikahan dan persandingan diraja selamat
disempurnakan, Hang Tuah 5 sahabat berguru kepada Sang Persata Nala di gunung
Wirana Pura.
Beberapa hari berjalan, mereka terjumpa ajar-ajar di kaki gunung.
Ajar-ajar itu memberitahu ada juga 70 orang anak raja-raja ingin berguru tetepi
tidak diajar apatah lagi Hang Tuah 5 sahabat. Hang Tuah reda jika tidak diajar
asalkan dia dapat bertemu dengan Sang Persata Nala. Maka sampailah Hang Tuah 5
sahabat ke dukuh Sang Persata Nala. Sang Persata Nala menyuruh Hang Tuah 5
sahabat makan apa saja buah yang ada di dukuh itu. Sang Persata Nala mengajar
ilmu penjurit dan hulubalang dan memberikan lebih keistimewaan kepada Hang
Tuah.
Sang Persata Nala berpesan kepada Hang Tuah agar tidak mengajarkan
ilmunya kepada sesiapa sahaja dan jika dilanggar akan mendatangkan kebinasaan.
Sang Persata Nala memberitahu Hnag Jebat bahawa dia akan beroleh kebesaran
kembali dari Majapahit dan akan mati kerana senjata, Hang Kasturi akan beroleh
kebesaran tetapi tidak kekal menjadi
hulubalang, Hang Lekiu dan Hang Lekir akan digelar oleh raja dan tiada dapat
bercerai daripada raja. Selesai berguru Hang Tuah 5 sahabat kembali ke
Majapahit. Ketiadaan mereka menimbulkan rasa kehairanan Patih Gajah Mada lalu
Hang Tuah 5 sahabat berbohong mengatakan mereka jatuh sakit. Raden Aria tahu
Hang Tuah 5 sahabat berguru kepada Sang Persata Nala.
Pancapersada yang dibina oleh Patih Gajah Mada telah siap lau
dimandikan pula Raja Melaka dan Raden Emas Ayu didalamnya. Apabila tiba masa
untuk makan minum Seri Betara Majapahit memberi Hang Tuah minum arak tetapi
Hang Tuah tidak merasa mabuk manakala yang lain sudah merasa mabuk. Patih Gajah
Mada merasa hairan akan Hang Tuah itu tiada mabuk.
WATAK
Patih Gajah Mada ,Seri Betara Majapahit, Patih Kerma Wijaya, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang Lekir, Raja Melaka, Raden Emas Ayu, Tun Utama, Tun Bija Sura, Tun
Ratna Diraja, Raden Aria, Perajurit, Taming Sari, Ajar-ajar
LATAR TEMPAT
Majapahit,Gunung Wirana Pura,Dukuh