Bab 5 ini mengisahkan mengenai Raja Melaka yang menghantar utusan
peminangan terhadap negeri Inderapura dan Majapahit. Pertama, Raja Melaka
menitahkan Tun Utama dan Tun Bija Sura pergi ke Inderapura untuk meminang Tun
Teja, anak kepada Bendahara Seri Buana. Tetapi Tun Teja menolak pinangan itu
dengan alasan Tun Teja berasa dirinya tidak sekufu dengan Raja Melaka, kerana
Raja Melaka merupakan Raja berketurunan keinderaan(kayangan), sedangkan Tun
Teja hanyalah anak kepada Bendahara Seri Buana. Walaupun Tun Teja telah
berkali-kali dipujuk oleh ayahnya (Bendahara Seri Buana) dan Raja Inderapura ,
namun Tun Teja tetap dengan keputusannya.
Raja Melaka merasa kecewa. Patih Kerma Wijaya mencadangkan Raja Melaka menghantar rombongan utusan peminangan ke Majapahit. Dengan
perkenan, raja Melaka menghantar Patih Kerma Wijaya , Hang Tuah, Hang Jebat,
Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir ke Majapahit untuk meminang Raden Emas
Ayu. Betara Majapahit (ayah kepada Raden Emas Ayu) menitahkan 60 orang
perajurit untuk mengamuk di hadapan rombongan peminangan dari Melaka dengan
tujuan menguji keberanian rombongan itu. Rombongan peminangan dari Melaka itu
tidak mengendahkan pengamuk itu sehingga rombongan itu sampai ke tempat Betara Majapahit.
Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada menyambut kedatangan rombongan
itu dengan baik. Betara Majapahit kasih akan Hang Tuah lalu menjadikan Hang
Tuah sebagai Penggawa Agung iaitu taraf kedudukan selepas Patih Gajah Mada.
Alkisah, Hang Tuah telah mengenal pasti kuda dari bingkisan Sang Jaya Nantaka
(raja di Benua Keling) itu berpenyakit. Hang Tuah mengatakan kuda itu
berpenyakit kerana mewarisi tabiat kerbau, apabila merasa kelelahan akan
mencari sungai untuk berkubang. Orang Kaya Sang Perdana Setia dan Sang Ratna
Setia dari Benua Keling merasa marah mendengar kata-kata Hang Tuah itu.
Orang Kaya Sang Perdana Setia
dan Sang Ratna Setia menafikan kuda itu berpenyakit, lalu Hang Tuah bertaruh
dengan mereka berdua, jika kata-kata Hang Tuah itu benar , akan dipenggal leher
Orang Kaya Sang Perdana Setia dan Sang Ratna Setia. Ternyata kata-kata Hang
Tuah itu benar, Hang Tuah telah menaiki dan membawa kuda itu ke tengah padang,
kuda itu merasa lelah dan terjun ke sungai untuk berkubang dan serta-merta Hang
Tuah melompat turun dari kuda itu. Orang Kaya Sang Perdana Setia dan Sang Ratna
Setia merasa takut lalu meminta ampun kepada Hang Tuah. Atas permintaan Betara
Majapahit, Hang Tuah Berjaya mengubati penyakit kuda itu dengan memberi makan
ubat selama 7 hari.
Rombongan Melaka telah kembali ke Melaka dengan membawa utusan
Majapahit yang terdiri daripada Raden Aria sebagai rajadutanya, Demang Gajah
Pertala sebagai upadutanya, manakala Rangga dan Temandera sebagai jejenang.
WATAK
Raja Melaka ,Raden Emas Ayu ,Betara Majapahit,Tun Teja, Patih Gajah Mada ,Tun Bija Sura , Bendahara Paduka Raja, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang Lekir, 60 orang perajurit, Sang Ratna Setia, Demang Gajah Pertala, Temandera, Bendahara Seri Buana, Raja Inderapura, Tun Utama, Patih kerma Wijaya, Orang kaya Sang Perdana Setia, Raden Aria, Rangga
LATAR TEMPAT
Melaka, Inderapura ,Majapahit, Benua Keling, Padang Sungai
No comments:
Post a Comment