Bab ini mengisahkn Hang Tuah
5 sahabat menjadi biduanda istana kepada raja Bentan. Kisah bermula Hang Tuah
anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merdu pindah ke Bentan untuk mencari rezeki.
Sebelum mereka pergi, pada waktu malam Hang Mahmud bermimpi cahaya bulan
melimpahi atas kepala Hang Tuah lalu hal ini diceritakannya kepada isterinya Dang Merdu. Pada hari siangnya Dang
Merdu memandikan, memberi makan nasi kunyit dan telur ayam kepada Hang Tuah.
Hang Mahmud berpesan kepada isterinya untuk menjaga Hang Tuah kerana tanda
mimpi itu menunjukkan Hang Tuah kelak menjadi orang besar.
Hang Mahmud sekeluarga sampai ke Bentan , membuat rumah dan membuka
kedai berhampiran dengan Kg Bendahara. Hang Mahmud menghantar Hang Tuah belajar
bahasa Keling, Siam, Cina dan Jawa dari setiap lebai sehingga hampir 12 buah
bahasa Hang Tuah pelajari. Pada umur 10 tahun Hang Tuah telah berkawan dengan
Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir dan mereka minta izin dari
ibu bapa mereka untuk belayar ke Pulau Tinggi mencari rezeki. Mereka dibekalkan
dengan beras 10 gantang seorang. Dalam pelayaran itu, mereka bertembung dengan
3 buah sampan lanun. Hang Tuah turun di pulau itu untuk memudahkan mereka
menentang lanun-lanun itu.
Dalam mereka bertikam itu, lanun 10 orang lari menyelamatkan diri
manakala yang cedera dibawa oleh Hang Tuah 5 sahabat ke perahu mereka dan
mereka merampas sampan lanun yang tinggal sebuah itu. Hnag Tuah 5 sahabat
belayar menuju ke Singapura apabila penghulu lanun mengejar mereka. Dengan
takdir Allah, Batin Singapura keluar dari selat Singapura dengan 7 buah lading
ingin menuju ke Bentan telah menolong Hang Tuah 5 sahabat daripada dikejar
musuh. Sampan musuh berundur kebelakang apabila dilihatnya Hang Tuah 5 sahabat
ditolong oleh Batin Singapura. Hang Tuah 5 sahabat menceritakan hal mereka yang
bertikam dengan musuh terhadap Batin Singapura.
Hang Tuah 5 sahabat minta izin dari Batin Singapura untuk pulang ke
Bentan. Batin Singapura pula datang ke Bentan menyembahkan kepada Bendahara
bahawa musuh ingin merompak ke Palembang dan Batin juga menceritakan mengenai
Hang Tauh 5 sahabat yang bertikam dengan musuh itu. Saat Batin Singapura ingin
pulang menuju ke sampannya, Hang Tuah 5 sahabat menegur Batin Singapura lalu
membawa masuk ke kedai bapa Hang Tuah. Hang Tuah 5 sahabat berguru kepada Sang
Aria Putera di Bukit Pancalusa 7 hari. Sang Aria Putera berfirasat bahawa
mereka akan menjadi pembesar istana dan akan dikasihi oleh raja tetapi ada
pembesar-pembesar istana akan dengki akan mereka.
Sang Aria Putera mengajar Hang Tuah 5 sahabat ilmu hulubalang. Sebelum Hang Tuah 5 sahabat pulang, Sang Aria Putera memberitahu dia mempunyai saudara Raden Aria Sina di Majapahit, Sang Persata Nala bertapa di gunung Wirana Pura dan menyuruh Hang Tuah 5 sahabat untuk berguru daripada mereka kelak. Batin Singapura sekali lagi datang menyembah kepada Bendahara memberitahu akan Hang Tuah itu anak Hang Mahmud dan Dang Merdu. Apabila didengar oleh Bendahara, maka Bendahara menyuruh Hang Mahmud mengadapnya dan menanyakan di mana Hang Tuah sekarang. Hang Mahmud mengatakan Hang Tuah sedang ambil kayu api di bukit.
Bendahara berpesan kepada Hang Mahmud, apabila Hang Tuah balik kelak dia ingin berjumpa dengan Hang Tuah. Setelah pulang, Hang Mahmud menceritakan kepada isterinya Dang Merdu akan hal dia berjumpa dengan Bendahara itu. Maka mereka yakin bahawa mimpi Hang Mahmud itu akan terjadi kelak ( Hang Tuah menjadi hamba raja ). Hang Tuah 5 sahabat telah pulang dari berguru. Saat Hang Tuah membelah kayu api, pengamuk datang menyerang Hang Tuah lalu Hang Tuah menetak kepala pengamuk itu lalu mati. Hal ini didengar oleh Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir lalu mereka berlari mendapatkan Hang Tuah.
Saat Hang Tuah 5 sahabat berbual-bual dirumahnya Hang Tuah, gempar di tengah pasar ada 4 orang pengamuk di Kg Bendahara Paduka Raja. Saat itu, Bendahara ingin menuju ke istana tetapi dihalang oleh 4 orang pengamuk. Pengawal-pengawal yang mengiringkan Bendahara berlari menyelamatkan diri. Apabila dilihat oleh Hang Tuah 5 sahabat akan 4 orang pengamuk itu, maka Hang Tuah 5 sahabat berlari didepan Bendahara dan Temenggung untuk menggembari pengamuk itu. Bendahara membawa Hang Tuah 5 sahabat dan Hang Mahmud ke balai dan Bendahara menjadikan Hang Tuah 5 sahabat sebagai anak angkatnya.
Isteri Bendahara telah memanggil ibu Hang Tuah(Dang Merdu), Hang Jebat(Dang Bawa), Hang Kasturi(Dang Sekanda), Hang Lekir(Dang Hebah) dan Hang Lekiu(Dang Seri). Pada ketika itu biduanda memberitahu Bendahara bahwa raja ingin berjumpa. Bendahara menyembahkan kepada raja hal yang berlaku di pasar tadi dan raja merasa takjub lalu menitahkan Bendahara untuk melantik budak 5 orang itu menjadi biduanda istana. Alkisah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Tun Mat pergi berburu di Pulau Biram Dewa. Mereka banyak beroleh dalam pemburuan itu dan juga beroleh banyak buah-buahan.
Dalam berburu itu, Hang Tuah terjumpa setandan pisang yang masak, di celah pisang itu ada ular cintamani lalu disimpannya didestarnya. Mereka semua pun pulang dari berburu. Ular cintamani itu diberinya kepada Bendahara Paduka Raja. Raja menitahkan biduanda
memanggil Bendahara dan Hang Tuah 5 sahabat ke istana, Hang Tuah 5 sahabat
diberi keris oleh raja dan dijadikan biduanda.
WATAK
Hang Tuah, Hang Mahmud, Dang Merdu, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang Lekir, Bendahara Paduka Raja, Temenggung Seri Sarwa, Raja Bentan, Lanun-lanun, Tun Mat, Isteri Bendahara, Dang Bawa, Dang Sekanda, Dang Hebah dan Dang Seri, Ular Cintamani, Pengamuk-pengamuk, Sang Aria Putera, Lebai keling, Siam, Cina dan
Jawa. Batin
Singapura
LATAR TEMPAT
Kg Sungai Duyung, Bentan, Pulau Tinggi, Bukit Pancalusa, Palembang, Istana, Pasar, Kg
Bendahara, Pulau
Biram Dewa, Singapura
No comments:
Post a Comment