Bab 6 mengisahkan rombongan utusan peminangan selamat kembali dari
Majapahit. Utusan dari Majapahit juga pergi ke Melaka menyembahkan surat kepada
raja Melaka agar raja belayar ke Majapahit secepat mungkin untuk melansungkan
perkahwinan. Maka raja menitahkan Bendahara dan Hang Tuah mendirikan kenaikan.
Kenaikan Kota Segara dibina. Maka raja serta Hang Tuah 5 sahabat serta pegawai
yang muda mengiringkan raja menaiki Kota Segara menuju ke Majapahit. Kenaikan
Mendam Berahi dinaiki oleh Patih kerma Wijaya dan Tun Bija Sura. Manakala Bendahara
dan Temenggung dititahkan raja Melaka untuk menjaga negeri Melaka selama
baginda di Majapahit.
Sebelum berangkat, Bendahara sempat berpesan kepada Hang Tuah untuk
menjaga dan sentiasa bersama raja walaupun dimana kerana Bendahara takut akan
tipu muslihat Patih Gajah Mada. Sebelum itu rombongan singgah ke Palembang,
Jayakarta dan Tuban. Orang suruhan Betara Majapahit kebetulan datang ke Tuban
untuk memeriksa kedatangan raja Melaka. Maka raja menitahkan orang suruhan itu
menyembahkan dalam beberapa hari lagi mereka akan sampai. Dalam lama belayar
itu rombongan raja Melaka sampai ke Majapahit dan segera menghadap Betara
Majapahit. Raja Melaka tinggal di istana berhampiran Kg Patih Gajah Mada.
Betara Majapahit memanggil
Patih Gajah Mada dan berasa bimbang jika raja Melaka membawa anaknya Raden Emas
Ayu pulang ke Melaka untuk selama-lamanya. Maka Betara Majapahit dan Patih
Gajah Mada merancang untuk mengenai Hang Tuah itu supaya raja Melaka tidak
dapat pulang ke Melaka. Betara Majapahit memberi sisa minumannya pada Hang Tuah
tetapi Hang Tuah tahu akan muslihat Betara Majapahit. Oleh kerana
kebijaksanaannya arak itu seperti air diminumnya, tidak merasa mabuk. Maka
Patih Gajah Mada beranggapan dengan Hang Tuah menari. Maka Hang Tuah pun
menari.
Perajurit yang diupah oleh Patih Gajah Mada untuk menikam Hang Tuah
ketika menari tidak sanggup membunuh Hang Tuah sebaik sahaja melihat kehebatan
tari silat Hang Tuah. Walaubagaimanapun Patih Gajah Mada berjanji kepada Betara
Majapahit akan mencari penjurit kepetangan.
WATAK
Raja Melaka, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang Lekir, Hang
Kamar, Hang Syamsu, Bendahara Paduka Raja,Temenggung Seri Sarwa, Adipati Palembang&Tuban &Jayakarta, Tun Bija Sura, Tun Ratna
Diraja, Raden Aria, Patih Kerma Wijaya, Barit Ketika, Demang Gajah Pertala, Rangga, Temandera, Dang Condong&Anum&Ratna Cendera Mendani
LATAR TEMPAT
Melaka, Majapahit, Tuban,Jayakarta,Palembang
No comments:
Post a Comment