Monday, 3 December 2018

Hang Tuah Bab 28

                                              BAB 28 (KERAJAAN MELAKA JATUH)

       Kapal Feringgi datang ke Melaka hendak berniaga di depan pintu gerbang negeri Melaka. Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja Melaka(P.G.L) tidak membenarkannya bahkan menyuruh mereka berniaga di atas kapal. Setelah itu, kapitan Feringgi pulang semula ke Benua Portugal. Namun , setahun kemudian kapitan Feringgi baru datang ke Melaka dan memujuk Raja Melaka untuk membeli sebidang belulang tanah dengan emas.

      Raja Melaka bersetuju menjual sebidang belulang tanah jika Kapitan Feringgi sanggup menyerahkan emas sama tinggi timbunan sebidang belulang tanah yang diinginkan itu dan tanah itu hanya digunakan unuk berbuat gudang. Ternyata kapitan Feringgi itu sanggup memenuhi permintaan Raja Melaka , maka tanah itu pun berjaya dibelinya. Tanpa pengetahuaan Raja Melaka, Kapitan Feringgi berbuat gudang yang dilengkapi dengan meriam di atas tanah yang luas. Larangan Bendahara dan Temenggung tiada diendahkannya dengan muslihat bahawa tanah yang dibangunkan itu cukup syarat kerana timbunan sebidang belulang tanah itu kini dijadikan tali untuk mengukur tanah sehingga mampu meliputi tanah yang lebih luas.

           Tiba saat yang sesuai, tengah malam, Feringgi menyerang Melaka. Tidak lama kemudian, seperti yang mereka rancangkan , empat puluh buah kapal Feringgi datang membantu dari Manila dan Portugal . Akhirnya , Raja Melaka berundur ke hulu Melaka dan mejadi raja di Batak. Bendahara(Tun Mat), Temenggung Seri Seroja(Tun Karim) dan Laksamana(Tun Nadim) menyembahkan bantuan ke hadapan Sultan Ahmad di Bentan. Sultan Ahmad tiada ikhtiar, namun menitahkan mereka berbuat negeri baharu yang bernama Johor Darul-Alam.

          Tiba-tiba, Wolanda menyerang Feringgi di Melaka. Namun, kemaraan Wolanda terhenti apabila menerima serangan balas dari Feringgi. Wolanda berundur ke Johor. Johor bersetuju membantu Wolanda menyerang Feringgi di Melaka dengan perjanjian jika menang, Wolanda boleh memerintah Melaka, namun sentiasa bersahabat dengan Johor. Tiba masanya, Wolanda dan Johor berjaya mengalahkan Feringgi di Melaka. Sesuai dengan perjanjian , akhirnya Wolanda memerintah Melaka.

WATAK
Kapitan Feringgi 1, Raja Melaka(P.G.L), Kapitan Feringgi 2, Bendahara(Tun Mat), Temenggung (Tun Karim), Laksamana(Tun Nadim), Sultan Ahmad, Armada Wolanda.

LATAR TEMPAT
Melaka, Manila, Portugal, Johor, Batak, Johor-Darul-Alam. 

Hang Tuah Bab 27

                      BAB 27 (HANG TUAH BERSARA,RAJA MELAKA TURUN TAKHTA)

        Raja Melaka menitahkan Bendahara dan Hang Tuah untuk mulakan malam berjaga-jaga dan anakanda baginda Puteri Gunung Ledang ditabalkan menjadi raja. Raja Melaka memberi nama akan anak Bendahara iaitu Tun Mat menjadi Bendahara Paduka Raja, anak Temenggung iaitu Tun Karim menjadi Temenggung Seri Seroja, anak Hang Tuah iaitu Tun Nadim menjadi Laksamana.

         Raja Melaka (Puteri Gunung Ledang) merobohkan Kota Melaka lalu digantikan dengan meriam berlapis-lapis. Raja Melaka menitahkan Temenggung membawa emas dua butir dalam talam berkelilingan negeri Melaka bertanyakan kepada rakyat yang sanggup ditanam hidup-hidup kerana baginda ingin mengetahui kejadian dalam kubur, dan emas butir itu sebagai ganjaran orang sanggup. Hang Tuah menawarkan dirinya saja yang ditanam. Setelah 3 hari, Hang Tuah menyuruh isterinya membuat apam tiga buah, 2 buah dimakannya, satu lagi direpih sikit dan lebihnya dimasukan dalam tangan bajunya.

         Maka datang biduanada kecil yang dititahkan oleh Raja Melaka untuk menjemput Hang Tuah menuju ke tempat penanaman kerana Raja Melaka , pegawai-pegawai dan segala rakyat sudah berkumpul menunggu Hang Tuah. Ketika Hang Tuah hendak keluar dari pintu rumahnya, seorang orang tua(darwis) datang meminta apa saja barang yang ada pada  Hang Tuah pada waktu itu kerana orang tua itu kelaparan, maka Hang Tuah memberi apam yang dibawanya itu.

         Setelah itu , Hang Tuah ditanam dan di tangan Hang Tuah suatu tali sebagai isyarat jika tali itu ditarik oleh Hang Tuah dan hujungnya dipegang oleh Raja Melaka, maka hendaklah orang mengali kuburnya dengan cepat. Selepas imam membacakan talkin, semua rakyat beredar cuma tinggal Raja Melaka memegang tali isyarat. Kerana tiada tanda tali ditarik, Raja Melaka pulang namun baru tujuh langkah baginda menoleh ke belakang dan mendapati tali ditarik lalu baginda mengarahkan orang mengali kubur dengan cepat.

        Hang Tuah terbaring di liang lahad tanpa kain kafan dan hanya memegang belanga besi yang sedikit sumbing. Hang Tuah beriwayat di depan Raja Melaka bahawa ketika di dalam kubur, datang 2 buah gunung berapi menyerangnya dan kain kafan hangus terbakar namun Hang Tuah terselamat sebab wujudnya belanga besi sumbing di tangannya tidak semena-mena itu. Maka Raja Melaka takut akan cerita Hang Tuah itu lalu menyedekahkan gedung emas sebuah kepada semua rakyat yang miskin selama 40 hari lamanya.

         Tidak beberapa lama kemudian, Hang Tuah, Bendahara, Temenggung menyembahkan berundur diri dari kerajaan Melaka. Bendahara berkhalwat di Tanjung Keling. Temenggung di Tanjung Tuan. Hang Tuah berkhalwat di Tanjung Jugara. Di Tanjung Jugara, Hang Tuah membuat satu dukuh dan bergurukan orang peranakan Gujerat.

         Akhirnya, Raja Melaka turun takhta, menjadi darwis berjalan ke segenap kampung dan melintas padang yang luas. Hari yang panas menyebabkan Raja Melaka merasa lapar dan dahaga dan meminta timun kepada empunya. Dalam berjalan itu, Raja Melaka bertemu dengan Jibrail yang menyamar sebagai pemuda dan mengatakan yang dikendong Raja Melaka itu tengkorak orang.

      Raja Melaka marah kerana baginda sudah mengatakannya bahawa timun dikendongnya lalu menunjukkan kepada pemuda itu. Dengan takdir Allah, timun bertukar menjadi tengkorak dan Raja Melaka terkejut lalu membuangnya. Pemuda itu ghaib. Raja Melaka pengsan dan bermimpi . Maka Raja Melaka ghaiblah.

WATAK
Raja Melaka, Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah, Bendahara, Temenggung, Tun Mat, Tun Nadim, Tun Karim, Jibrail, Empunya timun, Biduanda kecil, Segala rakyat, Pegawai-pegawai.

LATAR TEMPAT
Melaka,Rumah Hang Tuah, Liang lahad, Padang Luas,Tanjung keling, Tanjung Tuan, Tanjung Jugara.

Hang Tuah Bab 26

                                   BAB 26 (HANG TUAH DIUTUS KE TURKI 2)

          Mengisahkan sambungan perjalanan Hang Tuah dan Maharaja Setia menuju Turki (Benua Rom). Sebaik tiba di Rom, rombongan Hang Tuah berlabuh di Setambul. Khabar ketibaan mereka sampai ke pengetahuaan Syahbandar. Syahbandar menyambut mereka dengan baik. Hang Tuah menjelaskan tujuan mereka datang ke Rom. Hang Tuah(rajaduta), Maharaja Setia(upaduta), jejenang pula Orang Kaya Tun Pekerma dan Orang Kaya Seri Lela Indera dan mata-matanya ialah Orang Kaya Maharaja Lela, Orang Kaya Paduka Seri Rama dan 12 orang bergelar.

         Rombongan mereka dijamu makan minum. Syahbandar membawa Hang Tuah menemui Ibrahim Kakan. Mereka diberi gedung untuk tinggal. Ibrahim Kakan memberitahu kedatangan mereka akan disampaikan kepada mangkabumi keempat dan mangkabumi ini akan menyampaikan kepada raja. Ibrahim Kakan meriwayatkan kebesaran raja dan Negara Rom dari pagi hingga ke petang baru selesai. Ibrahim Kakan pergi berjumpa mangkabumi keempat untuk menyampaikan tujuan kedatangan rombongan Hang Tuah. Mangkabumi menyampaikan kepada raja setelah raja keluar dari istana sekali dalam 40 hari (adat raja Rom).

        Bingkis dan surat dari rombongan Melaka disambut oleh Kadi Malikul Adil lalu dibaca depan raja. Tanpa memanggil rombongan Melaka masuk mengadap, baginda terus mengurniakan titah perkenan agar Bendahara Mangkabumi menghadiahkan bedil 100 kali ganda daripada yang dikehendaki Raja Melaka. Raja Rom juga menitahkan Bendahara mangkabumi menjaga dan menjamu rombongan Melaka dengan sebaik-baiknya.

        Hang Tuah kesal kerana selama 6 bulan di Rom, belum sekalipun dapat menghadap dan bersua muka dengan Raja Rom. Hang Tuah terus bertekad lalu berkata kepada Bendahara Mankabumi bahawa telah menjadi adat melayu setiap utusan hendaklah beroleh menghadap raja Negara yang dikunjungi. Hang Tuah menceritakan pengalamannya menghadap Raja Keling, Maharaja Cina, Betara Majapahit, Raja Brunei. Hang Tuah juga membuat helah bahawa dia juga dikurniakan untuk menghadap Raja Mekah, Raja Madinah, Raja Hassyah, Raja Wolanda dan Raja Feringgi. Mangka bumi mempertimbangkan keinginan Hang Tuah lalu menghadapkannya ke hadapan Raja Rom.

        Akhirnya, Raja Rom memperkenan hasrat Hang Tuah untuk menghadap baginda. Hang Tuah dan Maharaja Setia gembira dan menghadap Raja Rom dengan tertib dan penuh adat istiadat. Raja Rom suka melihat gerak geri Hang Tuah menghadap itu, jelas sekali tertibnya, layak menjadi hulubalang dan nampak kebijaksanaannya. Hang Tuah menyembahkan maksud utusan Melaka hanya untuk membeli bedil kerana Melaka kekurangan senjata.

        Raja Rom menitahkan Bendahara Mankabumi mengarang surat untuk Raja Melaka dan menghadiahkan bedil semuat-muat semua kapal utusan Melaka. Raja Rom menghadiahkan kopiah emas dan serban ke hadapan Raja Melaka sebagai tanda tubuh. Keesokannya, Hang Tuah dan Bendahra Mangkabumi memuat bedil 800 pucuk ke kapal . Utusan Melaka bermohon kembali ke Melaka. Beberapa bulan belayar, akhirnya utusan Melaka tiba di Melaka dengan selamat. Hang Tuah meriwayatkan pengalaman mereka di negeri Rom di hadapan Raja Melaka . Raja Melaka gembira mendengar riwayat Hang Tuah itu.

WATAK
Hang Tuah, Maharaja Setia, Ibrahim Kakan, Syahbandar setambul, Mankabumi keempat, Raja Rom, Raja Melaka.

LATAR TEMPAT
Setambul, Benua Rom, Istana.

Hang Tuah Bab 25


                                     BAB 25 (HANG TUAH DIUTUS KE TURKI 1)

       Hang Tuah, Maharaja Setia, 16 orang pegawai muda dititahkan oleh Raja Melaka pergi ke Benua Rom untuk membeli bedil sebagai senjata di Melaka. Rombongan utusan Melaka berhenti di Banda Aceh Darussalam selama 12 hari dan bertemu Sultan Salahuddin. Sultan Salahuddin melayan dengan mulia . Rombongan kemudian singgah menuju Pulau Dewa. Hang Tuah bertanya kepada mualim nama negeri yang banyak pulaunya. Mualim memberitahu bahawa tempat itu negeri Dewa. Kemudiaan belayar antara Bab Mokha.

        Hang Tuah bertanya nama laut yang dilihatnya begitu deras, lalu mualim menjawab bahawa itu laut Mokha, sebelah kiri tanah Hassyah dan sebelah kanan tanah Mokha. Mereka meneruskan pelayaran dan sampai antara laut Judah. Mualim menjawab pertanyaan Hang Tuah bahawa negeri ini negeri Judah, pangkalan Makkah. Tempat kubur Siti Hawa dan dimana segala orang naik Haji naik berjalan dari Judah pergi ke Makkah. Mendengar cakap mualim itu, Hang Tuah ingin berhenti singgah menjunjung kubur Siti Hawa itu mengambil berkat.

       Syahbandar Judah memberi sebuah gedung sebagai tempat tinggal Hang Tuah dan rombongannya. Syahbandar membawa Hang Tuah berjumpa daengan Malik R.s.t.l. Hang bTuah dan Maharaja Setia dibawa oleh Syahbandar mengunjungi kubur Siti Hawa. Malik R.s.t.l , Hang Tuah, Maharaja Setia dalam perjalanan ke Mekah pada waktu pgi mereka berhenti kerana hari sangat panas. Waktu malam mereka meneruskan perjalanan.

           Malam itu, Hang Tuah mencari suatu tempat yang sunyi hendak buang air. Hang Tuah terlihat seorang tua duduk diatas batu putih seperti kapur dibusur. Orang tua itu meminjam perak rial barang serial kerana dia orang miskin, hendak membeli roti tiada dapat. Hang Tuah berfirasat orang tua itu bukan darwis malahan wali Allah. Hang Tuah memberi orang tua itu dua tiga rial. Orang tua memberi Hang Tuah cembul.Orang tua memberitahu jika Hang Tuah tidak tahu bahasa orang ambil air dari cembul dan sapukan pada mulut dan telinga Hang Tuah sendiri, maka akan tahulah Hang Tuah bahasa orang itu. Rupa-rupanya orang tua itu nabi Khidir. Nabi Khidir pun ghaib.

         Hang Tuah dan Maharaja Setia pergi menziarah segala kubur syeikh, wali Allah dan nabi. Setelah itu, menunaikan rukun haji, melontar batu di Mina(Jamratul Akabah, Jamratul Wusta, Jamratul Ula). Mereka mencium batu Hajaral Aswad dan meminum air zamzam. Setelah itu, Hang Tuah dan Maharaja Setia meminta izin dari Malik R.s.t.l untuk meneruskan pelayaran mereka. Mereka sampai di Mesir, tempat nabi Yusof dibuang ke dalam sungai Nil oleh saudaranya.

        Syahbandar Mesir membawa Hang Tuah menghadap perdana menteri. Mereka diberi gedung sebagai tempat tinggal sambil melihat kekayaan negeri mesir. Perdana menteri menjamu mereka makan minum . 3 bulan lamanya di Mesir, Hang Tuah dan Maharaja Setia meminta izin dari perdama menteri untuk meneruskan pelayaran ke Benua Rom.

WATAK
Raja Melaka, Hang Tuah, Maharaja Setia, 16 orang pegawai, Bendahara, Mualim, Jurumudi, Syahbandar Mesir & Judah, Malik R.s.t.l , Sultan Salahuddin, Perdana menteri, Nabi khidir.

LATAR TEMPAT
Banda Aceh Darussalam, Pulau Dewa, Judah, Mesir, Makkah, Madinah, Sungai Nil.

Hang Tuah Bab 24

                                             BAB 24 (HANG TUAH JATUH SAKIT)

     Raja Melaka bersama dengan isteri-isterinya, menteri-menteri dan pegawai-pegawai pergi bersiaran di Selat Singapura. Maka dengan takdir Allah, datang seekor ikan bersisikkan emas dan bermatakan manikam terlalu indah-indah rupanya duduk di bawah perahu kenaikan baginda. Baginda memandang ke bawah perahu dan mahkota dipakai baginda terjatuh ke dalam air. Tiada seorang pun yang berani menyelamatkan mahkota baginda kerana Selat Singapura banyak buaya. Maka Hang Tuah menolong menyelamatkan mahkota baginda.
  
      Hang Tuah berjaya mendapatkan mahkota baginda, apabila hampir ke perahu, datang seekor buaya putih matanya bernyala-nyala menyambar keris pada tangan Hang Tuah. Ini menyebabkan mahkota terjatuh semula. Hang Tuah menangkap ekor buaya, Hang Tuah hampir tenggelam. Raja Melaka menitahkan semua rombongan berangkat kembali ke Melaka kerana takut mungkin ia suatu petanda yang tidak baik.

      Setelah sampai ke negeri, baginda duduk di istana 7 hari tidak keluar dan Hang Tuah juga tidak keluar-keluar. Setelah hari ketujuh, Hang Tuah menyampaikan kepada Raja Melaka bahawa dia tidak sihat. Raja Melaka juga tidak sihat, sakit kepala dan demam sejak kehilangan mahkota baginda. Raja Melaka menganugerahkan Hang Tuah keris daripada Bukit Seguntang sebagai ganti keris yang hilang.

       Diceritakan pula tentang Dong Manila dan Dong Cuala, nakhoda Feringgi yang dikalahkan Hang Tuah ketika pelayaran ke Cina ingin membalas dendam dan meminta bantuaan Raja Portugal. Raja Portugal menitahkan wazirnya berlengkap ghali 40 dengan segala senjatanya. Adapun sebuah ghali itu 500 orang dan lima puluh meriamnya. Dong Cuala dan Gabernador menjadi panglima. Maka 10 ghali Feringgi sampai ke Melaka dan terlihat 2 buah perahu sakai sedang mencari kerang-kerangan lalu diusirnya.

       Perahu sakai sampai ke Bentan menyampaikan kepada penghulu sakai mengenai hal ini. Pada waktu petang, penghulu sakai berlengkap dan berdayung keluar perlahan-lahan dan terlihat 40 kapal armada. Mereka bertemu sebuah ghali lalu ditikamnya dengan seligi. Ramai yang mati dan ditangkap oleh sakai seramai 10 orang. Penghulu batin 2 orang menyampaikan kepada Bendahara dan Raja Melaka akan Feringgi hendak menyerang Melaka. Raja Melaka menganugerahkan nama kepada penghulu batin 2 orang itu, seorang Raja Mambang Negara dan seorang lagi Raja Indera Negara.

        Raja Melaka menitahkan biduanda memanggil Hang Tuah namun Hang Tuah sedang sakit. Maka Raja Melaka menitahkan Maharaja Setia dan Maharaja Dewa untuk mengintip. Dilihat oleh Maharaja Setia dan Maharaja Dewa akan datang jalia 4 buah. Maka Maharaja Setia dan Maharaja Dewa menghumban bedil dan seligi, segala Feringgi dibunuh dan ditawan namun 2 buah jalia sempat lari. 2 buah jalia menyampaikan hal ini kepada Gebarnador lalu Gebarnador marah dan berdayung mendapatkan Maharaja Setia dan Maharaja Dewa.

       Maharaja Setia dan Maharaja Dewa berundur mengenangkan mereka hanya disuruh mengintip bukan berperang. Maharaja Setia dan Maharaja Dewa pulang dan menyampaikan akan hal Feringgi makin hampir datang ke Melaka. Raja Melaka menitahkan Hang Tuah yang sembuh dari sakit mengembari Feringgi. Hang Tuah berfirasat dia akan terkena senjata namun tidak membawa mati. Maka Hang Tuah dengan segala ketumbukannya mengalahkan 4 buah ghali , 6 buah ghali sempat lari menyampaikan hal ini kepada Gabernador.

       Maka Gabernador dan Dong Cuala datang berbedil-bedilan . Gabernador luka terkena bedil oleh Hang Tuah. Dong cuala juga terkena bedil oleh Maharaja Setia. Hang Tuah terjatuh ke air setelah membedil seridadu Feringgi. Ghali feringgi berundur. Ketumbukan Hang Tuah juga berundur. Kapitan Gabernador mati manakal Dong Cuala sakit lalu menyuruh orang-orangnya menghantar tubuhnya ke Portugal. Tidak lama kemudian, Hang Tuah sakit dan tidak mapu bercakap selama 3 hari .
       Hari ke empat, Hang Tuah sihat semula. Negeri Melaka pun sentosa.
Tetapi datang-datang sakit Hang Tuah dan Raja Melaka setelah kehilangan keris Taming Sari dan mahkota. Adapun di Selat Singapura, ramai sakai berhimpun menikam ikan, ikan itu menimbulkan dirinya apabila terlihat cahaya gilang-gemilang dari mahkota.

WATAK
Bendahara, Hang Tuah, Raja Melaka, Maharaja Setia, Maharaja dewa, Dong Manila, Dong Cuala, Kapitan Gabernador, Raja Portugal, Raden Emas Ayu, Tun Teja, Tuan Puteri Gunung Ledang, Tun Bija Sura, Tun Mat.

LATAR TEMPAT
Melaka, Selat Singapura, Potugal.

Hang Tuah Bab 23


                                  BAB 23 (INDERAPURA TUNDUK KE MELAKA)

      Negeri Inderapura diserang todak lalu Raja Inderapura menitahkan Bendahara Seri Buana  mengarahkan rakyat menjadi kubu. Ini menyebabkan banyak rakyat mati. Tun Kadim(anak Hang Jebat) memberi cadangan dengan berkubukan batang pisang. Maka banyak todak mati maka Raja Inderapura memberi Tun Kadim gelaran Orang Kaya Sang Setu. Ramai menteri yang dengki bermesyuarat dengan Temenggung lalu memfitnah Orang Kaya Sang Setu.

         Dengan takdir Allah, Bendahara Seri Buana meninggal. Menteri-menteri lain dan Temenggung mengambil kesempatan ini memfitnah Hang Kadim. Temenggung menyampaikan kepada Raja Inderapura bahawa Sang Setu bercumbuaan dengan dayang istana, Dang Setia. Raja Inderapura marah lalu menyurh membunuh Sang Setu. Sang Setu diikat di pintu gerbang dan ditendas kepalanya lalu mati. Raja Inderapura rasa menyesal menyuruh membunuh Sang Setu.

     Hang Kamar(orang Melaka-orang Temenggung) yang datang pergi berniaga ke Inderapura mendengar kisah kematiaan Bendahara Seri Buana dan Hang Kadim. Hang Kamar pulang ke Melaka menyampaikan kepada Temenggung. Temenggung menyampaikan kepada Raja Melaka. Tun Teja menangis setelah mendengar kematian Bendahara Seri Buana dan Hang Kadim. Raja Melaka marah lalu menitahkan Hang Tuah mengalahkan negeri Inderapura dan Raja Inderapura.

      Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang Lekir berhenti di Pulau Tinggi. Khabar Hang Tuah yang sedang dalam pelayaran hendak menyerang Inderapura menakutkan Raja Inderapura. Dengan segera Raja Inderapura menitahkan Tun Pekerma dan Seri Maharaja Lela menyusul Hang Tuah di Pulau Tinggi dan menyampaikan Inderapura takluk pada Melaka. Hang Tuah berkeras untuk masuk ke Inderapura dan menghadap Raja Inderapura. Raja Inderapura ketakutan dan memperkenan Hang Tuah masuk menghadap.

     Hang Tuah menyampaikan titah Raja Melaka agar pembunuh Orang Kaya Sang Setu dibawa ke Melaka. Raja Inderapura memperkenan Hang Tuah bertindak dan menangkap pembunuh Orang Kaya Sang Setu . Raja Inderapura menganugerahkan harta kepada Hang Tuah dan berjanji bahawa Inderapura takluk kepada Melaka dan akan menghantar ufti setiap tahun. Hang Tuah berjaya menangkap 1608 tawanan yang terlibat dalam pembunuhan Orang Kaya Sang Setu untuk dijadikan rakyat Melaka.

WATAK
 Raja Inderapura, Bendahara Seri Buana, Tun Kadim, Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Raja Melaka, Todak,Menteri dan pegawai, Temenggung .

LATAR TEMPAT
Inderapura, Pulau Tinggi,Melaka.

Hang Tuah Bab 22

                      BAB 22 (RAJA CULAN, SULTAN MAHMUD, SULTAN AHMAD)

     Raja Melaka menitahkan Tun Ratna Diraja dan Tun Maharaja Diraja pergi ke Sailan membeli permata intan untuk membuat pakaian anakanda baginda. Manakala Bendahara mengarang surat. Mereka disambut oleh Syahbandar, Bendahara dan Raja Sailan. Di Melaka, Raja Melaka menitahkan Bendahara dan Hang Tuah untuk mencari tempat membuat negeri kerana baginda sudah tua, hendak merajakan anakanda baginda. Maka negeri pun dibuat di Gunung Lingga.

      Raja Sailan mempunyai seorang anak iaitu Raja Culan. Raja Culan pergi bermain-main ke hulu negeri dan bertemu sebiji telur ayam lalu dikendongnya. Telur ayam itu menetas di kendongannya. Maka ayam itu pun besar. Negeri sailan itu pun banyaklah menyabung ayam. Raja Culan menyabung ayam namun alah semua ayam lawannya. Raja Sailan mendengar khabar Raja Melaka mempunyai anak perempuan lalu baginda berhasrat  meminang untuk anaknya lalu disampaikan kepada utusan Melaka.

      Raja Culan menawarkan dirinya saja berjumpa Raja Melaka dan sambil itu dia nak bersabung ayam. Raja Culan bersabung ayam di Terengganu, dan kalah dengan Raja Terengganu. Raja Culan bermain kotor, berbuat tuah palsu lalu Pak Si Molong setuju untuk bertukar ayam. Raja Terengganu menaruhkan semua kemenangannya semula. Ayam Raja Terengganu kalah dan mendapati tuah ayam yang ditukar itu tuah palsu. Raja Terengganu menitahkan agar mata Pak Si Molong dicungkil kerana kecuaiannya. Bermula pada saat itu, semua ayam Terengganu kalah.

           Maka Raja Terengganu menitahkan Pak Si Molong mencari ayam bagi mengalahkan Raja Culan dengan ganjaran Pak Si Molong akan dapat 4 orang gundik. Pak Si Molong berseloroh walaupun dia dapat gundik, bagaimana nak dipandang kalau mata tiada. Pak Si Molong pulang ke rumahnya meminta bantuaan anaknya untuk menolong mencari ayam di seluruh negeri Terengganu. Namun tiada yang dapat mengalahkan ayam Raja Culan. Akhirnya, Pak Si Molong bertemu dengan ayam bertuah yang diikkat dengan tali mulung lalu membelinya.

       Esoknya di pulau Sakti tempat gelanggang, persabungan dimulakan. Raja Terengganu bertaruhkan separuh negeri Terengganu manakala Raja Culan bertaruh separuh kapal baginda. Dalam persabungan itu, ayam Raja Terengganu kalah. Ayam Raja Culan terbang ke bahtera Raja Culan. Dengan takdir Allah, bahtera Raja Culan tenggelam, apabila dilihat oleh ayam itu bahtera tenggelam lalu terbang pula ke istana Raja Terengganu, maka istana itu pun habis di makan api dan semuanya negeri itu pun habis hangus. Maka negeri Terengganu pun huru haralah. Adapu api itu tujuh hari tujuh malam lamanya maka baharulah padan api itu.

         Berita in sampai ke telinga Raja Melaka dan Puteri Gunung Ledang. . Puteri Gunung Ledang sedih kerana bahtera Raja Culan binasa. Raja Melaka marah lalu menitahkan Hang Tuah mengalahkan negri Terengganu. Maka Negeri Terengganu alahlah, raja Terengganu pun undur ke hulu negeri Terengganu dan pada segenap tahun menghantar ufti ke Melaka.

        Hang Tuah membawa Puteri Sekanda Jaya Leka(anak bendahara), Megat Maksum(anak Megat Kembar Ali) ke Melaka. Beberapa hari kemudian, Raja Melaka ingin merajakan putera puteri baginda. Sultan Mahmud raja di Lingga, Sultan Ahmad raja di Bentan dan Puteri Gunung Ledang raja di Melaka. Sultan Mahmud dikahwinkan dengan Puteri Sekanda Jaya Leka. Sultan Muhammad (Ahmad) pula dikahwinkan dengan Megat Maksum. Hang Tuah merajakan Sultan Mahmud di Lingga dan Sultan Ahmad di Bentan .Melaka semakin makmur.

WATAK
Raja Melaka, Bendahara, Hang Tuah, Tun Ratna Diraja, Tun Maharaja Diraja, Raja Sailan, Syahbandar, Patih Kerma Wijaya, Raja Culan.

LATAR TEMPAT
Melaka, Sailan, Gunung Lingga, Terengganu, Pulau Kapas, Tengah Gelanggang, Pulau Sakti, Istana Sailan.

Hang Tuah Bab 21

                                        BAB 21 (HANG TUAH DIUTUS KE SIAM)

     Raja Melaka hendak mengutus ke Benua Siam, membeli 4 ekor gajah jantan dan 2 ekor gajah betina. Bendahara mencadangkan Hang Tuah yang pergi ke Benua Siam itu. Maka Hang Tuah dan Maharaja Setia pergi ke Benua Siam dengan membawa surat dari Raja Melaka. Dalam perlayaran, Hang Tuah singgah di negeri Patani, negeri yang sukar dialahkan oleh musuh. Setelah itu, utusan Melaka sampai ke Benua Siam. Syahbandar menyembahkan kedatangan mereka kepada Oya Bagelang, Phra Cau. Syahbandar pergi kepada Hang Tuah mengajar adat mengadap Raja Siam.Apabila mengadap raja hendaklah seorang dengan merangkak.

     Namun Hang Tuah menyuruh Syahbandar memaklumkan kepada Oya Bagelang dan Phra Cau bahawa dia tidak dapat merangkak kerana ada penyakit di tubuhnya. Phra Cau pu menyurh dengan cara seperti adat Melaka(berjalan & berkeris). Maka tibanya Hang Tuah mengadap Phra Cau. Phra Cau merasa kagum akan kefasihan Hang Tuah dalam berkata-kata menggunakan bahasa Siam. Phra Cau menitahkan Hang Tuah berlawan pedang dengan pendekar Jepun, Cin Cu. Cin Cu mati apabila kepalanya terbelah dua setelah diperang oleh Hang Tuah. Orang Cin Cu 7 orang mengamuk dan hanya tinggal 2 orang setelah berlawan dengan Hang Tuah. 2 orang itu melarikan diri ke Kemboja.

     Hang Tuah memberikan gendaga kepada Phra Cau sebagai belanja negeri itu. Phra Cau memberikan 10 ekor gajah, 6 ejor untuk Raja Melaka, 4 ekor untuk Hang Tuah . Hang Tuah pulang ke Melaka namun dihadang oleh 2 orang Jepun yang meminta pertolongan ke Kemboja. Hang Tuah membaca pustakanya agar bedil mereka tidak berfungsi. Akhirnya Jepun kalah dan Hang Tuah mengambikl emas dan perak dalam perahu Jepun itu. Hang Tuah sampai ke Melaka, Raja Melaka merajakan anaknya Raden Bajau di Bukit Seguntang. Dalam beberapa bulan Raden Emas Ayu melahirkan seorang puteri iaitu Puteri Gunung Ledang manakala Tun Teja melahirkan 2 orang putera, Sultan Mahmud dan Sultan Muhammad.

WATAK
Raja Melaka, Bendahara, Hang Tuah, maharaja Setia, Mualim, Syahbandar, Oya Bagelang, Phra Cau, Cin Cu, Orang Jepun.

LATAR TEMPAT
Melaka, Benua Siam, Kemboja, Patani. 

Hang Tuah Bab 20


                                    BAB 20 (RADEN BAHAR DAN ADIPATI SOLOK)

       Setelah Seri Betara Majapahit mangkat, Patih Gajaha mada mengarang surat lalu menitahkan Barit ketika menghantar surat itu ke Melaka. Di Melaka, surat itu dibaca di depan Raja Melaka. Maka Raja Melaka menjadikan Raden Bahar sebagai raja di Majapahit seperti dipinta oleh Patih Gajah Mada melalui surat. Raja Melaka menitahkan Hang Tuah mengiringi Raden Bahar ke Majapahit dan sampai disana Raden Bahar ditabalkan menjadi raja. Setelah selesai Hang Tuah pulang ke Melaka dan berfirasat dia akan berperang namun tidak dapat ditentang oleh lawan.

      Alkisah,anak raja Brunei iaitu Adipati Solok meminta izin dari ayahandanya bermain di segenap pulau tetapi sebenarnya Adipati Solok ingin menghadang Hang Tuah. Maka Adipati Solok dan 15 buah perahu berhenti berlabuh di Tanjung Krawang. Di Tanjung Krawang, Adipati Solok membedil perahu  Maharaja Setia. Hang Tuah marah lalu membaca pustakanya agar bedil-bedil Adipati Solok tidak berfungsi. Tatkala Adipati Solok menghumban bedilnya dia hairan kerana bedil itu tidak berbunyi. Maka perahu yang banyak itu belayar meninggalkan perahu Adipati Solok dan Sang Aria. Maharaja Setia dan Maharaja Dewa tidak berjaya mengejar perahu yang banyak itu. Hang Tuah membawa Adipati Solok ke Melaka.

     Di Melaka, Adipati Solok dipermulia oleh Raja Melaka. Adipati Solok menyembahkan kepada Raja Melaka bahawa tujuan dia menghadang Hang Tuah kerana menguji kehebatan Hang Tuah. Setelah itu, Raja Melaka menitahkan Hang Tuah menghantar Adipati Solok ke Brunei. Di Brunei, Raja Brunei merasa sukacita setelah mendapat tahu dari Hang Tuah bahawa Adipati Solok dipermulia oleh Raja Melaka . dalam beberapa hari, Raja Brunei mendapat tahu perahu yang banyak itu telah pun pulang lalu menitahkan perdana menteri menangkap pegawai-pegawai yang meninggalkan Adipati Solok di tengah laut.

     Hang Tuah mendengar hal ini membela pegawai-pegawai itu bahawa mereka terlambat pulang kerana mencari Adipati Solok. Maka Raja Brunei melepaskan pegawai-pegawai itu. Pegawai-pegawai itu meminta maaf kepada Hang Tuah. Hang Tuah menasihati agar mereka menjaga nama baik hulubalang melayu walauapapun berlaku ketika berperang. Setelah 3 bulan, Hang Tuah pulang ke Melaka, Raja brunei menganugerahkan 500 gendaga, 3 pikul kapur barus, sumpitan sepuluh laras bertatahkan emas. Setelah sampai di Melaka, Hang Tuah menyembahkan gendaga kepada Raja Melaka namun Raja Melaka menyuruh Hang Tuah menguruskannya kerana Raja Melaka tidak tahu kegunaannya.

WATAK
Betara majapahit, Hang Tuah, Maharaja Setia, Raja Melaka, Adipati Solok, Raja Brunei(Adipati Agung), Bendahara, Barit Ketika, Raden Bahar, Patih Gajah mada, Raden Emas Ayu, Patih kerma Wijaya, Sang Jaya, Maharaja Dewa, Sang Aria, Pegawai-pegawai, Tun Ratna Diraja, Petuanan, Jurumudi, Syahbandar.

LATAR TEMPAT
Majapahit, Melaka, Brunei, Tanjung Krawang, Tuban.

Hang Tuah Bab 19

                             BAB 19 (HANG TUAH KE BENUA KELING DAN CINA)

     Raja Melaka mengutus Hang Tuah ke Benua Keling kerana dia fasih bahasa keling, Hang kasturi juga ikut serta. Hang Kasturi diberi gelaran Maharaja Setia. Hang Tuah bertanya kepada mualim pulau yang dilihatnya, lalu Hang Tuah berhenti di pulau itu iaitu Pulau Biram Dewa. Pulau ini tiada siapa yang berani datang kerana sesiapa saja datang, ribut taufan akan datang tiba-tiba. Hang Tuah singgah ke Pulau Biram Dewa dan serta-merta ribut taufan pun datang. Namun berkat doa Hang Tuah  kepada Allah maka pulau itu tenang semula.

     Hang Tuah terlihat orang tua duduk sembahyang di atas batu dan dia berfkiri mungkin Nabi Khidir. Nabi Khidir menitahkan Hang Tuah mengambil buah kayu dan bila di depan Raja Benua Keling kelak, tanam biji buah kayu itu dan ketika itu juga ianya berbunga,berdaun dan berbuah. Setelah itu, Nabi Khidir ghaib. Akhirnya, Hang Tuah sampai ke Benua Keling lalu disambut oleh Syahbandar Benua Keling.

     Syahbandar memberitahu kedatangan Hang Tuah dan membawa surat untuk ke Bawah Duli Kisna Rayan tanda berkasih-kasihan dan muafakat  kepada Nala Sang Guna. Mereka diberi gedung untuk tinggal dan melabuhkan perahu mereka di pangkalan perahu utusan Feringgi hingga menyebabkan Feringgi marah dan berniat menghadang kepulangan mereka kelak. Utusan Melaka dijamu makan oleh Nala Sang Guna. Isteri Nala Sang Guna menganggap Hang Tuah sebagai anaknya kerana dia belum memperolehi anak. Maka Nala Sang Guna menitahkan Hang Tuah membuat ubat supaya isterinya dapat beranak. Hang Tuah pulang ke gedungnya dan membuat ubat, setelah siap diberikannya kepada Nala Sang Guna.

       Nala Sang Guna dan Hang Tuah menghadap Duli Kisna Rayan dan Duli Kisna Rayan menitahkan Hang Tuah menunggang kuda tezi, maka setelah kuda tezi merasa ada orang menunggangnya , kuda itu melompat dan berlari menyebabkan baju Hang Tuah habis carik. Namun Hang Tuah mempratikkan akan guru gembala kuda jar dengan menundukkan kepalanya disebalik telinga kuda itu lalu ditariknya tali kuda sehingga kuda itu berdiri. Hang Tuah pun segera turun dari kuda itu.

      Duli Kisna Rayan memberitahu akan Nala Sang Guna bahawa baginda ingin bermain-main di rumah Nala Sang Guna. Maka Nala Sang Guna pulang ke rumahnya memasak nasi. Duli Kisna Rayan menitahkan temenggung untuk melarang orang tidak menjual kayu api kepada Nala Sang Guna. Jika tidak orang itu akan dibunuh. Maka tiba Nala Sang Guna menyuruh hambanya membeli kayu api untuk memasak namun kayu api tiada berjual. Hang Tuah mmencadangkan Nala Sang Guna menggunakan kain-kainan dan dicelup minyak untuk dijadikan kayu api.

      Setelah itu, maka makanan pun siap dimasak. Kisna Rayan dijamu makan minum oleh Nala Sang Guna. Di depan Kisna Rayan , Hang Tuah mengeluarkan biji benih buah kayu lalu ditanamnya, maka buah kayu itu tumbuh berdaun, berbunga, berbuah masak. Maka dirasa oleh Kisna Rayan betapa lazat buah kayu itu dan serta merta pohon buah kayu itu ghaib. Alkisah Hang Tuah dititahkan oleh Kisna Rayan untuk bermain padang perisai dengan pendekar. Maka pendekar menghadang pintu keluar lalu Hang Tuah berjaya membunuhnya .

      Hang Tuah diutus oleh Kisna Rayan ke Benua Cina(Bakang Hainam), dan sampai ke sana kira-kira 2 bulan dengan membawa surat dari Kisna Rayan. Syahbandar menyembahkan perkara ini kepada 4 orang menteri dan Raja Benua Cina. Surat disambut oleh Raja Benua Cina dan Hang Tuah bersiar-siar melihat temasya yang ada di Benua Cina. Setelah lama di Benua Cina, Hang Tuah pulang ke Benua keling namun dihadang oleh kapitan Feringgi kerana Hang Tuah berani melabuhkan perahu di kawasan pelabuhan kapitan Feringgi.

     Mereka membuang bedil sesame sendiri sehingga Feringgi habis mati. Hang Tuah sampai ke Benua keling membawa surat utusan dari Benua Cina lau disambut oleh Kisna Rayan. Nala Sang Guna memberitahu kepada Hang Tuah bahawa isterinya telah melahirkan anak lelaki. Maka isteri Nala Sang Guna memberikan Hang Tuah emas-emasan. Hang Tuah pulang ke Melaka dan beriwayat mengenai pelayarannya ke Benua Keling dan Cina di depan Raja Melaka.

WATAK
Hang Tuah, Maharaja Setia, Bendahara, Raja Melaka, Duli Kisna Rayan, Nala Sang Guna dan isterinya, Raja Benua Cina, 4 menteri, Syahbandar Keling dan Cina, Orang Feringgi, Nabi Khidir.

LATAR TEMPAT
Melaka, Benua keling, Benua, Cina , Pulau Biram Dewa, Istana.

Hang Tuah Bab 18


                       BAB 18 (BETARA MAJAPAHIT DENGAN RAJA MELAKA 2)

     Patih Gajah Mada mendapat tahu anak Pertala Bumi, Kertala Sari pulang dari Daha. Betara Majapahit memberi gelaran kepada Kertala Sari sebagai Penggawa Agung. Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit mengambil kesempatan ini menitahkan Kertala Sari pergi ke Melaka untuk membunuh Hang Tuah demi menuntut kematian ayah Kertala Sari. Di Melaka, Kertala Sari menyamar sebagai orang Jawa dan menjadi pengikut Patih Kerma Wijaya.

    Pada waktu malam, Kertala Sari mencuri harta-harta saudagar kaya dan mencabuli isteri-isteri saudagar kaya. Harta itu disimpannya di Bukit Cina. Saudagar Kaya meyembahkan hal kecurian kepada Raja lalu Raja menitahkan Temenggung untuk berkawal. Esok malamnya, Kertala Sari mendapat tahu pengawal-pengawal sedang berkawal lalu membaca pustakanya dan masuk mencuri. Raja Melaka hairan kerana kecurian masih berlaku walaupun sudah dikawal. Harta Bendahara juga dicuri.

    Hang Tuah menyembahkan kepada Raja bahawa penjurit itu datang dari luar lalu Hang Tuah bertindak dengan berkawal di istana dengan menggunakan ilmu jawa sehingga Kertala Sari tidak dapat masuk ke istana dan tambahan lagi dia takut akan ilmu Hang Tuah itu. Kertala Sari membatalkan rancangannya mencuri di istana lalu mencuri di segenap pelusuk Melaka.

    Strategi kedua Hang Tauh berpura-pura mati di tengah pasar. Kertala Sari tidak ternampak mayat Hang Tuah lalu tersepak. Ketika itulah, Hang Tuah segera bangun lalu menikam Kertala Sari. Hang Tuah mengerat kemaluaan Kertala Sari dan mengambil keris Kertala Sari dan mayatnya dibiar. Orang ramai gempar akan kematiaan Kertala Sari lalu memotong bahagian anggota Kertala Sari dan disembahkan kepada Raja sebagai bukti kejayaan mereka membunuhnya.

     Raja Melaka hairan kerana terlalu ramai orang yang mengaku membunuh Kertala Sari. Tidak lama kemudian, muncullah Hang Tuah dan menyembahkan kemaluaan dan keris Kertala Sari . Bendahara menyembahkan bahawa hanya petanda yang dibawa oleh Hang Tuah itulah yang sebenarnya dan boleh dipercayai. Orang ramai yang mengaku membunuh Kertala Sari merasa malu. Hang Kasturi dititahkan mengangkut harta curian yang disembunyikan di Bukit Cina.

    Raja Melaka menitahkan empunya harta membahagikan harta mereka kepada 3 bahagian, sebahagian untuk mereka, 2 bahagian diberikan kepada Hang Tuah. Hang Tuah hanya mengambil sebahagiaan saja diberikan kepada fakir miskin, pegawai-pegawai rendah dan pengikut-pengikutnya.

WATAK
Patih Gajah Mada, Betara Majapahit, Raja Melaka, Hang Tuah, Hang Kasturi, Patih Kerma Wijaya, Saudagar Kaya, Bendahara, Orang Ramai.

LATAR TEMPAT
Melaka, Majapahit, Bukit Cina, Pasar.

Hang Tuah Bab 17

                BAB 17 (HANG TUAH BERTIKAM DENGAN DENGAN HANG JEBAT)

     Tun Pekerma dan Hang Kasturi menjemput Hang Tuah. Syeikh Mansur mengarahkan Hang Tuah segera pergi kerana Melaka huru hara. Sampai di Melaka, Hang Tuah bermain dengan keris panjangnya namun badan berasa berat. Hang Tuah berurut selama 5 hari 5 malam dan akhirnya dia bermain keris dengan tangkas sekali. Hang Tuah meminta keris pandaknyan tetapi di tangan Hang jebat. Raja Melaka memberi keris kepunyaan ayahanda baginda kepada Hang Tuah. Keris itu dikilir oleh Patih Kerma Wijaya selama 3 hari 3 malam.

     Keesokan harinya, Hang Tuah bertikaman dengan Hang Jebat lalu Hang Jebat cedera. Hang Tuah pulang ke rumahnya. Hang Jebat keluar istana dan mengamuk hingga ramai yang mati. Hang Kasturi pergi ke rumah Hang Tuah setelah dititahkan oleh Raja, Hang Tuah sedang berkhalwat 3 hari 3 malam. Hang Tuah membawa Hang Jebat kerumahnya dan Hang Jebat berpesan bahawa dia telah bermukah dengan Dang Baru, dan menyuruh Hang Tuah menjaga jika anak yang dilahirkan itu lelaki. Hang Tuah membuka balutan luka Hang Jebat, darah memancut keluar dan Hang Jebat  mati di pangkuaan Hang Tuah. Mayat Hang Jebat digantung di tengah pasar.
   
     Raja Melaka tinggal di istana baru yang baru siap dibina oleh Hang Tuah. Dang baru melahirkan seorang anak lelaki, Hang kadim lalu Raja Melaka menyuruh bayi ini dibuang ke sungai. Namun Hang Tuah minta pertolongan TunTeja untuk menghantar bayi itu ke Inderapura dan dijaga oleh Bendahara Seri Buana.

WATAK
Hang Tuah, Hang Jebat, Raja Melaka, Hang Kasturi, Tun Pekerma, Patih Kerma Wijaya, Bendahara, Dang Baru, Hang Kadim, Tun Teja, Bendahara Seri Buana, Syeikh Mansur.

LATAR TEMPAT
Melaka, Hulu Melaka, Inderapura, Istana, Pasar, Rumah Bendahara.

Hang Tuah Bab 16


                                  BAB 16 (HANG JEBAT MENDUDUKI ISTANA)

     Hang Jebat berseronok dengan dayang-dayang istana, gundik raja, makan minum sesuka hati di dalam istana. Perbuatannya ini ditegur oleh Hang Kasturi namun Hang Jebat mengendahkannya. Raja Melaka kecewa akan perbuatan Hang Jebat lalu keluar dari istana bersama-sama anak isterinya dan menetap di rumah Bendahara. Raja Melaka menitahkan Tun Utama dan Tun Bija Sura membunuh Hang Jebat lalu mereka meminta keris pandak kepunyaan Hang Tuah dari Raja untuk membunuh Hang Jebat. Malangnya, mereka tidak dapat membunuh Hang Jebat.

     Raja menitahkan Patih Kerma Wijaya pergi membunuh Hang Jebat namun ramai pegawai-pegawai mati. Seterusnya Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang Lekir, Temenggung, Tun Bija Sura, Tun Utama pergi ke istana namun Hang Jebat enggan bertikaman dengan mereka kerana mereka bukan lawan Hang Jebat. Hang Jebat ingin bertikam dengan orang yang memfitnah Hang Tuah demi menuntut kematian Hang Tuah.

      Orang yang memfitnah Hang Tuah itu ketakutan enggan bertikam dengan Hang Jebat. Raja Melaka menyesal menyuruh membunuh Hang Tuah lalu baginda mengambil Hang Nadim anak Hang Tuah sebagai anak angkatnya. Bendahara menyembahkan bahawa Hang Tuah masih hidup dan menetap di Hulu Melaka. Raja Melaka menitahkan Tun Pekerma dan Hang Kasturi menjemput Hang Tuah.

WATAK
Hang Jebat, Raja Melaka, Hang Tuah, Syeikh Mansur,Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang Lekir, Bendahara, Temenggung, Patih Kerma Wijaya, Pegawai-pegawai, Hang Nadim, Tun Utama, Tun Bija Sura, Tun Pekerma.

LATAR TEMPAT
Melaka, Istana, Rumah Bendahara, Hulu Melaka.

Hang Tuah Bab 15


                                          BAB 15 (HANG TUAH KENA FITNAH)

     Patih Kerma Wijaya dan segala pegawai-pegawai yang lain dengki memfitnah Hang Tuah mencabuli gundik Raja dan hal ini disembahkan kepada Raja Melaka. Tanpa usul periksa Raja Melaka menitahkan Bendahara membunuh Hang Tuah namun Bendahara tidak sanggup lalu menyembunyikan Hang Tuah di hulu Melaka. Raja memberi keris pandak kepunyaan Hang Tuah kepada Hang Jebat. Di hulu Melaka, Hang Tuah berguru dengan Syeikh Mansur.

      Syeikh Mansur berfirasat 20 hari akan datang Raja Melaka akan mencari Hang Tuah kerana negeri Melaka telah huru nhara. Raja Melaka 7 hari tidak diadap oleh pembesar-pembesar istana. Hang Jebat beriwayat sambil Raja tertidur di riba Hang Jebat. Perbuatan ini dilihat oleh Hang Kasturi lalu Hang Kasturi percaya apa yang difirasatkan oleh Hang Tuah ketika di rumah Bendahara akan berlaku , bahawa Hang Jebat akan mendapat gelaran Paduka Raja. Raja Melaka memberi Hang Jebat gelaran Paduka Raja walaupun dilarang oleh Tun Teja kerana gelaran itu untuk Bendahara Paduka Raja dan mengelakkan Bendahara daripada berkecil hati.

     Di rumah Bendahara, Hang Kasturi berbual akan sikap Hang Jebat. Hang Jebat berubah sikap dan melarang pembesar-pembesar masuk ke istana. Pegawai-pegawai merasa menyesal memfitnah Hang Tuah.

WATAK
Hang Tuah, Hang Jebat, Patih Kerma Wijaya, Raja Melaka, Bendahara, Hang Lekiu, Hang Lekir, Tun Teja, Pembesar-pembesar istana, Syeikh Mansur.

LATAR TEMPAT
Melaka, Hulu Melaka, Istana, Rumah Bendahara.

Hang Tuah Bab 14

                          BAB 14 (BETARA MAJAPAHIT DAN RAJA MELAKA 1)

      Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi sampai ke Melaka lalu menyampaikan kepada Raja Melaka bahawa Betara Majapahit ingin berjumpa dengan Raja Melaka. Namun Raja Melaka enggan apabila mendapat tahu Patih Gajah Mada mengenai Hang Tuah itu. Setelah dinasihati oleh Bendahara, barulah Raja Melaka setuju. Rombongan Raja Melaka berangkat ke Majapahit, sebelum berangkat Raja Melaka berpesan kepada Bendahara dan Temenggung jika terjadi sesuatu , Raden Bahar akan menjadi Raja dan berpesan isteri-isteri baginda dan negeri sementara baginda di Majapahit.

     Raja Melaka singgah di Palembang, Jayakarta, Tuban dan akhirnya sampai ke Majapahit. Kedatangan mereka disambut oleh Seri Betara lalu Raja Melaka berehat di istana Darussalam yang baru siap dibina. Keesokan harinya, Patih Gajah Mada mengupah 40 orang penjurti untuk mengamuk di depan Hang Tuah. Di dalam istana Darussalam, Hang Tuah memberitahu Raja Melaka bahawa dia berfirasat nanti waktu asar akan adanya pertumpahan darah tetapi ianya akan selamat.

     Dalam berkata-kata itu, Barit Ketika menjemput Raja Melaka untuk masuk mengadap seperti yang diarahkan oleh Seri Betara. Maka gempar di tengah pasar 40 penjurit mengamuk lalu Laksamana mengembarinya. Hang Tuah masuk di dalam lorong kiri kanan batu , dengan cara ini mudah Hang Tuah menikam penjurit hingga mati. Patih Gajah Mada mengupah penjurit Pertala Bumi untuk membunuh Hang Tuah.

    Maka pada waktu malam, Pertala Bumi ditemani Barit Ketika masuk ke istana Raja Melaka. Maka dilihatnya Hang Tuah sedang berbual-bual dengan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang Lekir, Tun Bija Sura. Hang Tuah berfirasat malam ini akan ada penjurit masuk ke istana, maka Hang Tuah dan seisi istana berjaga-jaga. Maka Pertala Bumi menjadikan dirinya kucing manakala Barit Ketika sebagai tikus. Kucing dan Tikus melompat-lompat di balairung di depan Hang Tuah. Hang Tuah menghunus kucing dan tikus tetapi gagal kerana kucing menjadikan dirinya tunggul, anjing, harimau, raksasa.

    Hang Tuah menjadikan dirinya harimau. Pertala Bumi menjadi manusia dan menikam Hang Tuah namun Hang Tuah berjaya menetak kepala Pertala Bumi hingga terbelah dua lalu mati. Barit Ketika menyampaikan kematian Pertala Bumi kepada Patih Gajah Mada dan Seri Betara. Sebelum Pertala Bumi mati, dia berpesan kepada Barit Ketika agar anaknya Kikir Sari mengantikan tempatnya.  

    Alkisah, Bendahara Paduka Raja menitahkan Tun Utama menghantar surat ke Majapahit memaklumkan bahawa Raden Bahar sedang gering. Maka Raja Melaka pulang ke Melaka. Patih Gajah Mada mengupah Sang Marga Paksi 7 saudara membunuh Hang Tuah. Maka Sang Marga Paksi ikut dalam perahu Patih Kerma Wijaya dan berpura-pura menjadi orang Tuban hendak berjumpa keluarga di Melaka. Sampai di Melaka, Raja Melaka berjumpa dengan anak isterinya dan menceritakan hal yang terjadi selama baginda di Majapahit.

     Alkisah, Sang Marga Paksi bersembunyi di Bukit Can, tiap-tiap malam mencuri harta saudagar kaya dan mencabuli isteri-isteri saudagar kaya. Saudagar kaya memaklumkan kepada Raja Melaka akan kecurian itu lalu malamnya Temenggung berkawal. Tetapi kecurian tetap berlaku lalu Raja Melaka memanggil Temenggung bertanyakan adakah Temenggung berkawal. Temenggung menceritakan dia tidak terlihat sesiapa pun masuk pada waktu malam. Maka Raja memanggil Bendahara dan Hang Tuah,Hang Tuah pun mencari ikhtiarnya sendiri lalu memohon pulang ke rumahnya.

     Setelah waktu malam, Hang Tuah keluar memakai pakaian serba hitam lalu menipu dengan mengatakan dirinya baru saja keluar dari penjara apabila dia secara kebetulan terserempak Sang Marga Paksi yang mencuri. Maka Sang Marga Paksi membawa Hang Tuah ikut lari dan mencuri waktu malam itu juga. Tiba saatnya Sang Marga Paksi ingin mencuri harta Raja Melaka maka Hang Tuah menawarkan dirinya membuat pekerjaan itu.  

     Keesokan harinya, Raja Melaka melihat segala harta-harta dicuri bahkan Bendahara, Temenggung, dan segala pegawai pun dicuri. Alkisah, Hang Tuah tinggal bersama dengan Sang Marga Paksi 7 saudara di Bukit Cina. Hang Tuah menuangkan Sang Marga Paksi 7 saudara arak yang didalamnya ubat bius. Tetapi Sang Marga Paksi menyuruh Hang Tuah meminumnya dulu, Hang Tuah minum seperti biasa. Sang Marga Paksi 7 saudara pun minum lalu tertidur. Hang Tuah menetak kepala mereka dan dibawa ke istana.

     Di istana Hang Tuah menceritakan segala-galanya. Hang Jebat dititahkan mengangkut harta yang tersembunyi di Bukit Cina. Hang Tuah diberi harta oleh empunya harta lalu Hang Tuah mensedekahkan kepada fakir miskin dan pegawai yang tiada penguasaan.

WATAK
Bendahara, Raja Melaka, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Betara Majapahit, Patih Gajah Mada, Patih Kerma Wijaya, Temenggung, Tun Pekerma, Hang Lekiu, Hang Lekir, Adipati Tuban & Jayakarta & Palembang, 40 penjurit, Tun Bija Sura, Tun Utama, Sang Marga Paksi 7 saudara, Kucing, Tunggul, Anjing, Harimau, Raksasa,Raden Bahar, Pertala Bumi, Barit Ketika, pegawai-pegawai, Saudagar Kaya.

LATAR TEMPAT
Melaka, Majapahit, Tuban, Jayakarta, Palembang, Bukit Cina, Lorong, Istana.

Hang Tuah Bab 13

                                       BAB 13 (HANG TUAH DI MAJAPAHIT)

     Bab 13 mengisahkan beberapa muslihat Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada hendak membunuh Hang Tuah. Kisah bermula dengan tibanya surat yang dibawa oleh Rangga dan Barit Ketika ke Melaka yang mengandungi kemurkaan Raja Majapahit kerana Raja Melaka telah lama tidak menghantar berita ke Majapahit. Surat itu dibaca oleh Patih Kerma Wijaya. Raja Melaka terdiam tidak terjawab lalu Hang Tuah menjelaskan bahawa Melaka sibuk kerana baru selesai berperang dengan Terengganu. Untuk menjernihkan keadaan, Raja Melaka lalu mengutus Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi ke Majapahit membawa berita.

     Apabila mereka tiba di Majapahit, mereka diserang oleh 200 penjurit  iaitu upahan Patih Gajah Mada namun tidak diendahkan oleh mereka sehingga mereka sampai ke istana. Surat itu dibaca oleh Raden Aria. Setelah Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi pulang berehat berhampiran kg Patih Gajah Mada, Raden Aria memberitahu bahawa Patih Gajah Mada ingin mengenai Hang Tuah. Patih Gajah Mada mengupah penjurit mencuri keris pendua Hang Tuah yang leka beriwayat. Keris berjaya dicuri. Hang Tuah tersedar lalu membaca pustakanya dan meraba keris Patih Gajah Mada.

     Apabila Seri Betara Majapahit mengarahkan Patih Gajah Mada menyembahkan kerisnya, Patih Gajah Mada malu kerana kerisnya tiada. Maka Seri Betara Majapahit mengembalikan keris pendua Hang Tuah dengan alasan dia ingin bergurau dengan Hang Tuah. Seri Betara Majapahit menganugerahkan Hang Tuah Sungai Siantan kerana Hang Tuah beriwayat. Patih Gajah Mada tidak putus asa lalu mengupah Perwala mencuri kain baju Hang Tuah. Nanti kain baju itu akan dihantar ke Melaka atas alasan Hang Tuah bermukah agar Raja Melaka membunuh Hang Tuah. Namun tidak berjaya kerana budak suruhan Hang Tuah yang memegang baju Hang Tuah berteriak tatkala Perwala mencuri baju itu. Maka Hang Tuah naik ke sungai setelah selesai mandi lalu berlari menghunus leher Perwala itu lalu Perwala itu mati.

     Patih Gajah Mada juga mengupah Semirang untuk menikam ketika Hang Tuah menari namun tidak berjaya kerana tikaman itu tidak lut. Seri Betara malu lalu menganugerahkan Hang Tuah Pulau Hitam. Seterusnya Patih Gajah Mada mengupah 40 penjurit untuk menghadang Hang Tuah tatkala Hang Tuah pergi ke sungai.  Keesokannya , tatkala Hang Tuah ingin ke sungai dia tiba-tiba berfirasat bahawa aka nada pertumpahan darah berlaku. Apabila sampai ke tebing sungai , 40 penjurit datang lalu Hang Tuah mengembarinya dan banyak yang mati.

     Seterusnya Patih Gajah Mada mengupah Sang Kertaksa untuk mencuri keris pandak Hang Tuah ketika Hang Tuah nyenyak tidur. Keris itu beraya dicuri. Seri Betara Majapahit menyembunyikan keris itu di dalam peti tujuh lapis. Hang Tuah terkejut kerana kerisnya hilang lalu pergi ke istana sambil membaca pustakanya sehingga semua seisi istana habis tidur, maka mudah Hang Tuah mengambil kerisnya.

     Keesokannya, Seri Betara Majapahit mengingatkan Patih Gajah mada agar bersiap kerana kemungkinan besar Hang Tuah datang mengamuk kerana kehilangan kerisnya. Tidak lama kemudian, Hang Tuah masuk mengadap dengan kerisnya tersisip di pinggang . Betara Majapahit hairan dan terkejut peti tujuh lapis itu kosong. Patih Gajah Mada mengupah penggawa untuk membunuh Hang Tuah namun berjaya digembari oleh Hang Tuah. 

     Hang Tuah pulang ke Melaka dengan membawa surat dari Raja Majapahit yang tertulis menitahkan Raja Melaka datang melawat ke Majapahit. Patih Gajah mada juga merancang hendak membunuh Hang Tuah apabila Hang Tuah datang ke Majapahit kelak.

WATAK
Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Betara Majapahit, Patih Gajah Mada, Raja Melaka, Patih Kerma Wijaya, Rangga, Barit Ketika, 200 penjurit, 40 penjurit, Perwala, Semirang, Sang Kertaksa, Penggawa.

LATAR TEMPAT
Melaka, Majapahit, Sungai, Istana.

Hang Tuah Bab 12


                                   BAB 12 (LAKSAMANA DAN RAJA MELAKA)

      Bab 12 mengisahkan peristiwa yang mampu menunjukkan kesetiaan Hang Tuah kepada Raja Melaka. Pertama, Raden Emas Ayu mengidam makan nyiur gading. Pohon nyiur itu sangat tinggi dan di tengah-tengah pohonnya telah reput dimakan anai-anai. Raja Melaka menitahkan pembesar-pembesar istana untuk memanjat pohon nyiur gading itu namun tidak disanggupi oleh mereka kerana mereka yakin bahawa pohon nyiur itu akan patah jika dipanjat. Tambahan lagi , kalau pohon ini ditebang akan membawa bala kepada negeri Melaka kelak.
     
     Laksamana Hang Tuah memanjat pohon nyiur gading itu. Seperti diramal, pohon itu patah di tengah lalu tumbang ke tanah. Sejurus sebelum mencecah ke tanah, Hang Tuah melompat lalu berdiri terpacak di tanah , sebelah tangan memegang parang manakala sebelah lagi memegang tandan nyiur. Semua yang melihat merasa hairan, kagum dan tidak percaya. Alkisah Raden Emas Ayu telah melahirkan seorang putera, Raden Bahar. Raja Melaka menitahkan Tun Utama dan Tun Bija Sura untuk membawa surat yang dikarang oleh Bendahara itu ke Majapahit.

     Betara Majapahit sukacita kerana dia beroleh cucu setelah mendengar surat yang dibaca oleh Raden Aria. Betara Majapahit menghantar Rangga dan Jaksa membawa kuda tezi sebagai permainan cucunya. Raden Bahar bermain dengan kudanya dan Raja menitahkan pegawai-pegawai untuk menunggang kuda itu. Namun tiada seorang yang sanggup kerana kuda itu liar dan garang. Maka Hang Tuah menunggang kuda itu. Dalam beberapa bulan, maka Raden Emas Ayu melahirkan lagi seorang putera diberi nama, Raden Bajau.

     Apabila hampir dewasa, kedua-dua putera ini bermain dengan kuda dalam taman hampir telaga tahi. Kuda berlari-lari ke telaga untuk minum air telaga malangnya kuda itu terjatuh. Raja menitahkan segala pegawai dan pertuanan untuk melepaskan kuda itu tetapi tidak berjaya. Raja menitahkan Laksamana Hang Tuah lalu Hang Tuah memakai kain tujuh kayu lalu membalut seluruh badannya. Hang Tuah menyelam lalu kuda tezi itu berjaya dilepaskan. Raja menyuruh Hang Tuah mandi limau 7 kali sehari dan diberi bau-bauan. Raja Melaka kasih akan Hang Tuah dan menyebabkan pegawai yang lain dengki.

     Alkisah Raja Melaka sering beradu di istana Tun teja. Maka Hang Tuah mencadangkan raja beradu di istana besar bersama Raden Emas Ayu selama 10 hari manakala istana kecil bersama Tun Teja selama 7 hari kerana Raden Emas Ayu anak raja yang besar. Lalu Raja Melaka pun setuju.

WATAK
Hang Tuah, Raja Melaka, Raden Emas Ayu, Tun Teja, Raden Bahar, Raden Bajau, Pegawai-pegawai, Betara Majapahit, Raden Aria, Rangga, Jaksa, Kuda tezi,

LATAR TEMPAT
Melaka, Majapahit, Taman, Istana, Perigi