BAB 28 (KERAJAAN MELAKA JATUH)
Kapal Feringgi datang ke Melaka hendak berniaga di depan pintu
gerbang negeri Melaka. Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja Melaka(P.G.L)
tidak membenarkannya bahkan menyuruh mereka berniaga di atas kapal. Setelah
itu, kapitan Feringgi pulang semula ke Benua Portugal. Namun , setahun kemudian
kapitan Feringgi baru datang ke Melaka dan memujuk Raja Melaka untuk membeli
sebidang belulang tanah dengan emas.
Raja Melaka bersetuju menjual sebidang belulang tanah jika Kapitan
Feringgi sanggup menyerahkan emas sama tinggi timbunan sebidang belulang tanah
yang diinginkan itu dan tanah itu hanya digunakan unuk berbuat gudang. Ternyata
kapitan Feringgi itu sanggup memenuhi permintaan Raja Melaka , maka tanah itu
pun berjaya dibelinya. Tanpa pengetahuaan Raja Melaka, Kapitan Feringgi berbuat
gudang yang dilengkapi dengan meriam di atas tanah yang luas. Larangan
Bendahara dan Temenggung tiada diendahkannya dengan muslihat bahawa tanah yang
dibangunkan itu cukup syarat kerana timbunan sebidang belulang tanah itu kini
dijadikan tali untuk mengukur tanah sehingga mampu meliputi tanah yang lebih
luas.
Tiba saat yang sesuai, tengah malam, Feringgi menyerang Melaka. Tidak
lama kemudian, seperti yang mereka rancangkan , empat puluh buah kapal Feringgi
datang membantu dari Manila dan Portugal . Akhirnya , Raja Melaka berundur ke
hulu Melaka dan mejadi raja di Batak. Bendahara(Tun Mat), Temenggung Seri
Seroja(Tun Karim) dan Laksamana(Tun Nadim) menyembahkan bantuan ke hadapan
Sultan Ahmad di Bentan. Sultan Ahmad tiada ikhtiar, namun menitahkan mereka
berbuat negeri baharu yang bernama Johor Darul-Alam.
Tiba-tiba, Wolanda menyerang Feringgi di Melaka. Namun, kemaraan
Wolanda terhenti apabila menerima serangan balas dari Feringgi. Wolanda
berundur ke Johor. Johor bersetuju membantu Wolanda menyerang Feringgi di
Melaka dengan perjanjian jika menang, Wolanda boleh memerintah Melaka, namun
sentiasa bersahabat dengan Johor. Tiba masanya, Wolanda dan Johor berjaya
mengalahkan Feringgi di Melaka. Sesuai dengan perjanjian , akhirnya Wolanda
memerintah Melaka.
WATAK
Kapitan Feringgi 1, Raja Melaka(P.G.L), Kapitan Feringgi 2,
Bendahara(Tun Mat), Temenggung (Tun Karim), Laksamana(Tun Nadim), Sultan Ahmad,
Armada Wolanda.
LATAR TEMPAT
Melaka, Manila, Portugal, Johor, Batak,
Johor-Darul-Alam.