Raja Melaka menitahkan Bendahara dan Temenggung mengarang surat
meminta Sang Jaya Nantaka menjadi raja muda di Melaka. Setelah siap, Bendahara
dan Temenggung pergi ke Bukit Seguntang bagi menghantar surat itu,. Surat itu
disambut oleh Sang Sapurba. Sang Sapurba memanggil Sang Jaya Nantaka dan
menyetujui agar Sang Jaya Nantaka menjadi raja muda lalu hal ini disembahkan
kepada isteri baginda. Maka Bendahara dan Temenggung pun mengiringi Sang Jaya
Nantaka. Raja menitahkan Bendahara dan Temenggung membina istana untuk Sang
Jaya Nantaka, istana itu pun siap dalam 40 hari.
Tetapi Hang Tuah berfirasat selama 40 hari Sang Jaya Nantaka
dimurkai oleh raja Melaka setelah tinggal didalam istana itu. Sang Jaya Nantaka
tinggal di dalam istana itu dan ramai juga pegawai dan pertuanan kasih akan
raja muda. Dalam beberapa hari, orang dengki menyembahkan kepada raja Melaka
bahawa raja muda sekarang ingin merampas kedudukan baginda. Raja Melaka murka
lalu menitahkan Temenggung dan Bendahara untuk membunuh raja muda tetapi
Bendahara memberi cadangan raja muda itu dimakzulkan dari takhta. Raja Melaka
menyetujuinya. Tetapi raja muda lebih rela dibuang dan sekarang berbuat rumah
hampir Kg Bendahara dan menjadi nelayan di kuala Melaka.
Alkisah, di Benua Keling ada seorang saudagar kaya bernama
Parmadewan, tahu ilmu nujum dan sasterawan, mempunyai 3 orang anak – Parmadesa,
Pudingga, Parmadian. Parmadewan melihat dalam nujumnya di tanah melayu sekarang
ada raja yang mempunyai 4 orang anak. Maka Parmadewan berfikir didalam hatinya,
lebih baik dia jadikan salah satu anak raja itu menjadi raja di Benua Keling
yang tiada raja ini. Maka Parmadewan belayar menuju ke Kuala Melaka .
Dilihatnya dari antara perahu nelayan yang banyak itu ada perahu anak raja yang
sedang mengail. Parmadewan menjemput Sang Jaya Nantaka naik ke perahunya dan
Parmadewan bersujud agar Sang Jaya Nantaka mahu dijadikan raja di Benua Keling.
Maka Parmadewan datang bersembah didepan Bendahara untuk
menyampaikan bahawa dia ingin berjumpa dengan raja Melaka. Parmadewan disambut
oleh menteri-menteri dengan kenaikan gajah dan dijamu makan minum bersama raja
Melaka dan pegawai-pegawai tua. Dalam beberapa hari, Parmadewan datang ke Kg
Bendahara menyembahkan hajatnya yang ingin menjadikan Sang Jaya Nantaka menjadi
raja di Benua Keling. Bendahara menyetujuinya manakala Hang Tuah dan Sang Jaya
Nantaka yang baru datang juga setuju. Maka Hang Tuah menyembahkan hal ini
kepada raja Melaka dan raja Melaka menyetujuinya.
Maka Sang Jaya Nantaka dan Parmadewan belayar ke Benua Keling. Dalam
pelayaran itu mereka dihadang oleh 13 buah kapal armada Feringgi. Oleh kerana
didalam kapal Parmadewan ada raja maka armada Feringgi mengalah dan dibawa ke
Benua Keling ditawan. Dalam beberapa hari tinggal di istana Sang Jaya Nantaka
telah mengelar Parmadewan sebagai Bendahara Mangkubumi, Parmadesa sebagai
Paduka Raja, Pudinga sebagai Maharaja Indera, Parmadian sebagai Maharaja Indera
Bongsu dan mereka bertiga diberi negeri sebuah seorang. Kapitan Feringgi diberi
gelaran sebagai Seri Nala Sang Guna Setia Negara, raja di Kuala Vijaya Nagaram
dan bertugas menjaga keamanan dan mengutip cukai perniagaan.
WATAK
Bendahara Paduka Raja, Temenggung Seri Sarwa Diraja, Raja Melaka, Sang Sapurba, Sang Jaya Nantaka, Tun Bija Sura, Adipati Palembang, Hang Tuah,Hang Jebat, Hang kasturi, Tun Mat, Parmadewan,Parmadesa,Pudingga,Parmadian, Tun Ratna Bijaya, Tun Ratna
Diraja, Pegawai-pegawai,
Pertuanan, Nakhoda Kapal, Nelayan-nelayan
LATAR TEMPAT
Melaka, Bukit Seguntang, Palembang ,Balai gendang, Benua Keling, Kuala Melaka
No comments:
Post a Comment